Pages

Tuesday, March 24, 2015

SENATOR DARI MCA SEBENARNYA TAKUT TETAPI ISMAIL SABRI PULA DISURUH KELUAR UMNO DAN BARISAN NASIONAL!!!



Bukan main hebat lagi Senator dari MCA, Koh Chin Han menyelar Menteri Pertanian, Ismail Sabri sebagai tidak faham mengapa MCA bersatu dengan DAP dalam menentang pembentangan undang-undang hudud di Parlimen.

Kata Koh Chin Han, perlaksanaan hudud melibatkan Perlembagaan Malaysia, sistem demokrasi dan perundangan bakal menjejaskan semua rakyat Malaysia. Justeru MCA dan GERAKAN perlu menyatakan pendirian dan pandangan.

Kalau Lim Kit Siang menghalau PAS keluar dari Pakatan Rakyat, Koh Chin Han pula menghalau Ismail Sabri dari UMNO dan Barisan Nasional dengan alasan Barisan Nasional bukanlah milik UMNO walaupun UMNO adalah pemenang majoriti dalam Barisan Nasional manakala MCA pula adalah PARTI YANG KALAH TERUK dan Ahli Parlimennya sekarang hanya menang dengan undi Melayu-UMNO seperti Wee Ka Siong.

Undang-undang hudud yang hendak dibentangkan oleh PAS nanti, hanyalah penambahbaikan daripada undang-undang takzir syariah yang sudah pun wujud di Kelantan dan negeri-negeri lain di Malaysia. Undang-undang syariah hanya melibatkan orang Islam, manakala undang-undang hudud yang didasarkan daripada al Quran pula melibatkan keseluruhan penduduk dan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama.

Dari awal lagi telah dinyatakan bahawa undang-undang yang hendak dibentangkan oleh PAS nanti hanya berdasarkan dalam lingkungan syariah. Justeru, MCA atau sesiapa sahaja yang bukan beragama Islam tidak akan terjejas langsung sama ada undang-undang tersebut wujud atau dikuatkuasakan. Undang-undang syariah yang dinamakan 'hudud' oleh PAS itu tidak mengatasi undang-undang sedia ada kerana kekangan Perlembagaan Persekutuan. Sekaligus tidak sepatutnya juga orang bukan Islam seperti Koh Chin Han campurtangan dalam hal ehwal orang Islam kerana undang-undang berkenaan khusus untuk umat Islam. Campur kerusi UMNO dan PAS, ia adalah jumlah majoriti berbanding campuran kerusi-kerusi Parlimen MCA-DAP-GERAKAN-MIC!

Bercakap tentang demokrasi dan Perlembagaan, Koh Chin Han mahupun rakan karibnya dari GERAKAN dan DAP yang kuat menentang pembentangan undang-undang tersebut di Parlimen, sepatutnya tidak bersikap sembrono kerana berdasarkan demokrasi, sesuatu keputusan itu dibuat hasil daripada suara majoriti. Kalau majoriti umat Islam di Malaysia dan perwakilan mereka mahukan perlaksanaan hukuman berkenaan, maka ia perlu dibentangkan.

Yang MCA, GERAKAN, MIC dan DAP menyibuk tu apasal pulak? Adakah sebenarnya perlaksanaan hukuman hudud nanti akan menyebabkan mereka terpaksa menukar akidah? Terpaksa meninggalkan agama yang dianuti sekarang? Terpaksa bersunat?

Atau sebenarnya mereka cukup takut sekiranya PAS dan UMNO bersatu sehingga membuatkan penipuan selama dua penggal berturut-turut akan terbongkar kerana kerjasama dan penyatuan berkenaan?

Daripada menghalau Ismail Sabri, elok juga Koh Chin Han keluar dari MCA dan menyertai DAP. Lagipun bukankah sekarang manusia seperti Koh Chin Han sendiri sedang mengikut pelan yang diatur oleh DAP?


1 comment:

  1. Sebagaimana org cina tak pernah mmasuk kedai melayu kecuali kedai makan, begitu juga dlm pemberian undi. Takkan mana2 cina undi mca atau bn kecuali jika pertembungan mca dan dap.
    tak perlu lagi kerjasama dgn mca.

    ReplyDelete