Pages

Sunday, February 15, 2015

NIK ABDUH TIDAK SENANG HATI MELIHAT PERANGAI MENCINTAI KHURAFAT DAN BIDAAH AHLI-AHLI PAS DI PUSARA AYAHNYA!!!



Nik Mohamad Abduh, anak Allahyarham Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan orang ramai supaya mengikut sunah Nabi Muhammad SAW ketika menziarahi pusara ayahnya itu.

Beliau berkata, orang ramai diminta untuk tidak melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai khurafat ketika menziarahi pusara Allahyarham.

"Saya nasihat kepada rakyat Malaysia yang datang ziarah hendaklah menepati sunah Nabi Muhammad SAW kerana ziarah keluarga dan tok guru adalah sama.

"Perlu berdoa dan mengambil peringatan untuk diri sendiri, jangan tambah (melakukan) benda yang bersifat bidaah dan khurafat kerana ia akan membatalkan amalan soleh kita sendiri," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Nik Mohamad Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai khabar angin kononnya terdapat segelintir masyarakat yang mengambil tanah di pusara berkenaan untuk dijadikan azimat dan sebagainya.

Tinjauan Bernama di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka di sini, mendapati orang ramai tidak henti-henti menziarahi pusara bekas Menteri Besar Kelantan itu.

Beliau meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka pada 9.40 malam, Khamis ketika berusia 84 tahun.

Adun Chempaka itu dibawa pulang dari Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian di sini, kira-kira 8.40 malam hari yang sama setelah dirawat di hospital itu sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, pada 11.30 pagi semalam. - Bernama

23 comments:

  1. Kalau dah taksub,tahi tok guru pun boleh dijadikan serban berwarna coklat!!"!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ni jgn la gitu sekali...hihihihi

      Delete
  2. Ye ke tak senang hati? Haritu diam je ada mamat cakap Nik Aziz dalam koma boleh terjaga sembahyang tahajud?hehe

    ReplyDelete
  3. Tak pergi pun takpa..doa dari jauh pun sampai..

    ReplyDelete
  4. Ketaksuban yang membosankan. Tuan guru yang tiada ajaran baik kepada pengikutnya. Betul ke dia tuan guru Islam. I very much doubt it.

    ReplyDelete
  5. Puak lendir hijau ni makin hari makin bodoh la... Taksub gila babi... Yg meninggal tu pun org biasa jer...serupa mamat2 kampung jer pun... Sedekah alfatihah sudah la.. Bodoh sungguh puak ni...

    ReplyDelete
  6. Kebodohan melayu mentafsir kehendak agama dan politik nya di mana dua perkara bercampur baur ...

    Ingatan kepada Nik Abduh - jangan nanti pusara ayahanda anda di jadikan keramat pula. Beberapa pentaksub sudah "memasarkan" keganjilan luar biasa seolah nya kematian TGNA itu satu simbol kehebatan. Wadah mya Allah SWT itu sedang menguji keimanan dan akidah yang hidup. Allah juga menguji segala amalan TGNA sebagai ulama dan umara kepada para penyokong politik PAS beliau dan juga sebagai guru agama tugas terutama arwah, yang Allah sudah kurniakan kedudukan tinggi di dunia fana sebelum ini, adakah menepati kehendak Allah SWT.

    Kita mendoakan yang terbaik untuk arwah. Kita mendoakan semoga perpaduan ummah PAS dan UMNO dalam saf-saf yang benar selepas ini, boleh bertambah erat demi Akidah dan Keimanan kepada Yang Satu. Demi Negara, Bangsa / Rakyat Malaysia dan Agama.

    Sudah banyak kerosakan sudah dan sedang di lakukan oleh kumpulan munafik yang mengakui "orang-orang beriman itu sama sahaja dengan para orang-orang baik kafirun konon nya juga menyembah Tuhan yang Satu...." Nauuzubillahminzalik

    ReplyDelete
  7. Ambik tanah kubur dia utk apa ? buat pelaris meniaga ke ? zaman dah maju , tapi masih ada lagi yang hidup dalam kepercayaan kpd benda2 khurafat & tahyul .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm org syiah, suka ambik tanah kubur dr kubur yg diagungi org syiah....

      Delete
  8. Biarlah darjat,warak dan keimanan seseorang ditentukan Allah..Inilah bahayanya ketaksuban manusia.Lebih parah bila bercampu baur dgn politik..

    Kita ingatkan sesama kita...Dah kerap kena bala termasuk banjir besar,jgnlah nak undang lg bala...

    ReplyDelete
  9. saya melihat betapa kenatikan penyokong pas sudah bermula sejak TGNA masih hidup , penghormatan dan kefanatikan mengalahkan fanatik kepada Nabi SAW itu sendiri ..

    apabila TGNA dah sakit, semakin kreatif mereka mencipta cerita , semuanya mengagungkan ..memuja , memuji yg terlalu , seolah TGNA itu manusia superislamik satu2nya zahir batin dan terlalu tinggi maqam didalam islam ?

    apabila TGNA dah meninggal , wahhh ..kefanatikan mereka telah melebihi batas Normal , awan kalimah Allah lah , burung menangis lah, awan ikut memayungilah, anjing serangga pun ikut sedihlah, tanah harum kasturilah, terlalu yg amat sanggat.

    seolah TGNA itu tabi'in, seolah TGNA itu lebih special dari Nabi Adam , seolah TGNA itu satu2nya penyelamat dunia akhirat ,

    kena ingat, walau siapa TGNA , dosanya sesama manusia tetaplah dosa , dosa dia mengkafirkan mulim lain, dosa dia mengumpat , dosa dia berbohong , tetap dicatat malaikat.

    nak puji itu boleh tp ada batasnya, nak sanjung itu biar berpada, nak hormat juga ada hadnya , jangan keterlaluan kerana TGNA juga manusia biasa ,
    disini terserlah kenyataan bahawa orang pas itu seolah robot yg telah diprogramkan , mereka tidak mampu lagi berfikir secara Normal .

    ReplyDelete
  10. Allahyarham nik aziz adalah seorang guru agama BUKAN ULAMA. Antara bumi dan langit.

    Ulama tak kata ALLAH mencarut
    Ulama sebenar tak kata dia boleh menjatuhkan siapa masuk syurga dan neraka
    Ulama tulin tak mengkafirkan orang islam lain
    Ulama asli tak kata penerima brim macam binatang ternakan
    Ulama pewaris nabi tak pernah ajar anak muridnya jumud

    dan banyak lagi.......wallahuaklam

    ReplyDelete
  11. manusia biasa yang hanya menyarung serban dan jubah pun pengikut dah taksub macam babi gila....cuba bayangkan kalau dajal bawa neraka dan syurga ditangan????mintak simpang le.....

    ReplyDelete
  12. sila rujuk surah alhujurat ayat 11,12 dan 14.....jadikan panduan.. insyaallah....
    semoga kita semua dirahmati Allah aminnnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah rujuk pada ayat dlm surah yg di maksudkn di atas... Bkali2 sy baca maksud dan huraiannye yg pnjang lebar... Pada pendapat sy ayat tu tak relevan dgn ape yg di tulis dlm artikel di atas.. Artikel di atas adelah berkenaan ketaksuban sesetengah org yg menziarahi kubur arwah.. Ketaksuban yang boleh menyebabkn akidah tergelin cir dr landasan sebenar... Perbuatan Khurafat yg boleh menyebabkn jatuh hukum syirik... Sedangkn ank arwah sendri mencegah perbuatan tersebut... Ingatan yg tuan beri tu bagus tp x relevan dgn ape yg di bincangkn... Snang cter lari tajuk.. Maaf la jika sy tersilap...

      Delete
  13. Anon 10.21

    saya dah baca ayat 11, 12 n 13

    Pasal mencemuh, menghina dsbnya

    Saya nak tanya adakah anon 9.52 mencela,mencemuh dsbnya?

    kalau di kira mencemuh, menghina....apakah orang yang mengkafir orang lain tidak Dikita mencemuh.....dsbnya?

    Make your stand,sir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanye ayat tu lg sesuai di tujukn pd si arwah masa dia hidup lg... Sbb mulut dia celupar sgt... Kn...? Kn...?

      Delete
    2. Hairan bin ajaib... Kenape masa arwah hidup ayat tu tak di ajukn pada dia... ?? Masa dia hidup ayat tu blum turun lg ke...? Takkan la bila dia dh meninggal baru ayat tu turun...? Adakah ayat itu hanya boleh di gunapakai hanya pd golongan tertentu saja..? Golongan yg lain mendapat pengecualian..?? Sedangkn sperti yg kita org Islam semua maklum ayat dlm alQuran adelah ckup lengkap.. Utk semua yg bgelar hamba ALLAH.. Persoalannye skarang knpe ade double standard...?? Sedang kn nabi yg ckup mulia pun tertakluk pd perintah ALLAH... Arwah pulak sape...? Lebih mulia dr nabi ker...? MasyALLAH... Gila ke ape ni...?

      Delete
  14. Taksub adalah musuh kemerdekaan akal. Jika akal kalah oleh taksub maka tidak beragama lah ia.

    ReplyDelete
  15. Dia dah takde. I respect him many ways and he is dead now . sedekah al fatihah itu yg terbaik. Soal lain dia dgn tuhan. Hanya dia gagal myatukan saudara seugama semasa dia hidup sebab ideologi politik. Sekiranya dia hanya sorang tok guru minus politik byk ceramah ugamanye sgt baik untuk kita ikuti. Sekarang kita yg tinggal cuba la bbaik sesama seugama mahupun dgn orh kafir yg ingin bbaik dgn kita. Hidup tk lame buat la yg terbaik yg dredhai Allah

    ReplyDelete
  16. arak+kelab Malam+judi+ekor+genting highland+kpop+riba'+taktutup aurat+pelacuran+maksiat+tak solat+dadah (org melayu 90% di pusat serenti)+rompak+bunuh+mengumpat+fitnah+rasuah dan lagi..lagi ..lagi.. ok saja...apa nak jadi ooiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang anda paparkan itu orang Kelantan masih memegang rekod tertinggi!!!!negeri yang ditadbir oleh arwah Nik aziz!!!!terima hakikat itu.....

      Delete
  17. Dah anak promote kejadian pelik2 ayahnya masa sakit tenat jgn salah org tadsub buat perkara khurafat yg pelik2. Tanggunglah sendiri.

    ReplyDelete