Ini berita terbaik yang diterima sepanjang hari ini....
Lebih kurang 10 orang pegawai dan anggota dari SKMM dan PDRM telah menyerbu pejabat The Malaysian Insider, portal berita milik Tong Koii Ong yang terletak di Petaling Jaya. Dipercayai, serbuan tersebut mempunyai kaitan dengan laporan yang cuba menfitnah Majlis Raja-Raja menerusi keputusan tentang hukuman hudud.
The Malaysian Insider cukup terkenal dengan berita-berita fitnah mereka selain provokasi yang dibuat ke atas pihak berkuasa. Bagaimanapun, sehingga kini, hanya amaran diberikan kepada mereka manakala tindakan perundangan tidak pernah dikenakan.
Sementara itu Portal MalaysiaKini melaporkan, serbuan tersebut susulan laporan TMI yang menyebut Majlis Raja-Raja Melayu menolak hudud.
Difahamkan editor kanan Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong akan diambil kenyataan dan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang di bawah Akta Hasutan.
Pada 25 Mac lalu, TMI mengeluarkan laporan mengenai mesyuarat Majlis Raja-Raja menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan Pas Kelantan bagi pelaksanaan hudud.
Pada hari yang sama, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan dengan menyangkal laporan TMI.
Jurucakap SKMM ketika dihubungi mengesahkan serbuan tersebut namun enggan mendedahkan sebab serbuan itu dilakukan.
Difahamkan editor kanan Lionel Morais, Amin Iskandar dan Zulkifli Sulong akan diambil kenyataan dan ditahan di lokap Balai Polis Jinjang di bawah Akta Hasutan.
Pada hari yang sama, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja mengeluarkan kenyataan dengan menyangkal laporan TMI.
Jurucakap SKMM ketika dihubungi mengesahkan serbuan tersebut namun enggan mendedahkan sebab serbuan itu dilakukan.
Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.
Beliau memberitahu, serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 1 petang itu bagi mendapatkan bahan-bahan berkaitan bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berbaur hasutan yang dibuatnya.
“Ketika serbuan, sebuah komputer, sepucuk surat pekeliling dan kenyataan media berkait satu perhimpunan haram di ibu negara dirampas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Zainuddin, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.
Good job ...harap negara ni kembali aman
ReplyDeleteLong overdue.
ReplyDeleteKalau dah namanya pengkhianat..buat apa dibiarkan..sumbat je ke dalam.
ReplyDeletePatut dah Lama dah.. Harap Malaysia kembali Aman
ReplyDeleteYa..overdued long..dulu Bro KPN tak leh nak chepat. .birokrasi. .sekarang Bro KPN dah full authority..gue support bro KPN
ReplyDeleteapasal tunduk jer tu....
ReplyDeleteSepatutnya tmi krjaan kena blok..jgn bg muka
ReplyDelete