Pages

Sunday, February 15, 2015

SHAHRIZAT SEKELUARGA MENZIARAHI DATIN TUAN SABARIAH DAN NIK ABDUH... DAN MEREKA DISAMBUT SANGAT MESRA!!!



Antara adat Melayu yang selari dengan ajaran Islam ialah mengeratkan silaturrahim menerusi kunjungan dan ziarah-menziarahi. Tidak sahaja pada Hari Raya Aidil Fitri yang sekarang ini sudah bertukar menjadi adat berbanding sambutan keagamaan, bahkan pada peristiwa kematian.

Menziarahi jenazah adalah fardhu kifayah. Menenangkan dan menyenangkan perasaan ahli keluarga si mati juga adalah salah satu daripada tuntutan dalam Islam tetapi kurang diberikan penekanan. Walaupun mungkin tidak sempat menziarahi jenazah kerana ramainya hadirin bahkan tidak sesuai pula bagi wanita untuk bersesak-sesak bersama golongan lelaki semata-mata kerana mahu menziarahi jenazah, yang terlebih penting adalah ahli keluarga yang masih hidup kerana si mati sudah pun terputus hubungan dengan dunia nyata dan kini berada di alam yang tidak mungkin diketahui oleh orang hidup!



Itulah yang dilakukan oleh Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil apabila dia dan seluruh keluarganya melakukan ziarah ke rumah Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka terutama ke atas Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz. Dengan menaiki pesawat pada jam 8:45 pagi tadi, mereka telah sampai ke rumah Allahyarham dan disambut oleh seluruh anak menantu Allahyarham yang diketuai oleh Nik Abduh.

Sambutan mesra, pertalian persaudaraan dalam Islam, selain kesantunan yang dipamerkan, mengesahkan bahawa budaya Melayu yang terangkum dalam pelbagai suku, sub-ras dan sebagainya, begitu terserlah. Konsep Melayu yang berpaksikan Islam sememangnya indah walaupun ada parasit yang cuba mengotorkan Melayu dengan tanggapan kebangsaan jahiliyyah.


Turut sama dalam rombongan keluarga itu adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian dan ADUN Tanjung Mas, Rohani Ibrahim selain Ketua Muslimat PAS Kota Bharu.

Teladan yang baik dan wajar dicontohi. Perbezaan fahaman politik tidak seharusnya merenggangkan hubungan dan ukhwah sesama saudara sekalimah Thoiyibbah.

Semoga peristiwa ini merupakan satu cetusan dan cahaya di hujung terowong yang selama ini dikelamkan dengan pelbagai hasutan dan dengki khianat sesama sendiri demi kesejahteraan umat Melayu-Islam yang kian terancam dek LGBT, Komunisme, Sosialisme dan pelbagai isme lain.


1 comment:

  1. hanya kematian yg mampu menyatukan org melayu..

    ReplyDelete