Pages

Friday, March 13, 2015

PKR SEDANG TEMBERANG, KONONNYA SELANGOR NAK BAGI AIR PERCUMA, TETAPI KERAJAAN PERSEKUTUAN YANG HALANG... MALANGNYA KHALID IBRAHIM PULA BUKAK RAHSIA!!!



Mantan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim membuka rahsia besar Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Azmin Ali yang sedang cuba bermain dengan sentimen rakyat.

PKR sekarang ini, dalam ceramah-ceramah dan sembang-sembang kedai kopi mereka menyatakan, kononnya Kerajaan Negeri Selangor sebenarnya mahu memberikan air percuma kepada semua rakyat Selangor, tetapi dihalang oleh Kerajaan Persekutuan yang asyik menuntut hutang air.

Jadi, terpaksalah Pakatna Rakyat Selangor terpaksa mengenakan bayaran walaupun untuk memudahkan rakyat, diberikan 20 meter padu air secara percuma.

Namun Khalid Ibrahim yang sekarang ini merupakan Ahli Parlimen BEBAS, menyelar sikap beretorik dan berdrama Azmin Ali. Bekas Menteri Besar itu menyelar tentang usaha Azmin Ali cuba bermain sentimen menerusi keputusannya enggan berunding dengan Kerajaan Persekutuan membabitkan industri air Selangor.

Menggunakan alasan kononnya mahu menjaga kedaulatan Selangor kerana yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat Selangor adalah TANAH yang kononnya 'akan dirampas' oleh Kerajaan Persekutuan, Khalid Ibrahim sama seperti Maximus Ongkili menyelar Azmin Ali kerana tidak faham terma dan kandungan perjanjian yang dibacanya.

Malah Khalid Ibrahim turut menyatakan, kegagalan penstrukturan air Selangor akan menyebabkan syarikat-syarikat konsensi air menuntut pampasan bernilai RM2 bilion dari Kerajaan Negeri Selangor, sekaligus akan menaikkan tarif air sebanyak 52% sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang konsensi.

Inilah yang dinamakan UBAH dan INI KALILAH!

Nak sangat UBAH dan nak sangat INI KALILAH!... Sekarang, barulah seragam antara Pulau Pinang dengan Selangor kerana Pulau Pinang lebih awal menaikkan tarif airnya tanpa banyak cerita dan tanpa banyak publisiti.

Bayangkanlah kalau kerajaan-kerajaan negeri Barisan Nasional yang berkelakuan seperti Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, PKR dan DAP sekarang ini pasti tidak senang duduk kerana memenuhi acara ceramah dan kempen hasutan agar Barisan Nasional ditentang.

Malah tidak mustahil juga, Kuala Lumpur setiap masa akan dipenuhi demonstrasi dan tunjuk perasaan!!!


7 comments:

  1. Padan muka aku. Ini kali lah.....

    ReplyDelete
  2. Pemimpin umno kalau tak pandai baca muslihat pemimpin dap dan pkr makanya lauklah(diperbodohkan) jadinya.

    ReplyDelete
  3. Kesan kena Aiskrim dalam jamban buat Otak Tumpul...

    ReplyDelete
  4. Siakap senohong gelama ikan duri. Selama-lama nya berbohong lama-lama menyamun dan mencuri. Ini lah deskripsi MB Selangor dan kerajaan PR Selangor.

    ReplyDelete
  5. Tahniah org watan selangor

    ReplyDelete
  6. kalau tak menipu bkn lah pkr namanya.. parti kencing rakyat.

    ReplyDelete
  7. Teringat dan kesian dengan anak-anak muda Melayu yang bersusah payah untuk menyesakkan lebuh raya MRR 2 kawasan Pandan Indah yang memang sudah sesak pasca PRU 13 lepas. Mereka dengan suka rela membuat sepanduk "Bunyikan hon" bagi yang menyokong Pakatan dan menjerit-jerit kepada kereta yang ylalu lalang di lebuh raya itu. Inilah harga yang bakal di bayar olih rakyat Selangor sekiranya parti itu khususnya DAP masih lagi dibiarkan untuk memegang tampuk kuasa.

    Ayuh bangsa Melayu Islam, mari kita bersatu untuk mempertahankan hak kita di bumi tanah Melayu yang tercinta ini. Hentikan “permusuhan” bodoh yang berabad lamanya itu, dengan menyatakan penyatuan kita sebagai satu rumpun bangsa Melayu. Jangan biarkan parti musuh Islam seMalaysia DAP untuk menjajah minda-minda anak-anak Melayu kita. Daftarlah sebagai pengundi dan jangan berlengah lagi.

    Janganlah menjadi seperti Pak Kaduk menang bersorak tapi kampung tergadai seperti yang yang sudah berlaku kepada penduduk melayu Pulau Pinang yang sudah di halau keluar olih parti musuh Islam seMalaysia sebagai salah satu agenda mereka untuk mengekalkan kuasa.

    ReplyDelete