Pages

Friday, January 30, 2015

PKR SARAWAK YANG TONGONG DAN CUBA MENIPU DALAM ISU PERSEMPADANAN SEMULA DI SARAWAK!!!



Pada 28 Januari, PKR Sarawak menerusi ADUN Batu Lintang, See Chee How telah menfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuching bagi mengarahkan SPR menyemak semula persempadanan semula yang didakwa 'tidak mengikut perlembagaan'.

Menurutnya, persempadanan semula kawasan DUN dan Parlimen itu dianggap batal dan tidak sah.

Sama ada terlalu tongong, tidak faham Bahasa Kebangsaan atau pun memang jenis bangang semulajadi, See Chee How rupa-rupanya tidak faham maksud perkataan 'merancang (mencadangkan)' dengan 'perlaksanaan'.

11 kawasan DUN baru masih dalam peringkat usul dan hanya akan dibentangkan dalam sidang DUN Sarawak akan datang. Belum lagi dilaksanakan.

Tetapi PKR yang sudah membuat persediaan awal dengan pemindahan pengundi ke kawasan-kawasan berkenaan, tersentak dengan cadangan SPR untuk mewujudkan 11 DUN baru di Sarawak. Turut terkesima adalah DAP yang juga tidak bersetuju dengan usul SPR setelah berhempas pulas menyediakan peluang untuk memenangi beberapa DUN menerusi pemindahan pengundi, sepertimana yang mereka lakukan di Semenanjung dan Sabah.

Perlembagaan memberikan hak untuk membantah persempadanan semula kawasan kepada 100 individu yang berdaftar dan mengundi di DUN berkenaan.

Masalahnya, PKR gagal mengumpulkan 100 orang pengundi tempatan untuk membuat bantahan dan memilih mahkamah untuk mencapai kehendak mereka. Sedangkan akta SPR bagi bantahan persempadanan semula sudah jelas menyatakan, bantahan perlu dibuat oleh 100 individu yang merupakan pengundi tempatan, bukannya wakil rakyat dan penyokong dari luar.

Lebih menarik lagi ialah BERSIH juga cuba campur tangan walaupun mereka sebenarnya tidak layak untuk membuat bantahan. Hampir kesemua pemimpin BERSIH merupakan orang luar yang menubuhkan BERSIH hanya untuk meyerang SPR agar berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Rasa-rasanya orang Sarawak tidaklah sebodoh yang difikirkan oleh PKR dan BERSIH serta DAP sehingga mereka mudah dipergunakan oleh pihak-pihak yang berjuang untuk menghuru-harakan Sarawak itu!



No comments:

Post a Comment