Pages

Sunday, March 22, 2015

KERANA ADUN BALAKONG DARI DAP, MAKA DIA CUMA DIGANTUNG TIGA BULAN WALAUPUN DIA MEMANG SAH BERJUDI DAN JADIKAN PUSAT KHIDMAT YANG DIBIAYAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR SEBAGAI PUSAT MAHJONG!!!



Beberapa minggu lepas atau lebih tepat lagi pada lingkungan sambutan Tahun Baru Cina, klip video yang menunjukkan ADUN Balakong dari DAP sedang berjudi dan minum arak di khalayak ramai selain pejabat DAP dijadikan sebagai markas judi, telah didedahkan kepada awam.

DAP terutama sekali menerusi Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang cukup sibuk sebelum itu menyalahkan pihak lain, khususnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam dalam apa-apa yang mereka katakan sebagai 'kecacatan' dan kelemahan atau lebih tepat lagi 'korupsi, kronisme dan nepotisme'.

Namun menariknya, segala yang dituturkan dan diajarkan kepada pengikut DAP, tidak diamalkan dan tidak menjadi nilai moral dalam DAP. Bukti terbarunya adalah ADUN DAP sendiri yang hanya dikenakan tindakan setelah desakan dan tekanan dilakukan.

Eddie Nga, ADUN DAP untuk Balakong telah dirakamkan visualnya sedang bermain judi dan menyumpah seranah di tempat awam. Malah ADUN DAP itu juga telah menjadikan pusat khidmatnya yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor digunakan sebagai pusat permainan mahjong.

Dia hanya baru didapati bersalah oleh Jawatankuasa Disiplin DAP hari ini dan keahliannya telah digantung selama tiga bulan.

Menurut Eddie sendiri:

'Ekoran keputusan Jawatankuasa Disiplin untuk menggantung keahlian saya selama 3 bulan, saya menghormati keputusan Jawtankuasa dan saya menggesa para penyokong saya untuk menerima keputusan ini dan menerusi sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada parti dan berkhidmat kepada masyarakat. Saya menerima keputusan ini dengan baik dan saya memutuskan untuk melupakan isu ini. Sebagai wail rakyat, saya komited untuk membantu pengundi-pengundi saya dan parti secara lebih baik pada masa hadapan. Saya mahu memohon maaf kepada semua penyokong-penyokong, ahli-ahli dan para pengundi yang telah menerima kesan di atas isu ini dan kedudukan saya selaku ADUN." (RUJUK SINI)

Penggantungan selama 3 bulan itu merupakan hukuman yang sangat ringan dan keputusan tersebut juga amat mengejutkan memandangkan MCA yang sering dikutuk oleh DAP pernah mengambil tindakan memecat anggotanya dari parti kerana kesalahan yang serupa tidak lama dahulu. Malah tindakan berkenaan tidak akan memberikan sebarang perubahan.

Ini adalah kerana Eddie Ng akan kekal sebagai ADUN Balakong dan hanya tidak dibenarkan mengundi atau menghadiri mesyuarat parti dalam tempoh tiga bulan.

Walaupun Eddie Ng menundukkan kepalanya sebagai tanda memohon maaf, tetapi hakikatnya, ia langsung tidak menggambarkan nilai-nilai moral yang sering diperkatakan oleh DAP. Sebaliknya menunjukkan DAP hanya pandai bercakap tentang orang lain, sibuk menyuruh orang lain letak jawatan tetapi apabila kena ke batang hidung sendiri, mereka sekadar berlakon dan kemudian 'tak mengapa kerana kami DAP."

Sekarang ini, mereka sibuk mendesak Ketua Polis Negara meletak jawatan kerana PDRM melaksanakan tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang dengan menahan puak-puak yang menghasut dan cuba menimbulkan huru-hara selain pembohongan undang-undang seperti yang dilakukan secara meluas oleh para peguam PKR-DAP. Anehnya, mereka tidak pula mendesak ahli-ahli sendiri agar lebih berhemah dan tidak melanggar undang-undang!!!

Cakap tarak serupa bikin... itu pun ada juga si bodoh yang percaya dengan DAP!!!


1 comment: