Pages

Thursday, March 5, 2015

LIM KIT SIANG ARAHKAN UMNO JANGAN KACAU PERMATANG PAUH!!!!



Orang Cina menggelarkan Lim Kit Siang sebagai Lau Sai Pek... maksud perkataan Lau Sai tu, cari sendiri!

Seperti yang diperkatakan, setiap kali Lim Guan Eng berhadapan dengan masalah TERKANTOI, setiap kali itulah, Lim Kit Siang akan muncul dengan isu yang bertujuan untuk mengalihkan isu dan kemelut yang tidak terjawab dek Lim Guan Eng, anaknya.

UMNO telah membuat keputusan tidak akan menyertai PRK DUN Chempaka. Keputusan UMNO itu disambut baik oleh PAS tetapi amat dibenci oleh PASMA kerana peluang PASMA yang didalangi oleh DAP untuk melihat pertembungan antara Melayu-Bumiputera bagi meneruskan kesinambungan dan ketuanan DAP.

PRK Parlimen Permatang Pauh masih belum ditentukan lagi. Keputusan Speaker Dewan Rakyat yang mahu menunggu sehingga selesai proses pengampunan DYMM Yang Di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut, telah digunakan oleh Lim Kit Siang untuk merendahkan moral UMNO-BN yang dilihat berpeluang besar merampas kerusi tersebut dari Dinasti Anwar Ibrahim. Apatah lagi, dalam beberapa siri kempen dan lobi ceramah Anwar Ibrahim di kubu kuatnya itu, termasuklah yang melibatkan anak-anak perempuannya seperti Nurul Izzah dan Nurul Nuha selain isterinya, Wan Azizah Wan Ismail yang kurang mendapat sambutan, selaku orang tua, Lim Kit Siang melihat bahaya sekiranya PRK Permatang Pauh disertai oleh UMNO.

UMNO sudah pasti akan membawa pelbagai isu terutama sekali yang melibatkan kepentingan orang Melayu yang telah dilupuskan oleh Lim Guan Eng, termasuklah tanah wakaf, perkampungan-perkampungan Melayu, diskaun untuk Bumiputera bagi pembelian rumah, selain kemarahan masyarakat Cina, khususnya peniaga-peniaga dan penjaja-penjaja yang merungut kerana kenaikan sewa serta cukai.

Beberapa siri kebencian daripada masyarakat Cina Pulau Pinang sudah mula ditunjukkan secara terang-terangan terhadap Lim Guan Eng. Ketiadaan Pasukan Peronda Sukarela yang bertindak sebagai 'POLIS PERIBADI' Lim Guan Eng dan amat ditakuti oleh penduduk sebelum ini, selepas KDN bertindak mengharamkannya, membolehkan orang ramai khususnya orang Cina mula menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap kelemahan pentadbiran Lim Guan Eng yang terlalu banyak retorik berbanding kerja sebenar untuk rakyat.

Jadi, tidak hairanlah mengapa Lim Kit Siang bersungguh-sungguh cuba mengelakkan UMNO daripada bertanding di PRK Permatang Pauh.

Cuma ada pesanan kepadanya, elok dia tak payah menyibuk tentang politik UMNO dan Permatang Pauh. Lebih baik dia tumpukan perhatian di Gelang Patah. Sudah terlalu lama dia tidak mempedulikan konstituensi yang dimenanginya pada PRU-13 lalu.


3 comments:

  1. Siapa itu lim kit siang di malaysia mau arahkan umno supaya jgn kacau permatang pauh. Kenapalah org cina malaysia suka sgt dgn apek bangang (lks) ni.....

    ReplyDelete
  2. Kemelut PAS-PASMA-PKR merebak ke seluruh negara. Kang orang PAS tak undi PKR di permatang pauh.. kalah la anak beranak bang non

    ReplyDelete