Pages

Friday, January 2, 2015

PASTI PENJILAT HUSAM MUSA MELELEH SEKARANG SEBAB HUSAM MUSA KELUAR BALIK CERITA ROYALTI YANG TAK LAKU!!!


Yeahhhhhh... akhirnya Husam Musa melihat ruang terbaik untuk dia kembali meneruskan pembohongannya terutama sekali membabitkan ROYALTI minyak Kelantan yang sebenarnya bukan sahaja tidak wujud, bahkan sengaja diwujudkan untuk dipolemikkan bagi menutup kelemahan, kepincangan, kecurangan dan kehilangan sebahagian besar peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan untuk pembangunan dan infrastruktur ketika zaman Husam Musa sebagai Exco Kanan Kelantan.

Banjir... balak hanyut dan kemusnahan besar kesan daripada keserakahan kerajaan negeri terdahulu yang telah menyebat pelbagai jenis tanah dan balak selain menyepikan semua pulangan balak kepada penduduk serta rakyat Kelantan, sebelum dipersalahkan Kerajaan Pusat kononya mencuri royalti Kelantan, memberikan idea besar kepada Husam untuk kembali menimbulkan isu yang dia sendiri sudah kalah di mahkamah dan Kerajaan Negeri di bawah Ustaz Mat terpaksa membayar kos yang tidak sepatutnya berlaku.

Husam Musa kata, PETRONAS perlu salurkan RM3 bilion kepada Kelantan bagi membolehkan Kelantan dibangunkan semula.

Jom kita tengok statistik kemusnahan rumah-rumah di Kelantan akibat dihentam puntung-puntung balak setakat 31 Disember 2014. Statistik ini bagaimanapun belum rasmi kerana jumlahnya pasti akan meningkat:

• Gua Musang : 516 buah
• Kuala Krai : 800 buah
• Tanah Merah : 938 buah
• Kota Bharu : 12 buah
Tumpat : 22 buah
• Lain-lain : 15 buah

Husam Musa bimbangkan tentang kerusi-kerusi yang dikuasai oleh PAS kerana dia melihat UMNO-BN kelihatan lebih menonjol dalam memberikan bantuan. Disebabkan itulah, barangkali Husam Musa melihat 'ROYALTI' sebagai umpan terbaik untuk menonjolkan nama dan dirinya semula setelah dia tenggelam sebelum Kelantan dilanda banjir lagi.

Tetapi yang paling menarik ialah apabila Husam Musa secara terbuka menyatakan, PAS (baca: Pakatan) perlu menjuarai program pasca banjir di peringkat akar umbi dan dilihat oleh rakyat. Tujuannya ialah supaya PAS tidak kehilangan 24 kerusi DUN yang mereka kuasai sekarang.

Ini lawak. Dan ini sememangnya satu rompakan kerja yang cukup jelas.

Masa banjir, semuanya termasuklah Husam Musa hilang lenyap. Hanya bila banjir surut, baru nampak muka, terus buat kontroversi dengan kenyataan polemik dan sekarang, Husam Musa sembang ROYALTI yang amat dipercayai oleh para macai dan penjilatnya yang bukan sahaja tidak membaca, tetapi juga GAGAL TOTAL dalam MATAPELAJARAN GEOGRAFI!!!

Husam Musa bimbangkan RM550 juta. Dia bimbangkan tentang rumah-rumah yang akan dibina oleh Kerajaan Persekutuan untuk mangsa-mangsa banjir tanpa mengira parti dan pastiya Kerajaan Persekutuan tidak membuat tapisan, sama ada yang dibantu nanti adalah orang PAS atau orang BN.

Tetapi Husam Musa dilanda ketakutan dan lebih menarik lagi ialah dia menuduh Kerajaan Pusat tidak bersedia menghadapi banjir besar sehingga mengakibatkan penduduk gagal bersiap-sedia sehingga mewujudkan kerugian besar.

Berapa besar punya HARAM ler, perangai macam nih!

Kau dah tarah bukit, kau dah tutup longkang, kau dah cetekkan sungai, kau dah gondolkan hutan, sekarang kau kata Kerajaan Pusat yang tak bersedia?

Kelantan ni salah satu daripada Wilayah Persekutuan atau berada di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri yang tersendiri?

Jamnapari punya Husam Musa!!!

Sesuatu yang sangat jelas ialah, Husam Musa kelihatan bertungkus-lumus untuk menutup punca-punca sebenar banjir besar yang memusnahkan Kelantan dan meranapkan impian lebih 200,000 orang penduduk dan rakyat Kelantan yang mencita-citakan sebuah NEGERI KEBAJIKAN yang kononnya menjadikan Islam sebagai ADDIN...

Sedangkan Husam Musa pula menampakkan sikap yang menjauhi ADDIN..

Mujurlah juga Husam Musa bukan suara sebenar Kerajaan Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Ahmad Yaakob!!!










12 comments:

  1. Pakcu Rantau Panjang.January 2, 2015 at 11:53 PM

    Kelicikan serta pandai berbelit bicara boleh membuat seseorang yang kurang maklumat mempercayai apa yang di laung dan digempar gempurkan, apa lagi jika diselit dengan sedikit ayat Quran atau petikan hadis...maka pasti orang kampung akan telang bulat bulat apa yang diluahkan.

    Selagi itulah BN tak akan berjaya menakluki Kelantan biar pun sudah berbudi tapi jauh sekali untuk berterima kasih dari mulut-mulut yang disuap..walahualam.

    ReplyDelete
  2. Berbudi cam mana, terang benderang BN UMNO curi wang royalti bukan sahaja di Kelantan tapi di Terenganu, Sabah dan Sartawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak lendir hijau terang benderang curi duit derma tabung memali ko taknak cter ke.. ? Bila nak pulangkn balek..? Duit ank yatim tu... Ape punya bangsat la puak ni... Bkn org umno yg dedahkn tp org puak ko sendri yg dedahkn...
      Jenis puak pemalas.. Ko mtk brg yg bkn hak ko sape nk bagi...bodoh...
      Kalau kasi pinjam bini ko 1 malam boleh tak..? Ko bagi tak...? Ade akal pakai la bahlul..

      Delete
  3. Sekiranya semuanye mharapkan duit royalti minyak sukar untuk bjaya ini dtujukan kpd pemimpin bumi. Byk lagi cara utk mdapatkan wang tpi sperti biasa kaum bum malas . brusaha. Semua ingin subsidi.

    ReplyDelete
  4. Saudara sarawak dan sabah adalah memegang kuasa autonomi mereka sendiri, segala royalti tidak ke kerajaan pusat dan mereka merdeka bkn melalui ratu elizebeth...banyakkan membaca saudara...jangan sebok soal royalti jika tak tahu apa2...jangan jadi katak bawah tempurung dan taksub pada satu puak sahaja

    ReplyDelete
  5. Sapura Kencana di beri Royalti , apa yang Kelantan dapat sebagai sebuah negeri????????????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit derma tabung memali bila nak pulangkn balek...?????

      Delete
  6. Harap DS Najib dapat menyenaraikan semua Subsidi 2 yang diberikan kpd Mahathir dan Keluarga nya setakat ini. Batalkan semua dan agihkan ke negeri 2 yang menghadapi masalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeee.. Betul2.. Agihkn kepada negeri seperti Pahang,Perak,trengganu... Kelantan xpyh psl pork nicky dh jamin kompom g syurga..

      Delete
  7. 0835 bodoh sangat adakah duit Memali yang di katakan itu berbillion billion sampai boleh di bandingkan dgn royalty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira ko rembat duit anak2 yatim tu pandai la ye...????????????

      Walaupun bukan berbillion tp tu duit anak yatim la bangsat...!!

      Ape jenis pukimak la puak lendir hijau ni... Selamba jer kedarah harta ank yatim...
      Kata parti perjuangkn Islam... Makan harta ank yatim pun ko tak tau ape hukumnye...????

      Hrp serban besar...takbir sana takbir sini tp harta ank yatim ko kedarah... Parti Islam kepala puki mak ko la...!!!

      Delete
  8. Tidak mahu jadi pahatJanuary 26, 2015 at 9:59 PM

    USAH DISUAP BERUK BODOH YANG GIGIT TANGAN TUAN.

    Ketahuilah jika tidak kerana Allah izinkan UMNO untuk

    masih lagi berkuasa di nagara ini. Sampai saat ini Melayu yang sokong

    Pakatan Rakyat (istilah Rakyat digunakan untuk menipu Rakyat) belum tentu mereka ini bebas memaki hamun bercakap merapu-rapu seperti yang anda dapat baca di sini.

    Insaflah...insaflah sebelum terlambat.

    ReplyDelete