Pages

Wednesday, March 4, 2015

SELEPAS TERKANTOI, LIM GUAN ENG CUBA NAFIKAN PENGLIBATANNYA MENJATUHKAN HADI AWANG DENGAN PASMA!!!



Hubungan Lim Guan Eng dengan PASMA bukannya lagi benda terlarang atau tersembunyi. Semuanya sudah didedahkan. Surat dan sebagainya juga telah didedahkan. Yang mendedahkan segala butiran tersebut bukannya UMNO atau Barisan Nasional tetapi orang PAS.

Pertemuan Phahrolrazi dan ikrar janji bahawa PASMA akan membantu DAP menguasai PAS menerusi penggulingan Abdul Hadi Awang daripada jawatan Presiden PAS juga, bukannya sesuatu yang bersifat mitos.

Pihak pendedah telah memberikan segala butiran yang terperinci tentang pertemuan, bahkan mereka yang bertemu dengan Guan Eng yang diketuai oleh Phahrolrazi Zawawi.

Keberanian Mat Sabu yang asalnya TIADA APA-APA, tetapi setelah menerima bantuan kewangan daripada DAP terutama menerusi kedudukannya selaku Ahli Lembaga Pengarah syarikat air Pulau Pinang, bercakap besar tentang usaha menggulingkan Abdul Hadi Awang.

Begitu juga dengan beberapa tindakan para pemimpin DAP yang cuba memberikan tekanan kepada kumpulan pro-Hadi agar mengalah kepada kumpulan pro-Lim Guan Eng yang berproksikan Mat Sabu dan Husam Musa. Cadangan beberapa orang pemimpin kanan PAS yang mahukan PAS mengambil tindakan keras ke atas para penganut PASMA terutama sekali golongan yang mahukan Abdul Hadi Awang digulingkan dan PAS ditukarkan menjadi biro Melayu-Islam DAP.

Penafian yang dibuat oleh Lim Guan Eng, begitu jelas menunjukkan cubaan dan kecenderungannya untuk menipu.

Pro-Ulama PAS sudah berulang kali menyatakan, DAP tiada hak mencampuri urusan dalaman PAS memandangkan PAS tidak pernah mencampuri urusan DAP mahupun PKR. Lim Guan Eng cuba menafikan perbuatan jahanam tersebut, tetapi pada masa yang sama, DAP adalah pihak yang paling sibuk dengan hukum hudud di Kelantan walhal DAP tidak mempunyai walau sebiji kerusi pun di Kelantan. DAP menerusi Lim LIp Eng menyalak tentang undang-undang syariah yang dilaksanakan di Terengganu tetapi DAP tidak mempunyai sebarang kerusi di Terengganu. Sedangkan pelbagai bantahan yang dibuat oleh pihak yang mempunyai kerusi di Pulau Pinang, tidak langsung diendahkan oleh Lim Guan Eng. Sebaliknya DAP dan Lim Guan Eng berbuat sesuka hati mereka seolah-olah Pulau Pinang adalah hasil pusaka datuk nenek Lim Guan Eng!!!

Sesuatu yang tidak dapat dinafikan sama sekali oleh Guan Eng ialah pembabitan dan campurtangan DAP dalam hal-ehwal PAS menerusi tajaan dan peruntukan dana DAP kepada PASMA!

Yang tu macam mana pula nak nafikan?


1 comment:

  1. Lim Guan Eng ni bukan kali pertama cuba menipu.
    Dulu masa dia kutuk negeri Johor tak ngaku jugak.
    Yang meeting ni siap ada gambar sekali pun nak nafikan jugak, BODOHLAH KALAU PERCAYA LIM.

    ReplyDelete