Pages

Saturday, February 21, 2015

SELEPAS 'LAWATAN' PEMIMPIN PKR KE AUSTRALIA, SIRUL AZHAR MAHU BERCAKAP, AKHBAR THE AGE PUN TURUT MENYEBARKAN BERITA... PELIK, TAK?

Kini ada persoalan-persoalan menarik yang sedang ditimbulkan selepas Sirul Azhar secara misteri melarikan diri ke Australia. Persoalan, siapa yang menyediakan pasportnya walaupun dia adalah banduan hukuman mati dan menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan, sudah mula timbul. Bagaimana dia boleh melepasi kawalan imigresen di sempadan negara sehingga butiran tentang jenayah dan kes yang dihadapinya, tidak terlibat, juga dipersoalkan.

Namun kini, sudah ramai yang bertanya, mengapa Rafizi Ramli bersusah payah ke Australia mencari Sirul Azhar dan selepas itu keluar cerita, Sirul Azhar bersetuju untuk membuat konferens 15 minit dengan Mahfuz Omar menerusi telefon dan disiarkan secara langsung menerusi siaran dalam talian.

Apa peranan Rafizi dalam isu yang dibangkitkan secara kelam-kabut ini? Mengapa semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Agung dan Mahkamah Persekutuan, Rafizi Ramli tidak memintas terlebih dahulu dan kemudian mendesak Sirul Azhar menceritakan perkara sebenar sebagaimana yang sedang cuba dilakukannya sekarang?

Mengapa perlu ditunggu sehingga hukuman mati dijatuhkan?

Kalau berdasarkan teori, kononnya orang yang hampir mati akan menceritakan perkara sebenar, ia adalah teori kosong dan bohong. Ramai banduan mati tetap bertegas mereka tidak melakukan pembunuhan. Ramai pembunuh bersiri yang tidak mengakui perbuatan mereka. Ramai penjenayah yang berada di penjara, tidak mengakui jenayah mereka. Malah ramai PELIWAT SEPERTI ANWAR IBRAHIM, yang tidak akan mengaku sampai mati pun perbuatan mereka, walaupun peguamnya mengakui liwat yang berlaku adalah SUKA SAMA SUKA.


Rafizi perlu menerangkan peranan yang telah dimainkannya di Australia, sehinggakan akhbar Australia tersalah lapor dan meletakkan gambar seorang penyanyi Korea yang telah membunuh diri yang dikatakan sebagai Altantuya Shiiribu. Rafizi Ramli juga perlu menceritakan berapa banyak bayaran yang telah dibuat kepada Akhbar The Age Australia yang terkenal dengan prinsip 'SIAPA BAYAR, BERITANYA DISIARKAN'.  Mengapa terlalu ketara sangat, selepas bergegas pemimpin PKR melawat Australia dan mencari Sirul Azhar, benda-benda ni pun mulai disiarkan di Australia?

Mengapa Rafizi Ramli sedangkan mungkin pemimpin PKR lain yang terlibat? Sebab dia adalah Setiausaha Agung PKR. Sebagai Setiausaha Agung PKR, dia pasti ada segala butiran yang berkaitan.

Persoalan yang lebih utama ialah, sampai bila akta berkaitan pengkhianatan negara terus didiamkan? Mengapa tidak digunakan? Mengapa pengkhianat-pengkhianat negara dibiarkan berleluasa dan mereka sekadar dikenakan tindakan ringan di bawah Akta Hasutan 1948 sedangkan mereka sepatutnya dikenakan tindakan di bawah hukuman mati kerana mengkhianati negara dan berusaha menghancurkan negara ini!!!

9 comments:

  1. Sirul berada di Australia sudah lama . Kenapa sudah di tangkap oleh pehak berkuasa Australia baru dia hendak bercerita hal sebenar . Kenapa sebelum di tangkap dia tidak pergi ke akhbar Australia untuk bercerita hal sebenar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pehak pehak pehak pehak pehak pehak pehak pehak pehak pehak

      Delete
  2. Ini la kelemahan najib......tukar mahyuddin semua fitnah keatas kerajaan BN dan Umno akan berakhir....mahyuddin akan buka babak baru dalam kerajaan....putuskan semua cerita berkaitan rosmah..anwar...pak lah...sirul...najib...dan lain lagi....buka babak baru ke arah malaysia yg lebih gemilang

    ReplyDelete
  3. Jika soal motif pembunuhan itu penting, kenapa pihak peguambela tidak mengemukakannya semasa perbicaraan sebelum ni ? Di sini aku nak salahkan pihak peguambela 100% kerana sekiranya motif ini diungkit di mahkamah, berkemungkinan Sirul dan Azilah boleh dilepaskan kerana adanya unsur tekanan, arahan atau ugutan daripada pihak atasan. Tapi malangnya kenapa ianya tidak dijadikan fakta kes.

    Oleh itu, sebelum mintak Najib jawab pasal perkara ni, sila tanyakan dulu kepada peguambela Sirul dan Azilah. Kita pon nak tau jugak kenapa pihak peguambela nak sorokkan benda ni daripada didedahkan kepada umum. Logik tak kalau benda tu boleh dijadikan alasan kukuh untuk melepaskan anak guam tapi peliknya sampai ke sudah tak digunakan langsung. Ada prawn di sebalik mee ke ? Jawablah wahai peguambela. Mana kredibiliti dan integriti kamu sebagai peguambela ?

    ReplyDelete
  4. Akibat tiada ISA dan lemahnya tindakan yang tegas!!!!!padan muka kau najib!!!!!populis makan tuan.....

    ReplyDelete
  5. PM saman akhbar THE AGE Aus..saman 1B...mat saleh jd barua mangkok taik puok2 PR..byk duit Lans Kopral boleh hidup kt Aus?? bau hancing sampai Msia laa

    ReplyDelete
  6. Sepanjang perbicaraan berlangsung mahkamah gagal mencari motif kenapa altantuya di bunuh oleh polis2 ini sedangkan si Razak cuma bgtau supaya HANDLE HER ONLY yg bermaksud jauhkan perempuan itu dr kitaran hidupnya tapi tak sampai membunuh.. So kenapa altantuya di bunuh tidak di ketahaui. PERSOalan mudah utk menjawab isu motif ini ialah secara teorinya altantuya di bunuh dan di letup utk hilangkan bukti dan fizikal evidence atas apa yg berlaku pada malam dia diletupkan. Apa yg sebenarnya berlaku antara mereka bertiga pada malam itu???? Seks. Sebab itulah bukti itu harus di lupuskan melalui cara letupan sampai hancur berkecai. And it did hilangkan bukti2 tersebut.

    ReplyDelete
  7. Bro Mamluk Qalawun...

    Masalahnya pihak pembangkang telah menggunakan isu ini untuk menyerang Najib sehingga timbulnya cerita dongeng pasal Tuya-Najib-Rosmah-Razak Baginda-Scorpene-Azilah-Sirul-PI Bala. Watak2 yang direka dalam cerita ni sebijik macam filem dengan jalan penceritaan yang hebat. Cuma, kita nak tau gak siapa pengarah, penulis skrip dan orang2 tertentu yang terlibat dalam pembikinan filem sehebat ini. Harap ini didedahkan demi membersihkan nama Najib daripada tuduhan tanpa bukti dan tanpa saksi.

    ReplyDelete
  8. Mamluk,...ketahui la badan penghakiman tertinggi Malaysia sudah pun menjatuhkan hukuman kepada penjenayah..apa lagi nak dipersoalkan??..pencacai Pakatan hanya cuba mengalih perhatian ke tempat lain utk menyambung nyawa politik mereka dan mengelirukan rakyat, pencacai Pakatan ni tak takut Tuhan dan akan menerma hukuman setimpal apabila sampai masanya

    ReplyDelete