Pages

Wednesday, January 7, 2015

PATUTLAH DIA MEMEKAK, DIA DAH MUFLIS DAN RUMAHNYA BANK DAH LELONG RUPA-RUPANYA!!!

Nama suami kepada pelakon Ummi Aida tiba-tiba sahaja menjadi popular setelah sekian lama terpendam dalam lipatan sejarah. Kali terakhir namanya popular adalah pada tahun 1997 apabila dikaitkan dengan penerbitan buku 50 DALIL KENAPA ANWAR TIDAK BOLEH JADI PM karangan arwah Khalid Jeffry. Dia kemudiannya menjadi tumpuan lensa media hiburan apabila berita perkahwinannya dengan pelakon Ummi Aida menjadi viral seketika.

Penghujung 2014, namanya meletup lagi apabila dia mencuri populariti 1MDB. Dan seperti kebiasaan, ramai yang melihat apabila ada orang berjawatan dalam UMNO berkokok dan menentang arus, bermakna adalah benda peribadi yang dia tidak puas hati dan adalah juga sasaran yang dimahukannya.

Kemudian muncullah pendedahan yang amat 'menarik'.


Datuk Seri Khairuddin Abu Hasan, orang yang telah membuat laporan polis ke atas 1MDB dan suami kepada Ummi Aida telah diisytiharkan bankrap pada 14 Mei 2014, manakala penthouse mewahnya yang berkeluasan 4,400 kaki persegi di Mont Kiara telah pun dilelong kepada awam. (DI SINI)

Barangkali terdesak dan mahukan bantuan serta jaminan, maka dia pun memekak dengan memilih isu yang sedang panas iaitu 1MDB. Pastinya, gelagat dia juga akan mencuri pandangan dan perhatia dari kem Pakatan Rakyat.

Namun, tidak seperti biasa, kemunculannya dengan isu 1MDB tidak dipedulikan. Tidak kerana Tony Pua yang menjadi juara dalam isu 1MDB tetapi kerana masalah Khairuddin dari awal lagi. Apatah lagi, walaupun dia merupakan sepupu Anwar Ibrahim, dia jugalah yang dikaitkan dengan kejatuhan Anwar Ibrahim dari UMNO dan Kabinet Kerajaan Malaysia.

Maka tidak hairanlah mengapa dia menyalak dan memekak mencari perhatian...



7 comments:

  1. Adakah dia yang menulis buku 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi PM.

    ReplyDelete
  2. Itu hal peribadi dia lantaklah dia Nak bangkrap ke APA!!!!tampil le jawab kekeliruan yang Ada bukan serang hal peribadi.....kalau mcm ni punya cara hanya obama lah boleh kritik kerajaan najib???!!!!!

    ReplyDelete
  3. Ini lah cara orang2 UMNO mencari duit,jika dapat tutuplah mulut seperti TDM berkata dari bawah hingga ke atas kebanyakkan rasuah dan yg bodoh2 sahaja tinggal dalam UMNO

    ReplyDelete
  4. Hai marah ke? Hang dok diam2lah. ...biaq pi LA depa londeh ka tak londeh ka ..hang ni bukan komen buat apa

    ReplyDelete
  5. Admin....admin... Yang Deepak tokey permaidani dapat pinjaman dari bank rakyat berpuloh-puloh juta RM tanpa interest tu kenapa engkau tak SELONGKAR habis-habis???sebaliknya yang Khairudin ni mintak dibersihkan 1MDB drp TOMAHAN DAN TUDUHAN pula yang engkau dok SIBUK!!! Fikir-fikirlah

    ReplyDelete
  6. kherul...betul tu...sokong2!.
    pi la check 1mdb tu. ceo dh cabut lari. duit simpan kt cayman island bila nk bwk balik? tu pun klu betul ada duit....

    ReplyDelete
  7. Aku ni bab komen orang Pakatan ni bolehlah baca tapi percaya payahlah sikit.

    Sejak Anwar menyanyi dan berjoget atas pentas Hindraf aku dah mula hilang respect kat dia.

    Masa dalam UMNO tak pulak dia buat perangai tak senonoh. Bila dia keluar saja macam2 perkara pelik dia buat.

    Lebih baik aku tumpu cari makan bela anak bini dari dok membela orang yang merapu tak membantu.

    Depa ni bila aku fikir panjang2 cakap saja banyak tak nampak apa satu pun yang depa buat berfaedah untuk rakyat.

    ReplyDelete