Pages

Wednesday, February 11, 2015

APA LAGI MASALAH YANG HARGA BARANG TAK BOLEH NAK TURUN BILA KERAJAAN TURUNKAN TARIF ELEKTRIK?



Hari ini, kerajaan telah memutuskan untuk menurunkan tarif elektrik dari 1 Mac sehingga 30 Jun. Demikian menurut Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Maximus Ongkili.

Menurutnya, tarif baru tersebut memberikan penjimatan kepada pengguna antara RM13 sehingga RM45 setiap bulan bergantung kepada kepengguaan.

Menurut menteri itu lagi, untuk di Semenanjung, tarif baru akan menyaksikan penurunan 2.25 sen per kWh. Manakala tarif baru di Sabah dan Labuan menyaksikan penurunan sebanyak 1.25 sen per kWh.

Dengan penurunan tarif elektrik ini, sepatutnya juga para peniaga telah mula menurunkan harga barang masing-masing. Namun berdasarkan pemerhatian, belum ada satu jenis barang pun diturunkan harga, bahkan para peniaga memberikan pelbagai alasan untuk terus menaikkan harga atau mengekalkan harga tinggi termasuklah FAKTOR CUACA, LOGISTIK dan sebagainya.

Beberapa hari lepas, Menteri Pertanian telah membuktikan bagaimana harga barangan mentah terutama membabitkan makanan, boleh diturunkan berdasarkan trend yang dibuat oleh kesemua pasartani di seluruh negara.

Para pemborong dan orang tengah yang kuat menyokong DAP, bagaimanapun, terus bertegas untuk menaikkan harga dengan persepsi menyalahkan kerajaan sepertimana yang kerap kita dengar apabila mereka memberikan alasan ketika ditanya mengapa harga naik.

Para pengguna berhak melakukan sesuatu untuk memaksa para peniaga menurunkan harga. Kerjasama dari semua pengguna terutama dalam bab mendedahkan para peniaga yang tamak, amat diperlukan.

7 comments:

  1. Okla...minyak dah turun harga...
    TNB akan turunkan tarif elektrik...
    TAPI ada satu lagi masalah...
    kita mintak sangat2 kat kerajaan tolong stabilkan nilai ringgit...
    Bila nilai ringgit tak stabil, susah nak tetapkan harga barang pada paras yang minima kerana kita tak pasti sama ada nilai ringgit kekal atau tidak. Kalau boleh ikat jer nilai ringgit tu seperti yang Tun M pernah buat dulu.

    ReplyDelete
  2. MARI KITA LIHAT APA AUTA DIORANG PULAK. NAK DENGAR KOMEN MR BEAN..

    ReplyDelete
  3. Harga ringgit untuk hari ini ialah :

    1 USD = RM 3.60

    Bila orang belah sane dah mintak tolong US. Aku tak tahu apa akan jadi pada negara kita kalau US buat sekatan ekonomi terhadap Malaysia. Antara cara untuk menghancurkan sesebuah negara adalah dengan menyerang ekonomi negara itu.

    Sebagai ingatan, 'orang tu' pernah buat onar semasa kegawatan ekonomi melanda negara pada tahun 1998.

    ReplyDelete
  4. Ni aku nak bagi tau la...
    Kita ni sama2 rakyat malaysia,
    Masa minyak dunia jatuh merudum,
    Aku nampak jarang sangat blog2 pro bn
    Ni mintak kerajaan turunkan harga minyak!
    Cam tuh jugak dgn tnb, korang perjuangkan
    Apa ni? Alih2 blog pakatan jugak yg hampir
    Majoriti mintak tuun minyak dan letrik!

    Mari la sama2 berusaha...

    ReplyDelete
  5. anon 8:03 pm

    kau buta ke apa? blog ni dah memekak dr awal lagi masa harga minyak turun. Yg tak minta turun harga, blog2 pakatan. cubalah kau periksa baik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia tak buta...cuma dia baca pakai ALEE UTOOOHH..

      macai pr tu... Nada komen pun dh tau sgt dh...

      Delete
  6. susah nk ckp psal rege brang turun ni.zaman skarang tk sama cam zaman aku kecik2 dulu.zan sekarang orang dh bnyak duit.makan pun di kedai jalan2 cari makan.sekali hadap berbelas hinggit sorang.
    org dulu kuat berusaha.serai,cili,daun kari,daun pandan,kunyit,sayur2an tanam dpan umah.nk mkn petik je.org sekarang nk mkn petik je duit kt bank.klu kt kg.semua jenis ada tanam kt kebun.beli beras,garam,gula.minyak kelapa pn buat sendiri.sekarang kt kg.semia tanam sawit(yg untung felcra n risda plantation.org kg.cukup2 mkn je.lbih teruk tanah tumbuh hutan.cili,serai dll pegi kedai beli.tk caya prgi ke kg2.

    ReplyDelete