Pages

Sunday, February 1, 2015

PKR TARGET NILAI RINGGIT DIJATUHKAN SEHINGGA RM3.90 BERBANDING USD1.00 UNTUK JATUHKAN KERAJAAN!!!



Mungkin sudah ramai yang terlupa atau tidak tahu atau barangkali juga sengaja cuba memadamkan fakta sejarah 1997 ini. Namun sejarah tetap sejarah. Walaupun cuba digelapkan, ia tetap kekal sebagai suatu fakta yang tidak boleh diubah-ubah.

Kejayaan George Soros dan kumpulan penyangak matawangnya pada tahun 1997 bermula dengan serangan ke atas mata wang Britain iaitu Pound Sterling kemudian melarat ke Brazil dan Asia Timur. Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Malaysia adalah yang paling terjejas. Namun Asia jugalah yang berjaya mencari jalan menamatkan dengan China memulakan ikatan nilai matawangnya berbanding Dollar Amerika Syarikat. Langkah tersebut kemudiannya dituruti oleh Malaysia di bawah kepimpinan Mahathir, sekaligus mengakhiri penguasaan George Soros setelah tindakan mengikat matawang oleh Mahathir, menyebabkan Soros rugi berbilion-bilion Ringgit dalam perdagangan spekulasi matawang.

Namun ada satu lagi fakta penting yang tidak boleh ditinggalkan memandangkan fakta inilah sebenarnya yang lebih menghangatkan lagi serangan ke atas matawang rasmi Malaysia itu.

Semuanya ini bermula walaupun cuba digambarkan sebagai satu kebetulan atau drama yang dipentaskan oleh Mahathir setelah Perdana Menteri ketika itu mula mengambil serius tentang tuduhan yang dilemparkan ke atas Timbalannya. Dalam usaha mencari kepastian sekaligus membolehkan siasatan dijalankan secara bebas, Mahathir bercuti daripada jawatan Perdana Menteri dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Timbalannya pada ketika itu.

Ternyata timbalannya masuk perangkap, sekaligus membenarkan segala tuduhan ke atasnya. Apabila Mahathir balik dari bercuti dan mengambilalih semula jawatan Perdana Menteri, beberapa panggilan telah dibuat ke atas individu-individu yang melemparkan tuduhan ke atas Anwar Ibrahim. Apabila Anwar Ibrahim mengetahui, dia mula kelam-kabut dan mula melakukan serangan serta desakan agar Mahathir segera melepaskan jawatan Perdana Menteri kepadanya.

Beberapa tindakan pantas yang dilakukan, termasuklah memasukkan Anwar Ibrahim ke dalam peti sejuk dan peneguhan MTEN untuk menangani masalah serangan ke atas pasaran saham dan matawang Malaysia, selain ikatan nilai Ringgit dengan Dollar Amerika Syarikat, kembali memulihkan ekonomi dan rejim kewangan Malaysia.

Kes liwat yang dilihat sebagai punca sebenar serangan matawang dan pasaran saham Malaysia, akhirnya dibicarakan. Kehangatan kes perbicaraan tersebut dengan tindakan tegas tanpa sebarang perlengahan dan permainan tunda-menunda, akhirnya memantapkan semula ekonomi dan kewangan Malaysia.


Tahun 2015 juga nampaknya keadaan yang serupa juga sedang berlaku. Dengan watak bernama Ong Tong Kooi yang merupakan 'Bendahari Anwar Ibrahim' mengambilalih tugas dan peranan George Soros, perjalanan ini mula didedahkan menerusi LANGKAH KAJANG yang akhirnya memecah belahkan PKR dan menggawatkan kepimpinan Negeri Selangor.

Walaupun Rafizi Ramli cuba menafikan dokumen LANGKAH KAJANG yang terkangkang, namun sehingga kini, Rafizi Ramli mahupun Saifuddin Nasution tidak berani langsung membuat laporan polis dan meminta polis menyiasat 'pemalsuan' berkenaan. Sebaliknya Rafizi Ramli sekadar mampu menyatakan yang dokumen tersebut palsu dan mentertawakannya tanpa sebarang penjelasan konkrit dan pada masa yang sama menunjukkan kelam-kabut dan ketakutannya.

Seperti yang anda dapat lihat, Fasa Ke-4 perancangan PKR dalam Langkah Kajang yang juga digunakan untuk menjahanamkan Malaysia, ialah dengan menurunkan nilai Ringgit menjadi RM3.90 bagi setiap nilai USD1.00. 'Kejayaan' menghuru-harakan Malaysia pada tahun 1997 dengan penurunan nilai Ringgit menerusi kadar dan nisbah RM4.80 kepada USD1.00, cuba dikembalikan bagi menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada kes liwat yang membabitkannya. Namun kejayaan itu berjaya dikekang dengan tambatan Ringgit dengan Dollar pada kadar RM3.80 kepada USD1.00.

Idea yang sama, modus operandi yang sama, namun adakah kali ini Anwar Ibrahim akan berjaya memandangkan Bank Negara sendiri nampaknya lebih mementingkan polisi-polisi IMF dan Bank Dunia yang ditolak oleh Mahathir pada penghujung 1990-an?

Nilai Ringgit sekarang berbanding US Dollar adalah RM3.63!!!




6 comments:

  1. Mahathir tu dah kaji manipulation di Mexico & Latin America.

    Beliau dianugerah oleh Allah untuk Melayu.
    sama mcm P. Ramlee, anak beliau tak jadi mcm bapak dia.

    Dlm dunia pun yg berani lwn US selepas WW2 cuma Russia, Vietnam, Saddam, Gadafi, Hugo Chavez. dll semua nasib malang.

    China sdg lawan ekonomi. Tapi belum lagi jadi contoh mulia yg boleh diikuti.

    ReplyDelete
  2. Ya betul...liwat tetap liwat..sumbat je Al juburi ni ke penjara..tak de guna langsung sudah jadi sampah masyarakat...klu dulu buat baik selepas penjara kan bagus...ini tambah liwat lagi dan menderhaka pula...what bloody idiot...

    ReplyDelete
  3. Nuar Penjubor Negara dan kuat menipu, berbohong dan menfitnah dan kuat menjilat jubor2 Barat" I support all efforts to protect the security of Yahudi Zionist" itulah sebenar Bapak Gay Se Malaysia, penjubor no. Wahid. Ass Shit Anu War Jubori wal Liwati " Al Kunyito kepala butoh" Nuar Berahi

    ReplyDelete
  4. Nampak sangat Rafizi and the GANG sentiasa memerah otak untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Mereka sanggup menggadaikan apa yang ada pada rakyat semata-mata untuk kepentingan politik mereka. Negara berada dalam landasan yang betul sebagai sebuah negara yang sedang membangun tetapi Gang Pembangkang itu terus melempar fitnah dan menyebarkan persepsi yang salah di kalangan rakyat. Cukuplah Anwar Ibrahim, penjara merupakan tempat anda. Untuk kepentingan rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  5. RASPUSI....AWAK AWAK KAT MANE....AWAK AWAK KAT MANE.....MINYAK DAH TURUN.... HARGA BARANG BILA MAU TURUN.
    SLOGAN BN.....BARANG NAIK DAH SONYAP....SEBAB RAKYAT DAH TAU.....HARGA BARANG MAINAN PUAK KOMINIH.
    APASAL TAK GULING GULING TURUNKAN BARANG. CARI ALASAN GST PULAK LER.....

    ReplyDelete
  6. Sehaprak haprak bangsat ialah haprak yang sabotaj dapur dan jamban rumah sendiri. Sama gak dlm hal ni. Separia paria pengkhianat ialah pengkhianat yg jahanamkan semdiri ekonomi negaranya. Itulah HASAD DENGAKI PARIA PNYA PKR.

    ReplyDelete