Sebelum ini satu jemputan media melalui aplikasi Whatsapp PAS, menyatakan Ketua Penerangan PAS itu akan mengadakan sidang media bersama dengan ibu Sirul Azhar Umar berkenaan perancangan untuk ke Australia dan perkembangan bekas komando polis itu.
Jemputan dalam aplikasi tersebut mengatakan sidang media bermula pada jam 11 pagi dan media khususnya dijemput untuk membuat liputan.
Namun setelah 40 minit menunggu kehadiran Mahfuz yang tidak muncul, petugas media yang mula resas telah bertanya Staf Pejabat PAS, Saripuddin Mohd Yatim yang memaklumkan tiada sidang media bersama Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Katanya lagi, Mahfuz sekarang berada di Alor Setar dan menafikan akan mengadakan sidang media mengenai Sirul.
“Saya baru menghubungi Mahfuz, dia berkata itu jemputan palsu, tiada sidang media akan diadakan hari ini. Dia sekarang berada di pejabatnya di Alor Setar,” katanya kepada para petugas media yang hadir.
Namun penjelasan tersebut tidak meredakan keadaan apabila para petugas media terus mempersoalkan tindakan Mahfuz yang dianggap berbohong dengan membatalkan sidang media di saat-saat akhir.
Bagaimanapun Saripuddin mendakwa jemputan palsu itu merupakan satu provokasi yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. {SUMBER)
Salah umno...
ReplyDeleteMuahaha...whatsapp kena hack eh?
DeleteSirul yang kononnya contact Mahfuz tu dah confirm Sirul sebenar atau palsu jugak?
ReplyDelete