Pages

Saturday, January 10, 2015

MAJALAH KARANGKRAF PROMOSI SYIAH MENCELA SYAIDATINA AISYAH R.A!!!


Budaya dan elemen Syiah sebenarnya sudah mengakar dalam sejarah Islam selepas berlaku perselisihan antara Sahabat r.a dalam menuntut keadilan dan perebutan jawatan. Ada kelompok ketiga yang cuba mengambil kesempatan daripada perselisihan tersebut dan sekalipun amaran telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w tentang kewujudan kelompok ketiga yang disifatkan baginda sebagai 'bacaan al Quran mereka tidak lepas halqum', kumpulan yang dikenali sebagai Khawarij itu tetap berjaya menyusup dalam tubuh umat Islam dan memecah belahkan umat Islam sehingga wujud pula kelompok Syiah Ali dan Syiah Muawiyyah.

Menerusi rekayasa puak-puak yang tidak mahu bertanggungjawab atas pembunuhan Syaidina Hussin r.a, cucu Rasulullah s.a.w di Karbala sebaliknya menuding kepada pihak yang dilihat sebagai musuh keluarga Nabi s.a.w, sejarah Islam itu sendiri sudah lama diherotkan dan biarpun telah lama 'pembetulan' itu dibuat, terutama sekali yang membabitkan Syaidatina Aisyah r.a dan perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w pada usia Ummul Mukminin itu dikahwini, namun fitnah yang menyatakan Syaidatina Aisyah r.a dikahwini pada usia 6 tahun dan digauli pada usia 9 tahun tetap juga diterima secara meluas.


Begitu juga dengan dua perang antara Sahabat r.a yang berlaku pada zaman Syaidina Ali r.a sebagai khalifah dengan Syaidina Muawiyyah r.a sebagai Gabenor Syam dari keluarga Syaidina Uthman Affan r.a, juga telah diherotkan.

Sebagai pengarang dan penerbit, seharusnya pihak Karangkraf cukup bertanggungjawab dalam menyelidiki kisah sejarah dan tidak terpengaruh dengan elemen-elemen Syiah melainkan mereka dangkal ilmu, sememangnya pengamal ajaran Syiah dan mempercayai bulat-bulat tohmahan musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik jubah Islam.

Peristiwa Karbala itu sendiri dan Perang Jamal merupakan medan fitnah terbesar kepada Islam yang dijayakan oleh kaum yang mengaku muslim. Fitnah yang dilemparkan oleh pengarang artikel terbabit ternyata begitu besar kepada Ummul Mukminin.


Dalam Perang Jamal yang berlaku pada Disember 657 Masehi dan hanya berlangsung dalam sehari, Syaidatina Aisyah r.a tidak mengepalai angkatan perang sebagaimana yang didakwa oleh pengarang artikel berkenaan sebaliknya, Perang Jamal telah dicetuskan oleh Abdullah Saba' yang telah menyerang khemah-khemah Muawiyyah r.a dan Ali r.a selepas Syaidatina Aisyah r.a dan Syaidina Ali r.a berunding damai. Syaidatina Aisyah r.a muncul dalam Perang Jamal hanya untuk mendamaikan dan mengelakkan peperangan antara umat Islam angkara fitnah.

SILA RUJUK Al-Bidayah wa Al-Nihaya oleh Ibnu Kathir, jilid 7, halaman 257; Al-Bidayah wa Al-Nihayah, jilid 7, halaman 261; Al-Murtadha oleh Al-Nadwi, halaman 145; Tarikh Tabari oleh At-Tabari, jilid 4, halaman 248 oleh Sayf Bin Umar)

Syiah sentiasa menyorokkan kewujudan dan keberadaan Abdullah Saba', manusia yang telah mencipta agama Syiah yang awalnya dikenali sebagai Sabaiyyah tetapi selepas mendapat dokongan kuat daripada para pembunuh keluarga Nabi s.a.w di Karbala dan Kufah, ia bertukar menjadi Syiah.

4 comments:

  1. karangkraf ini sejak dahulu memang harus disiasat, diselidiki sedalamnya, karangkraf sudah terlalu banyak membuat kepelikan dan kekarutan ..

    boikot karangkraf !

    dan memang benda yg kaangkraf keluarkan , artikel dan sebagainya tidak berkualiti , mengarut !!

    ReplyDelete
  2. Umat Melayu & Islam hari ini disesatkan dgn CERITA2 tanpa asas.

    Ia tidak WUJUD ketika zaman Rasulullah.

    Cerita tersebut yang tidak berasas hanyalah bertaraf GOSIP KOSONG tanpa NILAI ILMU.

    Namun BANYAK JUGA CERITA yang membuatkan Pertelingkahan sesama Ulamak yg menyebabkan ULAMAK hari ini tidak MAJU & BERBANGGA menghafal VERSI2 AJARAN TAK MASUK AKAL.

    Sila baca kisah ilmuan baghdad,
    Albatuta dll. Itu yg ditakrifka MAJU.

    cerita2 yakjd Makjd , dajal, jin dll t tiada apa yg boleh dikembangkan. sedikit dicerita dalam Quran & BANYAK DIGORENG ulamak CARI Makan atau PENGHORMATAN

    ReplyDelete
  3. Mohon jbtn agama islam mlysia..wajib siasat..jika bnr mohon phk brkenaan tarik balik lesen

    ReplyDelete
  4. Syabas admin.... semoga pendedahan ini dikira sebahagian dari usaha murni dalam memelihara agama dan dikurniakan ganjaran akhirat...

    ReplyDelete