Lawak jenis bangkai apakah ini orang?
Malu barangkali kerana DAP yang sepatutnya menjadi telunjuk yang menekan kepala Abdul Hadi Awang, dan telah bercakap besar kepada masyarakat Cina, kononnya boleh membodoh-bodohkan Melayu dan Islam di negara ini, akhirnya hilang penguasaan apabila PAS Kelantan di bawah Ahmad Yaakob dengan 'bantuan' UMNO telah berjaya meluluskan rang undang-undang Syariah II Kelantan sekaligus mewajarkan perlaksanaan hudud sekalipun pada masa yang sama, yang dinamakan hudud sekadar label kerana hukumannya kekal di bawah takzir.
Hudud di Kelantan tidak ada potong tangan, tidak ada pancung, tidak ada potong kaki, rejam atau darah dibalas darah. Yang ada hanyalah hukuman penjara
Apatah lagi hudud di Kelantan hanya untuk masyarakat Islam dan Melayu sahaja, bukan untuk keseluruhan penduduk atau pemastautin di Kelantan sepertimana yang sepatutnya perlaksanaan hudud ditetapkan.
DAP sedang kena belasah teruk di kalangan masyarakat Cina sendiri. Bukan kerana kegagalan DAP menghalang hudud daripada dibentangkan dan mungkin dilaksanakan di Kelantan tetapi kerana cakap besar DAP sebelum ini.
Lebih menarik lagi, DAP sebenarnya yang mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak selain menjadikan Pulau Pinang berstatus autonomi walaupun Pulau Pinang sepatutnya dipulangkan kepada Kedah.
Hudud dijadikan alasan pantas untuk menutup matlamat sebenar DAP yang giat mendalangi dan menjadi tangan ghaib di sebalik kegiatan SSKM terutama menerusi sokongan fizikal Lim Kit Siang, Dyana Sofya, Teresa Kok dan sebagainya di kedua-dua negeri itu.
Dan sekarang, Naib Pengerusi DAP Sabah nak halau Kelantan keluar dari Malaysia?
Lawak bangkai jenis apakah DAP ni?
PASAL KELATAN ITU DIPERENTAH OLEH ORANG MELAYU.
ReplyDeleteTERBUKTI MALAYSIA SEBUAH NEGARA YG HEBAT.
Klu kat Afghanistan, bangkai ni lama dh 'makan tanah'.
DeleteBukan Kelantan keluar ..elok halau Dapig berambus dari Malaysia
DeleteBELUM DAPAT PERENTAH MALAYSIA LAGI TU. MALAH SABAH PUN TIDAK. BOLEH PULAK HALAU KELANTAN KELUAR MALAYSIA. BARANG DIJAUHKAN ALLAH SWT PUAK NI MEMERENTAH.
ReplyDeleteSape dia nie? Tak kenal lah.. ooohhh dari DAP... padan lah bodoh...
ReplyDelete