Pages

Wednesday, March 25, 2015

LAGI PENYELESAIAN BIJAK HASAN MALEK DENGAN WAR ROOM.... NASIB BAIK, MASALAH KENAIKAN HARGA BARANG SELESAI KERANA 'HASAN MALEK KAN ADA'!!!



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan “war room” atau bilik gerakan bagi memantau aduan pengguna dan menyelaras tindakan susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata bilik gerakan yang bertempat di bangunan kementerian itu di sini akan beroperasi 24 jam dengan dikendalikan 40 petugas secara bergilir bagi mendapatkan situasi kesan pelaksanaan cukai berkenaan.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan penerbitan semula Buku Kod Etika Perniagaan Malaysia (EPM) di sini hari ini, beliau berkata bilik gerakan itu akan memastikan setiap aduan diberi perhatian untuk ditangani segera oleh 2,000 anggota penguatkuasa kementerian yang bersiap siaga di seluruh negara.

"Dalam war room itu kita tempatkan segala kemudahan dan peralatan yang membolehkan setiap laporan yang diterima berhubung tindakan peniaga dikumpul sebelum disalurkan kepada bahagian penguatkuasaan di negeri atau kawasan berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya.

Pelaksanaan GST pada kadar 6% adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkadar keseluruhan 16%.

"Kita lakukan demi kebaikan rakyat dan kementerian memerlukan kerjasama daripada pengguna untuk menyalurkan laporan bagi membolehkan tindakan diambil," katanya, sambil menambah bilik gerakan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat itu boleh dihubungi di talian 03-88826245.

Hasan berkata, beliau yakin hubungan dan kerjasama erat yang diterima pihaknya daripada semua peringkat perniagaan memberi isyarat majoriti peniaga sudah sedia untuk bersama-sama kementerian menjayakan pelaksanaan GST.

Katanya, 'engagement' yang dibuat kementerian dengan semua peringkat peniaga menghasilkan banyak kebaikan dan manfaat kepada rakyat seperti Kempen Penurunan Harga 2015 yang disertai beberapa pasar raya besar di seluruh negara.

"Selain itu, kita juga telah melancarkan Buku Panduan Harga, melaksanakan Op Catut dan terkini menerbitkan semula buku EPM...ini semua dibuat untuk pastikan pelaksanaan CBP tidak dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang," katanya.

Mengenai EPM, Hasan berkata buku yang mengandungi 10 prinsip etika dalam perniagaan itu merupakan terbitan semula daripada buku kod etika perniagaan Malaysia yang pernah dikeluarkan kementerian pada November 2007 dengan ditambah baik supaya lebih 'mesra pembaca' serta disesuaikan dengan semua jenis perniagaan.

Beliau berkata, antara tujuan Kod EPM adalah bagi menggalak dan memberi bimbingan kepada peniaga dan pekerja agar mengendali perniagaan secara beretika dan berintegriti.

Buku tersebut diterbitkan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan. – Bernama, 25 Mac, 2015.

4 comments:

  1. En hasan malek, saya nk tanya. GST=6% sementara SST=16% (purata). Sepatutnya bila cukai lebih kecil maksudnya harga barang wajar lebih rendah. Namun riuh rendah sekarang sebab isu barang akan naik harga bila GST dikuatkuasakan. Macamana tu, boleh en hasan malek jelaskan? Atau tungguuuuuuuu sampai letih? dan lupa.

    ReplyDelete
  2. Lu ada bukak website kastam study pasal gst?

    ReplyDelete
  3. anon 11:03

    yang diterangkan oleh kastam dalam website diorg ttg gst, tak sama langsung dengan realiti di pasaran di mana barang2 semua naik harga termasuklah brg yg kononnya tak naik harga. Sekarang ini, banyak peniaga dah tambah GST atas SST. patutnya tu bukan tanggungjawab kastam tapi tanggungjawab kpdnkk buat penguatkuasaan.

    tu yg orng duk bising skrg. Bukan GST tu sgt tapi harga brg tak terkawal. Tak payahlah nak spin.

    ReplyDelete
  4. Ni semua pasal peniaga dari kaum laknat ambil kesempatan menaikkan harga sbg mematuhi arahan tokong mereka.

    ReplyDelete