Hari ini, tanpa banyak publisiti yang diberikan, malah para pecacai dan RBA juga senyap sunyi, Lim Guan Eng yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang bersoal jawab di Mahkamah Tinggi berhubung saman membabitkan Kampung Buah Pala yang telah dimusnahkan beberapa tahun dahulu.
Ada beberapa perkara menarik yang berlaku sepanjang perbicaraan tersebut terutama sekali apabila Lim Guan Eng cuba menggunakan taktik 'TIDAK INGAT', 'TERLUPA', 'TIDAK TAHU' dan sebagainya yang seringkali kita dengar kalau orang sepertinya terkantoi.
Di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini, Guan Eng memberitahu yang dia tidak tahu janji-janji yang telah dibuat oleh Anwar Ibrahim dalam usaha penduduk menyelamatkan Kampung Buah Pala. Menurutnya, dia tidak pernah tahu bahawa pada PRU tahun 2008, Anwar Ibrahim telah membuat janji itu kepada penduduk.
"Saya tidak tahu," kata Guan Eng ketika ditanya oleh peguam Baljit Singh semasa pemeriksaan balas
dalam saman Lim Guan Eng ke atas Profesor Dr. Jimmy Lim Cheok
Baljit yang mewakili Jimmy Lim bertanyakan Ketua Menteri itu apakah dia sedar dan tahu tentang janji-janji serta ikrar Anwar Ibrahim untuk menyelamatkan Kampung Buah Pala, yang khabarnya berusia 200 tahun dan lebih dikenali sebagai 'Tamil High Chaparral'.
Baljit kemudiannya mengingatkan semula Guan Eng tentang janji-janji Anwar Ibrahim kepada para penduduk Kampung Buah Pala yang mereka akan dapat menyelamatkan kampung mereka daripada dimusnahkan sekiranya pakatan pembangkan PKR-DAP-PAS berjaya merampas Pulau Pinang dari Barisan Nasional pada PRU-12 tahun 2008.
Pakatan pembangkang kemudiannya dikenali sebagai Pakatan Rakyat berjaya merampas Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari Barisan Nasional. Tetapi janji-janji yang dibuat tidak pernah ditepati.
Ikrar dan janji Anwar Ibrahim menjadi isu besar ketika Kampung Buah Pala hendak dimusnahkan dengan klip video menunjukkan Ketua Umum PKR Itu membuat janji dengan meletakkan tangannya di atas kepala seorang tua kampung berkenaan.
Salah satu klip video tersebut boleh ditonton DI SINI.
Guan Eng diwakili oleh peguam N.Murali, manakala Baljit, V.Amareson dan Rowena Yam mewakili defendan pertama, Jimmy Lim.
Dalam samannya, Guan Eng mendakwa artikel tersebut yang bertajuk, "Guan Eng has failed, says NGO' telah disiarkan oleh FMT pada 6 Disember 2013 mengandungi fitnah yang boleh memusnahkan imej serta reputasinya sebagai wakil rakyat, pemimpin dan ahli politik rakyat di Pulau Pinang dan Malaysia.
Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP mendakwa artikel berkenaan yang memetik kenyataan Jimmy Lim di dalam sebuah sidang media, menuduhnya sebagai Ketua Menteri yang tidak berkelayakan dan tidak cekap.
Guan Eng menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada defendan-defendan selain gantirugi teladan dan beberapa gantirugi lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Perbicaraan tersebut dibuat di hadapan Pesuruhya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Nordin Hassan.
Dalam soalan lain oleh Amareson, Guan Eng mengesahkan bahawa Kerajaan Negeri di bawah kepimpinannya belum lagi memutuskan untuk mewartakan dan mengimplementasikan Pelan Tempatan Pulau Pinang yang telah diluluskan pada tahun 2008.
Menurutnya, alasan utama penangguhan tersebut adalah kerana kerajaannegerinya tidak dapat memutuskan pelan pembangunan kawasan tempatan untuk zon warisan walaupun selepas Pakatan Rakyat berkuasa selama tujuh tahun di negeri itu.
Georgetown dan Melaka telah disenaraikan secara bersama oleh UNESCO International Heritage Cities pada Julai 2008.
Lim Guan Eng turut mengakui bahawa semua dakwaan dan hujah yang dibuat dalam samannya itu tidak wujud dalam artikel yang telah disiarkan oleh FMT.
Dalam satu kejadian lain di mahkamah yang sama, Guan Eng meminta pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas seorang lelaki yang cuba menghadiahkan sepapan PANADOL kepadanya untuk menghilangkan pening dan menyegarkan badannya!!!
Spesis yang KUAT MENIPU n MENINDAS .. SAMA DENGAN BAKA ANWAR IBRAHIM..
ReplyDelete2 X 5 .. MULUT BANYAK MANIS WOOOoo !!
Mana nk ingat. Mlm tadi dh lebih yam singgg. . .
ReplyDeleteTakebeerrr. . .
bukan dulu macai kata DR M pelupa... gang dia buat senyap jer...
ReplyDelete