Pages

Monday, February 23, 2015

ISY LA!!! ISY LA!!! SIAN MAHFUZ OMAR, 15 KALI CALL SIRUL, TAK DAPAT-DAPAT!!!



Mana nak dapat, nombor yang Mahfuz buat panggilan itu adalah nombor yang telah lama dimatikan. Semenjak berada di Australia, Sirul Omar tidak lagi menggunakan nombor telefon Malaysia.

Seperti yang dikatakan dari awal, Mahfuz Omar hanya berhajat untuk mengencing rakyat Malaysia, menaikkan rating dirinya di kalangan para pemimpin Pakatan dan mengejutgemparkan pihak-pihak tertentu bagi tujuan ugutan dan tawaran.

Malangnya, bukan sahaja tidak dilayan tetapi juga semua pakat duk gelak kat Mahfuz. Kecuali para pecacai Pakatan dan pemercaya DAP, mereka benar-benar berharap, gempar Mahfuz Omar benar-benar mengotakan janjinya sebagaimana janji 16 September 2008 di mana Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri dan semua pemimpin UMNO-BN akan dimasukkan ke penjara.

Ramai wartawan yang berkumpul di Ibu Pejabat Agung PAS Pusat Jalan Raja Laut untuk melihat dan menyaksikan sendiri Mahfuz Omar membodohkan diri, Dan Mahfuz yang mudah kagum dengan aura dirinya, tidak segan silu menelanjangkan kebodohannya sendiri.



Sebelum ini, telah dikatakan bahawa Sirul Azhar yang berada dalam kawalan ketat pihak berkuasa Australia tidak mendapat kebenaran untuk membuat panggilan telefon. Mungkin memikirkan Australia seperti Jabatan Penjara Malaysia yang kerap dilihat memberikan layanan istimewa kepada Anwar Ibrahim, Mahfuz Omar beranggapan, dia boleh menimbulkan persepsi yang sama.

Kejadian hari ini mengesahkan bahawa Mahfuz Omar sama spesies dengan Anwar Ibrahim yang kuat menipu dan berlakon. Walaupun menjanjikan sesuatu yang mustahil, tetapi demi mencari nama, Mahfuz teruskan juga.

Sesuatu yang sangat pasti ialah, Mahfuz sudah tentu mempunyai alasan untuk diberikan selepas ini jikalau ditanya tentang 'kegagalannya'. Dia tidak mungkin tidak menyediakan jawapan kepada situasi yang sudah dijangkakan. Cuma kita nak tengok sahajalah, sama ada alasan yang akan diberikan di sebalik kegagalan itu bijak atau benar-benar menambahkan lagi kebodohannya!!!


No comments:

Post a Comment