Memang benar, Malaysia sedang berhadapan dengan cabaran kerana kejatuhan harga minyak, tetapi ia sebenarnya hanyalah CABARAN BAJET, bukannya KRISIS EKONOMI.
CABARAN BAJET bermakna, apabila kerajaan membuat jangkaan bajet berdasarkan perolehan negara untuk perbelanjaan tahun berikutnya tetapi perubahan situasi tertentu menyebabkan jangkaan perolehan menurun (seperti perolehan minyak dan gas kepada kerajaan).
Ini adalah isu bajet dan boleh diselesaikan oleh kerajaan menerusi pembaikan dan perubahan tertentu, sama ada dengan memotong perbelanjaan tertentu atau meningkatkan perolehan bidang-bidang tertentu seperti meningkatkan dividen dari GLC seperti Khazanah, TNB, TM dan sebagainya atau pun 'memperbetulkan' semula perbelanjaan modal. Inilah yang dilakukan oleh Najib Abdul Razak hari ini menerusi intervensi bajet yang disiarkan ke seluruh negara pagi tadi.
KRISIS EKONOMI pula berlaku apabila faktor-faktor atau fundamental ekonomi Malaysia begitu lemah kesan daripada keyakinan pengguna yang merudum, atau kadar faedah tinggi atau permintaan yang sangat lemah daripada pasaran eksport negara kerana permintaan tempatan dan luar yang telah jatuh.
Keadaan ini tidak berlaku pun, malah tidak ada satu analisa ekonomi pun yang meletakkan pertumbuhan KDNK Malaysia kurang dari 4% bagi tahun 2015.
Bahkan kebanyakan penganalisa termasuklah Bank Dunia mengunjurkan pertumbuhan KDNK negara antara 4.7% sehingga 5.5%. Ini adalah kerana penurunan harga minyak akan meningkatkan permintaan dan pertumbuhan dalam pasaran eksport Malaysia, lemahnya nilai Ringgit bermakna akan meningkatkan eksport kita dan permintaan pengguna tempatan akan terus kekal.
Malahan walaupun KDNK kita adalah 4%, ia tetap merupakan perkembangan yang sihat untuk Malaysia.
Yang Pakatan duk melalak sekarang dan cuba meyakinkan orang ramai, NILAI RINGGIT jatuh, maka jatuhlah Malaysia. Harga Minyak dunia menjunam, maka Malaysia pun akan kiamat dan hancur.
Perhatikan bagaimana mereka langsung tidak mampu menampilkan walau satu laporan analisa yang berkredibel untuk menunjukkan Malaysia akan mengalami RECESSION pada tahun 2015. Bahkan mereka juga tidak mampu untuk menampilkan sebarang laporan bahawa pertumbuhan KDNK Malaysia akan kurang dari 4% pada tahun 2015.
Malahan KDNK Singapura sendiri pun, pertumbuhannya hanya sekadar 2.8% pada tahun 2014 dan mereka mengunjurkan pertumbuhan KDNK antara 2% sehingga 4% bagi tahun 2015.
Secara tak langsung dan terlalu sukar untuk Pakatan Rakyat langsung tak boleh terima ialah, DI BAWAH KEPIMPINAN NAJIB ABDUL RAZAK, KRISIS EKONOMI YANG AMAT DIPERLUKAN OLEH GUAN ENG DAN ANWAR IBRAHIM, TIDAK AKAN BERLAKU!!!
Para pemimpin Pakatan Rakyat cuba merendah-rendahkan keyakinan konsumerdi Malaysia dengan terus-menerus menyebarkan propaganda jahat bahawa Malaysia sedang berhadapan dengan krisis ekonomi. Dan sekiranya mereka berjaya, tindakan mereka akan menghancurkan permintaan tempatan selain pelaburan tempatan sekaligus akan membantuhkan pertumbuhan ekonomi negara ini.
Golongan yang tidak bertanggungjawab yang berwajahkan Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli, Tony Pua, Lim Guan Eng dan sebagainya, perlu dihentikan daripada mensabotaj ekonomi negara. Mereka perlu dianggap bahkan dilayan sebagai PENGKHIANAT.
LIM SIAN SEE
Mereka akan reka cipta apa saja isu yang menguntungkan politik mereka. Mereka ini selalunya berfikir menggunakan otak sebelah kiri iaitu selalunya berfikiran nagatif. Kerajaan berusaha untuk tingkatkan ekonomi dengan pelbagai cara tetapi mereka menentang tanpa ada cadangan yang baik dari otak sebelah kanan. Kalau nak cari kesalahan, tiga hari tiga malampun tak habis bercerita.
ReplyDeleteSudah dijangka akan lahir berpuluh ribu 'ahli ekonomi' selepas ucapan perubahan budget oleh PM.
ReplyDeleteRamai betul pakar pakar BIDAN TERUJUN di Malaysia ni..sijil pun tak ada dalam bidang ekonomi tapi masing masing bijak belaka dengan tiba tiba asalkan PM Nampak tak baik..
Bayangkan betapa BUSUKnya HATI mereka2 ni...
Macamana nak percaya.. Tikus yang merosakkan labu sistem pendidikan Malaysia pada tahun 1995-1999 kini cuba membaiki labu ekonomi pula. Tikus yang sama jadi hasilnya?.... Samaaaaaaa
ReplyDelete