Pages

Saturday, March 21, 2015

LIM GUAN ENG TERUS TUDUH HADI AWANG KHIANAT DAN DERHAKAI PAKATAN RAKYAT, WALAUPUN BUKTI MENUNJUKKAN DIA BERSETUJU DENGAN POLITIK HUDUD PAS!!!



DAP Sarawak telah memutuskan semua hubungan dengan PAS. Pemuda DAP Perak telah memutuskan hubungan dan kerjasama dengan Pemuda PAS Perak. DAP telah menggembar-gemburkan tentang kesalahan UMNO sehingga PAS berjaya membentangkan undang-undang hudud di Kelantan dan sekarang sedang mencari majoriti mudah di Parlimen untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

DAP telah memberitahu kepada para pengikut mereka, semua ini salah UMNO tetapi pendedahan yang dibuat pula terutama sekali dari tangan Presiden PAS sendiri, Abdul Hadi Awang, menunjukkan dengan jelas persetujuan DAP atas nama Lim Guan Eng untuk PAS melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan menerusi tandatangan dan persetujuan berdokumen. Malah klip video mengenai pengetahuan Guan Eng tentang perlaksanaan undang-undang hudud juga telah banyak disiarkan.

Untuk itulah, Guan Eng dibelasah semahu-mahunya oleh golongan yang selama ini dilabelkan oleh Lim Guan Eng dan DAP sebagai CINA-CINA PENGECUT.


Barangkali untuk mengelak daripada dilabelkan sebagai pengecut tulen yang hanya pandai bercakap besar dan menyalahkan pihak lain, Lim Guan Eng sekali lagi menggunakan kaedah yang sama, cuma kali ini menyalahkan PAS secara langsung.

Lim Guan Eng berkata, Majlis Kepimpinan Pakatan sebenarnya mempunyai masalah besar, bukan sahaja kerana kedegilan PAS untuk melaksanakan hudud, tetapi kerana kecenderungan Abdul Hadi Awang melanggar dan memungkiri janji-janjinya kepada Pakatan Rakyat.

Tindakan penderhakaan dan pengkhianatan kepada Pakatan Rakyat yang dilakukan oleh kepimpinan PAS, menurut Lim Guan Eng, adalah tindakan yang sengaja dibuat sebagai satu provokasi bagi memecahbelahkan Pakatan Rakyat atau mengancam DAP dan PKR untuk tunduk kepada PAS.

Kata Lim Guan Eng, Abdul Hadi Awang telah mencabul konsensus yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Sekarang, kita terbalikkan kata-kata Lim Guan Eng sebagai kata-kata Abdul Hadi Awang. Kita tengok macam mana pula kesan dan kebenarannya.

Abdul Hadi Awang berkata, Majlis Kepimpinan Pakatan sebenarnya mempunyai masalah besar, kerana kedegilan DAP  dan PKR untuk mengimplemenkan LANGKAH KAJANG tetapi juga usaha mereka memungkiri janji yang telah dibuat kepada PAS. 

Tindakan penderhakaan dan pengkhianatan kepada Pakatan Rakyat yang dilakukan oleh kepimpinan Lim Guan Eng menurut Lim Guan Eng, adalah tindakan yang sengaja dibuat sebagai satu provokasi bagi memecahbelahkan PAS agar tunduk kepada PKR dan DAP.

Kata Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng telah mencabul konsensus yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. 

Macam mana? Mana yang lebih tepat?

Apa pun, kita tunggu Isnin nanti sama ada DAP akan memilih untuk meraih lebih banyak sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu tetapi kehilangan undi Cina mereka atau pun, kekal dengan undi Cina dan menghapuskan cita-cita untuk menguasai lebih banyak kerusi Parlimen dan DUN pada PRU-14 akan datang khususnya di Sabah dan Sarawak.


No comments:

Post a Comment