Pages

Thursday, February 26, 2015

HARAKAH KENA SAMAN DENGAN NAJIB ABDUL RAZAK SEBAB SIAR ARTIKEL FITNAH BERHUBUNG 1MDB!!!



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan undang-undang ke atas lidah rasmi Pas, Harakah Daily kerana didakwa memfitnahnya.

Surat tuntutan bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah, Dr. Rosli Yaakub pada pukul 3 petang.

Tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi berikutan fitnah dibuat Harakah dalam laporan bertajuk, ‘Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?’.

Sebelum itu, surat tuntutan permohonan maaf dan bayaran gantirugi berhubung penyiaran artikel tersebut telah disiarkan pada 19 Februari lalu.

Artikel tersebut dengan tajuknya, 'Dana 1MDB Biayai Syarikat Filem Riza Aziz (Bhg 2)', didakwa fitnah. Surat tuntutan tersebut telah dihantar dengan tangan oleh Hafarizam Wan & Aishah Mubarak Peguambela & Peguamcara, mewakili Perdana Menteri kepada Pengarah Urusan Dr. Rosli Yaakob, penulis artikel tersebut, di pejabat Harakah pada jam 3:00 petang..... teruskan bacaan di BULETIN 247


No comments:

Post a Comment