Pages

Friday, February 13, 2015

TAYANGAN PERDANA AIR MATA BAHAGIAN 2 SUDAH PUN BERMULA!!!



Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi dan Ketua Pengarah Penjara telah memberikan jaminan bahawa Anwar Ibrahim tidak akan mendapat layanan VVIP dari Penjara Sungai Buluh yang menjadi kediamannya selama 5 tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Tiada keistimewaan yang diberikan kepada Anwar Ibrahim. Itu janjinya.

Namun pada kali pertama Anwar Ibrahim dipenjarakan kerana kesalahan rasuah salahguna kuasa, dia telah ditempatkan di sel tahanan yang jauh lebih selesa, dengan meja tulis, tempat wuduk, lebih luas, tuala yang berasingan, tinggal bersendirian dan jauh berbeza berbanding bilik tahanan banduan-banduan lain. Anwar Ibrahim juga mendapat layanan perubatan kelas pertama sedangkan banduan-banduan yang lain tidak diberikan layanan yang serupa.

Baru dua hari, anak-anak dan isterinya sudah mula memekak sambil cuba membayangkan yang Anwar Ibrahim sedang berada dalam penjara di negara komunis seperti yang terdapat dalam filem-filem Hollywood. Nurul Izzah sudah mula bercakap tentang HAK ASASI bapanya. Kononnya tidak menuntut keistimewaan VVIP dalam penjara tetapi mahu memastikan Anwar Ibrahim berada dalam keadaan selesa.

Drama air mata dan sentimen sedang dimainkan oleh anak-anak perempuan Anwar Ibrahim bersama-sama Wan Azizah. Baru dua hari, permintaan agar Anwar Ibrahim dibenarkan menziarahi jenazah Nik Abdul Aziz telah dibuat. Walhal, ramai di kalangan banduan, tidak dapat menatap wajah ahli keluarga mereka kerana perlu menghabiskan hukuman dalam penjara.

Terbaru, sudah ada 'PESANAN' daripada Anwar Ibrahim. Maka sebaik-baik sahaja pesanan tersebut muncul, pertanyaan pun segera dibuat, 'ADAKAH ANWAR IBRAHIM DIBENARKAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBIT UNTUK MENGHANTAR PESANAN DARI DALAM PENJARA'?


Atau sebenarnya pesanan yang sedang dipopularkan oleh Wan Azizah sebenarnya sedang direka oleh konco-konconya sebagaimana yang dilakukan pada tahun 1999 dahulu untuk menyemarakkan sentimen para penyokong sekaligus menimbulkan persepsi bahawa kakitangan penjara sendiri pun, ramai yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim.

Namun yang pasti, menjelang PRK Permatang Pauh, keluarga Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Wan Azizah dan Nurul Izzah sedang mengumpulkan air mata kerana helah air mata mereka telah berjaya dalam beberapa pertandingan, termasuklah di Permatang Pauh, Lembah Pantai dan Kajang.

Cuma kalau sebelum ini, pelakon air mata hanyalah Wan Azizah dan Nurul Izzah, kali ini, lakonan air mata akan turut disertai oleh Nurul Nuha, anak perempuan Anwar Ibrahim yang dikatakan bakal menjadi calon di Permatang Pauh selepas Anwar Ibrahim hilang kelayakan kerana dijatuhi hukuman penjara 5 tahun.


19 comments:

  1. kepada pakcik2 di kampong, tak perlulah menderma untuk DORANG ni..

    Sepatutnya DORANG yg beri duit kpd kita semua..

    Cuba tengok di Penang & Selangor, selain dari BN - Pakatan JUGA meroboh rumah orang MISKIN untuk MANUSIA2 yg LEBIH kaya.

    Adakah SEMUA ahli keluarga mewreka ini MISKIN? Kononnya nak tolong orang MISKIN..BILA dah BERKUASA, sibuk PROJEK untuk ORANG KAYA.

    yg miskin tak mampu masuk hutan.

    Kalau MAHKAMAH penjarakan anggaplah semua ini balasan jahat mereka.



    (anti politician TAIK)

    ReplyDelete
  2. rujuk surah al hujurat ayat 11 dan 12....kenal alquran,kenal diri dan kenal Allah...kalau nak selamatlahhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg kau tulis ni di tujukan pd aljuburi dan keluarga 69 ke

      Delete
  3. Hanya mereka yang masih kencing bercabang Dan ubun2 masih lembut je minat al juburi dan arwah Nik aziz....lawati facebook amran fans anda akan dapat melihat kebangangan berganda budak Baru semalam kenal politik!!!

    ReplyDelete
  4. ubun2 keras tapi tak kenal diri...tak kenal Allah dan alquran....boleh sesat haluan...

    ReplyDelete
  5. mencaci menjaja aib mengumpat.....sifat orang2 fasik

    ReplyDelete
  6. berhati2 dengan bicara sifasik...
    rujuk surah alhujurat ayat 6....
    selalu2 baca quran...kalau nak selamatlahhh..

    ReplyDelete
  7. anwar ni bukan fasik lagi dah atas pada tu lagi..

    ReplyDelete
  8. Langkuas di tepi kandang, tegak puas badan menyandang (Kesalahan yang kita buat, kita juga yang menanggung akibatnya).

    ReplyDelete
  9. Apa yg berlaku kpd nuar mungkin kifarah ke atas dosa2nya. Kalau dia x muhasabah diri, x tau nk ckp la

    ReplyDelete
  10. Alah keluarga peliwat ni . pakar main wayang , drama , mintak simpati org. kesian , masih laku lagi taktik mcm ni pada tahun 2015 . mohon rakyat malaysia waras berfikir. peliwat itu penjenayah. dia melakukan jenayah , dan penjenayah layak duduk dalam penjara kerana jenayahnya. takde timbul soal aniaya atau menganiaya. sejak 2008 hingga 2014 peliwat bebas ke sana ke mari , menjual cerita tahyul , karut dan retorik . bebas ke luar negara memburukkan nama negara tercinta . kenapa penyokong peliwat tak nampak perkara itu ? sampai bila nak jadi lembu belaan peliwat dan keluarganya ? jadi barua percuma mengumpul dosa menuduh org lain menganiaya si peliwat. atau anda memang penyokong tegar para penjahat dan penjenayah ? dah gila ?

    ReplyDelete
  11. Ini semua salah kapal sing, mat sabun dan komunis tua Dap. Dia org yg pecah lobang timbalan perdana menteri kaki bontot tahun 1997. Family zizah kena tuntut bela kat dia org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Karpal Sing/Dap/Mat Syabu ialah manusia yang mula2 ceramah Kes Bontot ini.

      Kemudian mereka guna Bontot ini untuk JADI KUDA politik mereka.

      Mengkin ada benda2 lagi yg orang tak tahu, masih disimpan mat sabu aljuburi a.k.a agen komunis. Yg boleh digunakan untuk menjadikan Malaysia ke arah Republik Babi.

      Delete
  12. fitnah dan orang fasik berpisah tiada.....

    ReplyDelete
  13. Dah tak ada orang lain ke?

    ReplyDelete
  14. DRAMA...DRAMA...DRAMA. ORANG FASIK DAH MASUK DALAM.FITNAH DAJJAL DAJAL KURANG SIKIT. CUMA TERDENGAR SAYUP SAYUP. KEDENGARAN KELOH KISAH PENGIKUT SETIA YANG KECIWA...FRUST...

    ReplyDelete
  15. Tayang drama korek mengorek taik mata.

    ReplyDelete