Hari ini, Rafizi Ramli cuba menggemparkan rakyat Malaysia dengan menfitnah Najib Abdul Razak MEMBELI JET PERIBADI dan menambah koleksi JET PERIBADI dengan menggunakan wang rakyat. Malah turut menyatakan bahawa jet tersebut dibeli hasil daripada GST yang dikenakan ke atas rakyat.
Ramai yang percaya dengan omongan Rafizi Ramli yang sudah berkali-kali dibuktikan gemar berbohong. Malah dalam satu debat dengan Lokman Nor Adam tentang GST pun, Rafizi Ramli terkacip gigi dan terkantoi membohong tentang GST.
Oleh kerana isu 1MDB sudah masuk ke fasa siasatan audit dan polis, Rafizi Ramli memerlukan satu isu yang lebih besar, lebih menarik perhatian, lebih dekat untuk dikaitkan dengan GST dan lebih kuat untuk dikaitkan dengan kehidupan 'susah' rakyat sebelum perlaksanaan GST.
Isu yang dilihat besar dan menggambarkan kesombongan serta keangkuhan dan keborosan Najib Abdul Razak adalah pembelian JET SUPER MEWAH.
Dalam kenyataan medianya, Rafizi Ramli membangkitkan isu pembelian jet baru menerusi surat bertarikh 1 Disember 2014, sedangkan pada November 2013, Parlimen telah diberitahu tentang pemilikan 6 buah jet oleh Kerajaan Malaysia dengan salah satunya adalah Boeing Business Jet.
Menurut Rafizi, pembelian 'JET PERIBADI BARU' yang didaftarkan sebagai 9H-AWK dan telah siap dicat dengan logo 1Malaysia, menunjukkan pentadbiran Najib begitu boros. Untuk itu, Rafizi berkata, pembelian jet tersebut selain 'PENAMBAHAN CUKAI BARU' iaitu GST akan membebankan rakyat.
Untuk makluman bagi yang kurang peduli, GST bukanlah penambahan cukai baru, tetapi mengambilalih dan melupuskan sistem cukai sedia ada iaitu SST yang lebih membebankan serta memberikan kelebihan kepada golongan peniaga untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan serta mengawal jumlah barangan dan perkhidmatan di pasaran secara sewenang-wenangnya. Pada masa yang sama, SST tidak dapat menghalang sebarang perbuatan 'MONEY LAUNDERING' yang seringkali boleh dilihat menerusi kewujudan hotel-hotel murah, kedai-kedai pengantin yang tidak laku tetapi sangat mewah dan terus bertahan serta perniagaan-perniagaan yang kelihatan dari segi fizikal, tidak mendatangkan keuntungan tetapi masih terus boleh hidup tanpa mengetahui dari mana keuntungannya diperolehi.
Pesawat jet yang dipertikaikan oleh Rafizi Ramli itu sebenarnya adalah untuk menggantikan jet kerajaan berusia lebih 20 tahun bagi tujuan kegunaan YANG DI-PERTUAN AGONG dan RAJA-RAJA MELAYU. Perdana Menteri hanya dibenarkan menggunakan jet tersebut apabila jet rasmi Perdana Menteri, ACJ319 rosak atau sedang dalam penyelenggaraan.
Rafizi Ramli sengaja tidak menceritakan, daripada 5 jet milik Kerajaan Malaysia (RAFIZI FITNAH, 6 JET), hanya 2 yang masih elok dan berfungsi dengan baik.
Pembelian jet 9H-AWK bukanlah untuk peribadi Najib Abdul Razak, tetapi ianya adalah untuk Kerajaan Malaysia bagi kegunaan Raja-Raja Melayu dan Yang Di-Pertuan Agong. Jet tersebut dibeli bagi menggantikan jet BBJ737-700NG yang sudah agak uzur kerana berusia lebih 20 tahun dan kurang sesuai lagi untuk kegunaan Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu selain memakan kos penyelenggaraan yang tinggi.
Justeru, tuduhan dan fitnah Rafizi Ramli kononnya, pembelian 'jet peribadi' itu adalah membazir kerana kerajaan sudah pun mempunyai 6 buah jet lain, bukan sahaja tidak tepat tetapi juga satu fitnah melulu yang perlu dilayan dengan tindakan undang-undang!
Sebagai pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia, DYMM Yang Di-Pertuan Agong berhak mendapat perkhidmatan pesawat terbaik dari segi teknologi dan keselamatan.
Serangan terbaru yang dilancarkan oleh Rafizi Ramli dan para pemimpin Pakatan Rakyat, sebenarnya ditujukan kepada Raja-Raja Melayu. Tetapi untuk menutup objektif sebenar serangan tersebut, Rafizi Ramli menjadikan Najib Abdul Razak sebagai alasannya dengan menuduh jet tersebut adalah pemilikan peribadi Najib.
Justeru, Najib perlu segera mengambil tindakan undang-undang ke atas Rafizi Ramli dengan menyeretnya ke muka pengadilan. Apatah lagi sekarang pun, para pemimpin Pakatan Rakyat yang cukup anti dengan institusi raja-raja Melayu sudah mula memainkan isu 'isu jet peribadi' Najib dan mendesak Najib meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana pembelian jet untuk kegunaan DYMM Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu serta memulangkan jet itu semula.
Hehe..
ReplyDeleteFizi pernah kata PAS jumpa KuLi utk pujuk masuk PAS dan jadi PM utk PR.
Tup2 Haji Hadi buka cerita..PKR yang mula2 Jumpa KULI sebelum DAP dan kemudian PAS.. Boleh tengok dan baca dalam Sinar.
Siapa yg buat cerita tuu..
isu ni baru lagi.....bila dah kecoh satu negara baru kerajaan akan perlahan2 bertindak....kalau ikut pengalaman yg lepas2 ler....umno/bn memang slow dlm bertindak balas.....lembik ngalahkan sipondan tua pandan tu....tak pecaye? sama2 kita tunggu.....
ReplyDeleteRafizi nu suka suka fitnah DS Najib.....mohon DS Najib saman mamat ni RM500juta...
ReplyDeleteTerang2 cerita tu tidak benar..
apa beli sebiji. beli la 3 biji. FLOM satu.
ReplyDeletebarua umno naik tongkang dgn safee. lawyer rm1000. kikikikii..
Bayar seribu je si ketum dah kena jel. Kalau byr sejuta tak ke mampos si ketum kena rejam.
DeleteSila jalankan kes2 mahkamah yg tertangguh ke atas mamat ni...tak habis2 fitnah sana sini dulu mongolia sama dgn si ketum tu skrg dah selesai lain lagi di fitnah...
ReplyDeleteIni cth org yg masuk politik utk cari kemewahan diri tapi berselindung dengan isu2 lain kononnya dia berjuang utk rakyat.
ReplyDeletehak rakyat kick my arse..
Fizi pondan nie tak habis2 menipu... 10 perkara dia cakap, 11 aku tak percaya... tapi kalau macai2 pkr... 10 fizi cakap... 20 dia orang percaya...
ReplyDeleteTok Ajib ni pun pelik juga orangnya dah kena maki, fitnah pun terketar ketar takut nak saman ..kalau dah tak berminat jadi PM undur ajelah bagi yang betul betul jantan jadi PM..kita mesti berani kerana benar..Cik Puan Rosmah pun keluarkan sikit suara besi anda untuk mempertahankan suami ni senyap sepi sampai orang menggangap semua fitnah itu benar..apa punya isteri tak mempertahankan suami..contohilah Puan Azizah yang menyebelahi suami walaupun terpaksa..
ReplyDelete