Pages

Sunday, March 15, 2015

LETIH BERKEMPEN YER, BANG MAT, SAMPAI TERKANGKANG TIDUR ATAS KERUSI!!!



Semalam, Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang telah dinamakan sebagai salah seorang calon untuk Presiden PAS selain Husam Musa, telah merasmikan Muktamar PAS Zon Sandakan, Sabah.

Perasmian tersebut dilakukan di Ballroom Tingkat 7, Hotel Pavillion, Batu 7, Sandakan. Lebih kurang 70 orang hadir dan mereka terdiri daripada ahli-ahli PAS, DAP, PKR dan Unit Amal PAS Sandakan.

Antara yang turut hadir, termasuklah,

(a) Hamzah Abdullah - YDP PAS Sandakan.
(b) Ustaz Zaidi - YDP PAS Kinabatangan
(c) Sahar Majid - PAS Sandakan
(d) Hajah Zubaidah - Wakil DAP P.186 Sandakan.
(e) Anne Bensali - Wakil PKR P.185 Batu Sapi



Sesuatu yang amat menarik dalam muktamar ini ialah hadirin, rata-ratanya adalah golongan GURU di Daerah Sandakan!

Muktamar itu juga dipergunakan oleh Hamzah Abdullah untuk menonjolkan dirinya terutama menerusi tayangan walkabout yang dibuatnya. Malah tempat perasmian itu juga didaftarkan atas nama Hamzah Abdullah.

Mat Sabu dalam ucapan perasmiannya menceritakan bagaimana dia sanggup ke luar negara seperti London semata-mata untuk mengutip derma pasca banjir. Bagaimanapun, jumlah derma dan dana yang diperolehinya tidak dinyatakan. Bahkan ke mana dana tersebut disalurkan, juga tidak diceritakan sebaliknya Mat Sabu sekadar mahu mempromosi dirinya sebagai orang yang kuat bekerja untuk parti dan negara.



Selain itu, Mat Sabu turut memuji politik luar negara yang menurutnya lebih bebas bersuara berbanding Malaysia. Namun tanpa disedarinya, dia turut menyanggah kata-katanya sendiri apabila menyatakan kesedihannya berhubung kematian Karpal Singh yang baginya seorang yang tegas mempertahankan Perlembagaan Malaysia walaupun menentang hudud dan mengancam PAS yang sepatutnya diterima secara demokrasi sepertimana yang dimaksudkan dalam kenyataannya tentang kebebasan bersuara. Mat Sabu secara tidak langsung menyatakan bahawa PAS tidak mempunyai hak bersuara dan hanya perlu akur kepada keputusan dan arahan DAP semata-mata.

Mat Sabu turut kesal dengan pemenjaraan Anwar Ibrahim bermula pada 10 Februari walaupun dia merupakan antara orang yang paling lantang mendedahkan perilaku buruk Anwar Ibrahim sebagai seorang pengamal homoseksual dan seks songsang pada pertengahan 90-an. Sebaliknya, Mat Sabu terlupa tentang kempen-kempennya ke atas Anwar Ibrahim dengan menyatakan rakyat perlu bersatu untuk menguasai Putrajaya dan membebaskan Anwar Ibrahim apabila Pakatan Rakyat menjadi Kerajaan.


Barangkali kerana terlalu banyak bercakap bohong, terutama membabitkan isu kemiskinan di Kelantan, kekayaan di Pulau Pinang dan Selangor yang sebenarnya sudah tidak wujud lagi kecuali bersandarkan kepada kerja-kerja Kerajaan Negeri di bawah Barisan Nasional dahulu, 1MDB, ROSMAH MANSOR, perkauman yang kononnya diwujudkan oleh Barisan Nasional serta isu Koperal Sirul di Australia, membuatkan Mat Sabu kepenatan.

Almaklumlah, bukan senang hendak menonjolkan diri sebagai orang yang serba tahu, serba pandai dan serba menyelesaikan masalah walaupun hakikatnya, Mat Sabu tidak pernah menyelesaikan walau satu masalah pun dalam hidupnya sebaliknya lebih banyak menimbulkan masalah.

Mungkin atas sebab itulah, dia tertidur sementara menunggu kapal terbang pada jam 4:20 petang untuk ke Kuala Lumpur sampaikan terkangkang tanpa sedar dengan mulut ternganga luas!

Susah juga nak naik jadi Presiden PAS, kan?





7 comments:

  1. Bare kecek sajo .. HASILNYA ..BANYAK YANG TERPESONG ..Abe Mat .. bila nak DATANG HAT YAI PULOK..

    ReplyDelete

  2. lu tak ada kelas la bro

    biasalah bila letih... tertidor

    bukan mcm pemimpin umno... jadi ketua pemuda tak ada pendidikan, tak ada kerja pun boleh ambil bilik VIP kat KLIA

    lu punya otak kat kepala lutut.. mcm org umno lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe
      Lu jangan jelez aaa
      Itu bezsnya sokong parti yang baik daengan parti longkang pr.
      Hehehe

      Delete
  3. Perwakilan PAS mana yang bodoh boleh naikkan dia jadi Timbalan Presiden PAS. Tak ada ketokohan langsung. Bab Agama, Hancus. Bab Personal Skill, paling teruk. Bab kelentong, no 1. Bodoh sangat ke yang dok dalam PAS ni. Nasaruddin Mat Isa, jauh lebih berkaliber disepak terajang begitu saja, demi mengangkat mamat yang zero ni.

    ReplyDelete
  4. Jangan bohong .. Mulut Abang Mat tidak ternganga. Benda yang semua orang boleh nampah pun sanggup berbohong.

    ReplyDelete
  5. memang susah untuk hapuskan umno celaka.

    MAHKAMAH - UBN
    HAKIM - UBN
    PDRM - UBN
    SPR - UBN
    SPRM - UBN

    Seperti umno ikat tang dan kaki PR dan diajak bertumbuk. nampak umno dayus.

    pr tidak ada layan vip melaikan barua barau atau pecacai dpt layanan vip di Malysia.

    ahli umno atau barua semua pt free. makan pun free. asalkan barua umno semua free. gst pun.

    Deepak dpt 30 juta. J low berap bilion. barua barua umno jual lubang jubur untuk dinodai PR. contoh sailfull. pemuda umno atau barua umno

    ReplyDelete
  6. Aku yakin dan sentiasa berdoa..supaya allah meredokan lg umno untuk terus menjadi krajaan..insyallah..

    ReplyDelete