Pages

Tuesday, March 24, 2015

DAP CUBA LETAK PAKU TERAKHIR KE ATAS KERANDA ABDUL HADI AWANG!!!



Matlamat DAP sekarang semakin jelas. Hakikat yang selama ini enggan dipercayai oleh orang PAS, semakin ketar. DAP tidak pernah mahu bekerjasama dengan PAS. DAP tidak pernah menghormati PAS kerana kekuatan mahupun perjuangan PAS tetapi DAP hanya mahu menggunakan kekuatan yang dimiliki oleh PAS bersandarkan kepada semangat menyala-nyala ahli-ahli PAS. DAP hanya mahu menggunakan kekuatan dan semangat ahli-ahli PAS untuk mencapai matlamat mereka menguasai negara ini.

Hari ini, kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Lim Guan Eng menceritakan segala-galanya. Malah menjelaskan mengapa DAP beria-ia mendanai PASMA untuk meruntuhkan dan menjahanamkan PAS dari dalam.

Lim Guan Eng dalam kenyataannya menyatakan, Abdul Hadi Awang mengkhianati DAP dan Pakatan Rakyat kerana bekerjasama dengan UMNO dalam soal hudud dan melanggar semangat konsensus serta dasar bersama Pakatan Rakyat. Secara berterus-terang, Lim Guan Eng juga menyatakan, DAP sudah tidak boleh bekerjasama dengan Abdul Hadi Awang dan PAS yang berada di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang. Semua bentuk hubungan antara DAP dengan Abdul Hadi Awang, telah diputuskan.

Dengan kata-kata lain, DAP memberikan isyarat kepada puak-puak PASMA agar bekerja lebih kuat menerusi peruntukan yang mungkin akan ditambah bagi menggulingkan Abdul Hadi Awang sekaligus menjadikan PAS sebagai biro Melayu-Islam dalam DAP.

Menariknya, dalam hal ini, Lim Guan Eng berterusan menyalahkan UMNO kononnya UMNOlah yang menghasut PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Yang sebenarnya, Lim Guan Eng dan DAP terlalu bimbang sekiranya UMNO benar-benar bekerjasama dengan PAS dan mengubah senario politik di negara ini kepada TULEN MELAYU-BUMIPUTERA berbanding 'campuran' sekarang ini.

Perlu diingat, DAP telah berjaya menjadikan kaum Bumiputera di Sarawak dan Sabah keluar daripada kepompong antropologi Melayu mereka dengan memperkenalkan diri sebagai BUMIPUTERA-DAYAK, BUMIPUTERA-ORANG ULU, BUMIPUTERA-KADAZAN dan sebagainya tanpa mereka pula mahu memperkenalkan diri sebagai CINA-FOO CHOW, CINA-KANTONIS, CINA KEK dan sebagainya.

UMNO-PAS akan menjadi penghalang terbesar kepada DAP untuk terus mengecilkan dan menjuzukkan lagi Bumiputera di negara ini sepertimana yang mereka telah lakukan selama ini!!!

GST, My-Eg, Biometrik, sekolah sekular, dan sebagainya telah terbukti bagaimana bijaknya DAP memperjuangkan chauvinisme mereka dan pada masa yang sama, berjaya pula meletakkan kesalahan kepada kerajaan kerana cuba mengawal Melayu-Bumiputera.

4 comments:

  1. Ni Dapig tak payah komen le...tetap dengan pendirian mereka utk menjahanamkan negara dan perlembagaannya sama le dgn si bangsat ketum tu...

    ReplyDelete
  2. Guan Eng cuma kutuk Hadi, tak PAS.

    Satu permainan licik oleh Guan Eng ni untuk menipu khususnya melaya dalam PAS.

    ReplyDelete
  3. Aku kutuk guan eng DAN semua dapigs racist bastards ..........

    ReplyDelete
  4. Tp yg menariknya..xde pulak puak pas kutuk balik dap mcm depa kutuk umno..xde pulak satu stadium doa pecah perut LGE.. Depa hanya membiarkan tgha kna bntai sorang..tgha tu peejuangkan hudud..hudud tu dr Tuhan..nape dibiarkan..kalo umno yg jntik habis disumpah seranah..

    ReplyDelete