Pages

Thursday, January 15, 2015

PECACAI PAKATAN SUDAH KEMARUK DENGAN BR1M SAMPAI PERLU MEMBUAT FITNAH UNTUK MEMPERCEPATKANNYA!!!


Golongan yang paling lapar dan kebulur dengan BR1M adalah puak-puak penyokong Pakatan Rakyat. Malahan sehinggakan DAP sanggup membuka ruang dan secara sukarela membantu puak-puak penyokongnya untuk mengisi borang BR1M dengan betul sebelum mendakwa BR1M adalah salah satu daripada usul mereka yang telah dicuri ideanya oleh Barisan Nasional walaupun pada peringkat awal BR1M dahulu, mereka menyatakan ia adalah satu umpan politik daripada Barisan Nasional agar rakyat mengundi Barisan Nasional. Dan apabila ditempelak, akhirnya mereka menghasut dan menyatakan bahawa BR1M adalah duit rakyat dan rakyat berhak ke atas wang berkenaan.

Anehnya, penjelasan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional bahawa pemberian dan program BR1M adalah untuk membantu meringankan bebanan rakyat secara langsung - walaupun tidak sebanyak mana - ditolak mentah-mentah, bahkan dikatakan Barisan Nasional menipu. Namun pada masa yang sama, wang BR1M bukan sahaja tidak ditolak, bahkan ada pula yang mengeluarkan fatwa untuk diinfaqkan kepada parti dalam peratusan dan dalal-dalal tertentu!

Dari minggu lepas lagi, cerita tentang BR1M sudah mula diperkatakan. Yang paling sibuk tentang BR1M lambat diperolehi adalah puak-puak Pakatan Rakyat yang sudah tidak dapat menahan sabar.

Inilah golongan yang paling kuat menentang, tetapi mereka jugalah yang paling cepat berdiri di hadapan pagar walaupun jaga baru sahaja kunci pintu kerana sudah tidak sabar untuk dapat duit BR1M.

Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan tentang tarikh pemberian BR1M telah 'dipercepatkan' oleh puak-puak pecacai Pakatan yang sudah tidak sabar-sabar untuk memperolehi duit berkenaan.

Dengan memalsukan pelbagai akaun Facebook, termasuklah akaun Whatsapp Perdana Menteri yang kemudian telah dibuat print-screen untuk dipaparkan, kononnya Perdana Menteri yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan, boleh diperolehi dengan mudah, sama ada dicari atau pun ia datang sendiri. Gelagat sebilangan orang yang lapar duit dan lapar perhatian sebegini, amat memalukan!

Grafik berkenaan dipetik dari Facebook sebelum ianya dibuang oleh penyiarnya setelah dibalun dan dikutuk beramai-ramai oleh pengguna Facebook yang lain tengah malam tadi.



1M4U merupakan antara yang terawal difitnah mengeluarkan kenyataan tentang BR1M. Tidak ada laporan polis yang dibuat oleh 1M4U, malah tiada juga laporan polis yang dibuat oleh PMO berhubung fitnah menggunakan nama Perdana Menteri yang sedang beredar secara berleluasa di media sosial pada ketika ini.

Sama ada mereka tidak terlihat, atau barangkali juga menganggap ia hanyalah masalah remeh yang tidak perlu diberikan perhatian kerana beranggapan isu ini akan hilang begtu sahaja.

Sedangkan maksud daripada penyebaran tersebut sudah cukup jelas iaitu untuk menimbulkan kemarahan dan kebencian rakyat Malaysia kepada Kerajaan Barisan Nasional.

Secara tidak langsung, sesuatu yang boleh dibuat kesimpulan ialah, para pecacai dan pemimpin Pakatan Rakyat hanya pandai bercakap dan pandai mengutuk, tetapi merekalah yang paling cikai dan paling tidak dapat menahan sabar terutama sekali yang membabitkan DUIT RINGGIT!!!

No comments:

Post a Comment