Rakaman audio membabitkan Mat Sabu dalam rancangan besar menggulingkan dan menerajang keluar Abdul Hadi Awang daripada jawatan Presiden PAS, telah terdedah dan menjadi viral menerusi media sosial.
Kematian Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS telah mencetuskan panik di kalangan kaum PASMA yang mula membariskan nama AHMAD AWANG, bekas Pesuruhjaya PAS Perak untuk jawatan tersebut, sekaligus menolak Harun Din Al-Hafiz yang jauh lebih berkelayakan dari segi keilmuwan dan disiplin ilmu sebagai Mursyidul Am.
Ahmad Awang adalah individu utama yang menjadikan DAP begitu berkuasa di Perak dan Selangor menerusi kerajaan campuran pada tahun 2008. Dia juga merupakan antara yang paling awal bergegas mengacum dan menghasut Allahyarham Nik Abdul Aziz agar membenci kerjasama antara PAS-UMNO walaupun ketika Abdul Hadi Awang mengutarakan usul Kerajaan Perpaduan, Allahyarham Nik Abdul Aziz turut bersetuju dan meraikan pendapat itu.
Walaupun telah didedahkan modus operandi PASMA yang berhasrat untuk menjadikan PAS sebagai Biro Agama Islam bagi DAP, sekaligus mengukuhkan kekuatan dan kedudukan Lim Guan Eng dan DAP, namun para pemimpin PASMA yang selama mereka berada dalam PAS, berjaya mengaut keuntungan besar daripada pelbagai projek kerajaan negeri khususnya di Kelantan, selain bantuan dana daripada DAP, mempunyai kekuatan kewangan yang membolehkan mereka membayar gaji dan mengupah tukang propaganda.
Disebabkan itulah, kita dapat melihat bagaimana bercelarunya PAS dengan semua pihak mengaku, mereka mewakili PAS walaupun pada masa yang sama, sebahagian besar daripada mereka yang mengaku PAS itu adalah PASMA yang menyembah dan memberhalakan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.
Bukti suara Mat Sabu sepertimana yang disiarkan oleh Buletin Utama TV3 jam 8:00 malam tadi, sudah tentu akan mencorakkan satu lagi drama politik di negara ini. Selepas Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim, adakah Mat Sabu akan mengambil tindakan saman dan dengan 'bantuan pihak tertentu', Mat Sabu akan menang dalam saman fitnah sebagaimana yang keistimewaan yang diberikan kepada Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim dalam kes-kes saman fitnah?
Mat sabu?kah kah kah....
ReplyDeleteYang Ada Nik Aziz dianggap tuhan pun xdpt putrajaya ni pulak mat sabu....puihhhh
Sudah sudahlah TV3 main isu sampah dan taik..
ReplyDeleteBagi la berita yg berkualiti..
Nak bodek najib tak perlu bermodalkan najis..
Banyak lagi berita yg lebih positif..
Berita mana yg berkualiti..maksud lo..berita pro fuckatan..tu bukan lagi sampah, bau hanyir berak merata rata, najis..kah kah kah
DeleteBerita fitnah yg lo maksud positif...patut la asik dikencinggggggg..prettttt
Amacam mahfuz bawak berita positif dr aussie ari ni.....semua kena kencing
Dua2 sampah bro..
DeleteTv3 & harakah sama tahap sampah..
Fikir dan renungkanlah dgn hati ikhlas. Demi agama negara dan bangsa
ReplyDeleteMat Sabu je la jadi Murshitdol PAS-bulu-MAh. Mesti power.
ReplyDelete