Dalam kenyataan medianya, Mahfuz Omar menyatakan dia telah bertemu dengan Sirul Azhar bersama-sama dengan ibu dan adik perempuan Sirul. Ibu Sirul membawa sambal ikan bilis yang dipesan oleh Sirul, manakala dia sendiri membawa kasut sukan dan anggur bagi memenuhi permintaan Sirul.
Kemudian dia mengkhabarkan yang pertemuan berlangsung selama dua jam dan dipenuhi tangis pilu iaitu dari jam 5:30 sehingga 7:30 pagi waktu di sana.
Hakikatnya, yang dibenarkan bertemu dengan Sirul, hanyalah ibu dan adik perempuan Sirul. Mahfuz Omar tidak dibenarkan oleh pusat tahanan yang menempatkan Sirul untuk pertemuan tersebut. Sebaliknya dia sekadar menunggu di ruang tamu.
Mahfuz langsung tidak menceritakan tentang kegagalannya bertemu dengan Sirul. Juga tidak menceritakan yang Sirul telah memecahkan rahsia siapa sebenarnya yang menjadi dalang pembunuhan Altantuya Shiiribu.
Selepas dua kali mempersendakan wartawan di Malaysia, sekali lagi Mahfuz cuba mempersendakan wartawan tetapi kali ini menggunakan situasi di Australia. Di Kuala Lumpur, dia terkantoi apabila gagal menghubungi Sirul tetapi selepas wartawan-wartawan mula meninggalkan bilik media Ibu Pejabat PAS Jalan Raja Laut, tiba-tiba sahaja Mahfuz berjaya bercakap dengan Sirul Azhar yang suara Sirul tidak pula diperdengarkan kepada wartawan.
Dia kemudiannya melaksanakan Misi C4 sebagaimana yang digelarkannya, kononnya untuk dapat mensabitkan Najib Abdul Razak, tetapi sekali lagi, yang menjadi kegagalannya adalah mendapatkan pengakuan daripada Sirul Azhar bagi skrip yang telah dikarangnya dari awal.
Mahfuz cuba menyatakan bahawa Sirul Azhar adalah mangsa, tetapi hakikatnya dalam perbicaraan di mahkamah, Sirul Azhar tidak sekali pun menyebut tentang dalang yang menyuruh mereka membunuh Altantuya. Malah semasa perbicaraan di Mahkamah Persekutuan pun, dia dan Azilah tetap tidak bercakap tentang dalangnya sebagaimana yang diinginkan oleh Pakatan Rakyat.
Mahfuz juga cuba menggunakan sentimen dan emosi dalam penceritaannya. Cerita bagaimana pilunya pertemuan antara Sirul Azhar dengan kaum keluarganya, sebenarnya adalah cerita biasa melibatkan tahanan. Malah cerita biasa yang seringkali disajikan di dalam drama-drama Melayu untuk bulan puasa dan Hari Raya. Bukan salah ibu atau adik perempuan Sirul kerana Sirul adalah keluarga mereka, tetapi cara penceritaan Mahfuz itu menunjukkan betapa seronoknya dia melihat kesedihan dan kepiluan kaum keluarga pesalah hukum bunuh yang dilarikan ke Australia itu.
Misi Kemanusiaan atau sebenarnya Mahfuz Omar memburu kenyataan Sirul Azhar yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya Shiiribu dengan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor sebagaimana yang dimitoskan oleh Pakatan Rakyat?
Nampaknya, Mahfuz Omar terkantoi lagi!!!
Penyakit pembohong Anwar Ibrahim sudah melekat kuat dengan jiwa Mahfuz. Tu la, berkawan dan bersahabat lagi dengan Anwar... tak fasal-fasal penyakit mazmumah Anwar dah berjangkit!!!
Dia ni betul2 perasan bagus.....dia ingat dia boleh dapat pengakuan sirul yang Najib atau Rosmah yang bunuh minah monggolia tu....
ReplyDeleteCan't blame. He has a low IQ. Setakat kelulusan SRP jadi deria menipu terpaksa digunakan.
ReplyDeleteDato Bean telah berjaya dalam misi beliau.
ReplyDeleteIaitu membawa buah anggur dan kasut sukan kepada Sirul. Beliau ada bukti iaitu resit pembelian.
Apa yang paling hairan ialah seorang pejuang Islam kononnya yang dari parti Islam sanggup membohong begitu rupa. Tidak langsung menggambarkan Nur Islam pada wajahnya. Ini semata-mata untuk political mileage beliau sahaja. Rendahnya IQ beliau......
ReplyDeleteDalang sebenar skrg ni tgk lepak kt Sg Buloh Inn..
ReplyDelete