Pages

Wednesday, January 14, 2015

MENGAPA HANYA MEJAR ZAIDI? MENGAPA LAPORAN POLIS MEJAR AZMEE TIDAK DIPERKATAKAN PECACAI?


Antara beberapa isu yang sedang trending di Facebook dan media sosial masakini adalah membabitkan seorang pegawai tentera udara yang telah dipecat selepas enggan membela diri malah peguamnya, Hanipa Maidin yang mewakilinya melarikan dan menghilangkan diri. Zaidi juga enggan merayu dan dia kemudiannya diangkat sebagai wira oleh para penyokong Pakatan Rakyat.

Para penyokong Pakatan Rakyat sekarang ini sedang cuba menjadikan mahkamah tentera sebagai mahkamah awam dan Zaidi pula cuba digambarkan sebagai orang awam yang tidak tertakluk dengan undang-undang tentera.

Campurtangan Mahfuz Omar yang turut menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tentera memecat Zaidi, semakin menghangatkan suasana.

Tiada sesiapa pun yang kuat menyokong Zaidi, berani dan mahu
memperkatakan tentang seorang lagi Mejar yang turut membuat laporan polis berhubung fitnah dan kenyataan yang telah dibuat lebih awal oleh Mejar Zaidi.


Rupa-rupanya Mejar Zaidi bersendirian dalam kes ini. Malah dia dikecam oleh rakan-rakan seangkatannya kerana menjadikan dan membiarkan dirinya menjadi alat mainan Pakatan Rakyat.

Pecacai Pakatan Rakyat cuba menggambarkan keputusan Mahkamah Tentera telah dipengaruhi oleh UMNO-BN dan panel lima orang hakim Mahkamah Tentera itu sangat korup dan bias kepada UMNO-BN walaupun pada masa yang sama mereka tidak berani menyatakannya secara terang-terangan.

Namun mereka juga tidak berani untuk menyatakan lebih ramai anggota dan pegawai tentera yang enggan melibatkan diri dengan retorik bodoh Mejar Zaidi. Malah turut mempersoalkan, mengapa dalam ramai-ramai anggota dan pegawai tentera yang membuang undi, hanya Mejar Zaidi sahaja yang bermasalah dengan dakwat kekal yang sebenarnya tidak perlu digunakan untuk proses pilihanraya di negara ini.

3 comments:

  1. BIOMETRIK BRO....BIOMETRIK. BIAR DAP MELALAK....

    ReplyDelete
  2. ada penganalisis politik percaya yang menyokong pakatan ni sebahagian besar penjawat awam terutama chegu dan pasukan keselamatan. Rasanya ada kebenaran sbb dalam kalangan bekas rakan sekolah, ramai chegu dan majoriti penyokong pakatan.

    ReplyDelete
  3. Kalau askar tidak mahu ikut undang2 tentera, kalau perang dia boleh lawan pemerintah. Discipline tak ada.

    ReplyDelete