Pages
▼
Tuesday, February 24, 2015
ANWAR TAK MAHU MOHON PENGAMPUNAN YANG DI-PERTUAN AGONG UNTUK BEBAS... JADI, DIA BUKAN LAGI AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH!!!
Hari ini, berita tentang keengganan Anwar Ibrahim enggan memohon pengampunan daripada DYMM Yang Di-Pertuan Agong bagi pembebasannya, pasti akan menjadi berita yang bakal diulas dengan hebat oleh para juak-juaknya dari segi agama.
Mereka akan menjadi golongan pembenci kesyirikan yang paling besar dan beranggapan, Anwar Ibrahim adalah seorang Muslim yang amat teguh imannya kerana tidak mahu memohon pengampunan selain daripada Allah Taala.
Akan diterangkanlah bahawa satu-satunya yang berhak memberikan pengampunan adalah ALLAH TAALA, manakala makhluk tidak mempunyai sebarang hak dan tidak boleh juga diletakkan sebaris dengan Allah Taala.
Golongan yang suka menyesat dan menyelewengkan akidah umat ini akan mencampuradukkan perkara batil dan perkara haq. Mereka akan mencampurkan perkara-perkara membabitkan HABLUMMINALLAH dengan HABLUMINANNAS. Mereka juga akan mencampuradukkan daruriyat, maslahah haijiat, maslahah tahsinat atau kamalat dan diniyyah asalkan Anwar Ibrahim dilihat sebagai hero yang mengelabui mata golongan jahil.
Apa pun, hari ini dengan proses terakhir untuk pembebasan daripada hukuman penjara 5 tahun telah dilepaskan, bererti Anwar Ibrahim akan hilang dari pandangan selama 5 tahun juga. Dia sudah hilang hak untuk menjadi wakil rakyat. Perlu menjalani hukuman penjaranya kerana kesalahan JENAYAH LIWAT, manakala orang-orangnya pula perlu mencari pengganti secepat mungkin agar kedudukan mereka tidak terjejas.
Walaupun ada berpandangan keengganan itu disengajakan kerana PKR mahu para pengikut terus merusuh bersama emosi. Malah ada yang berpandangan, PKR sengaja berbuat begitu kerana Anwar Ibrahim jikalau dibebaskan, lebih banyak memberi masalah dan liabiliti kepada mereka berbanding menyenangkan!!!
Xpayah le cerita lagi bangsat ni....
ReplyDeleteBoring!!!!!baik cerita pasal kehancuran pas lagi best!!!!!
betul... jangan beri publisiti percuma fasal dia lagi. stop jangan terbitkan satu pun artikel mengenai dia.
ReplyDeleteBiar dia hilang terus dari media dan mata rakyat malaysia...
Ceritakan pula kejatuhan umat Melayu di bawah pentadbiran ah jib gor! Tun M dh hilang keyakinan kerajaan ah jib gor slm membela kita ni...
ReplyDeleteBukan orang pas mengaku Arab ke????puihhhhhh
Delete