Pada masa yang sama, beliau turut mengarahkan polis memburu hingga ke lubang cacing kumpulan samseng bertanggungjawab membunuh dan mencederakan enam yang lain di Bandar Bukit Mewah itu.
Ibarat tiada lagi maaf kepada kumpulan yang dipercayai berpusat di Klang itu, beliau berkata, perbuatan samseng tersebut benar-benar mencabar kewibawaan polis dan mesti dikenakan hukuman maksimum.
Serentak dengan itu, Ahmad Zahid memberi ingatan kepada pihak yang mendakwa diri mereka kononnya sebagai pejuang hak asasi, agar jangan cuba melindungi kumpulan samseng tersebut.
“Kementerian ini yang dipertanggungjawabkan menjaga keamanan dan keselamatan akan memerangi mereka hingga ke lubang cacing. Perbuatan mereka benar-benar mencabar kewibawaan polis,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 1.45 pagi semalam yang dipercayai berpunca daripada perebutan kawasan kawalan keselamatan, lima samseng bertindak menyerang tujuh pengawal keselamatan sebelum membakar hidup-hidup salah seorang daripada mangsa.
Turut dibakar dalam serangan tersebut adalah tiga pondok pengawal dan kejadian itu kini menyebabkan penduduk di kawasan Bandar Bukit Raja hidup ketakutan.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid turut mempersoal di mana pejuang hak asasi manusia yang selama ini gemar menjadi hero setiap kali polis bertindak ke atas penjenayah tetapi membisu seribu bahasa apabila rakyat menjadi korban.(SUMBER)
“Bila rakyat menjadi mangsa akibat tindakan penjenayah di mana mereka? Mana hak asasi manusia kepada mangsa yang dibunuh ini? Mengapa pejuang hak asasi manusia tidak membela dan masih membisu hingga ke saat ini,” soalnya.
Jika pejuang hak asasi ini cuba nak buat demo di jalanan...saya sokong penuh jika pihak polis kerahkan FRU utk mengajar mereka...
ReplyDeleteJangan bagi muka...hentak jer dengan belantan sampai mereka ini lunyai...
1. Zahid, if you want to be a future PM of Malaysia, stop issuing warnings and giving hopes.....
ReplyDelete2. Rakyat want actions, not rhetorics.....got it ,sir
Zahid ni semakin hari semakin bodoh sebab tu byk hal semakin parah kat Malaysia ni...bagus letak jawatan dari menjadi aib kepada bangsa.
ReplyDeleteJgn ckp ja dt.buktikan..krn trlalu brlembut ini jdinya..kongsi gelap sdh brani menonjol..kongsi gelap sdh tdk takut pa undang2 negara..krn apa.krn ahli politik yg mempermainkan undang..inilah yg mereka mahukan supaya isa di hapuskan..sepatutnya puak pembakang kena jwb mslh ini..apa mereka sdh cukup gembira apa yg berlaku setiap hari..polis trpaksa bertarung nywa demi ke amanan..sy tdk myalah pmbakang..ttp sy berpendapat krjaan trlalu ikut apa yg pembakang protes..yg mnjadi bebanan..warga polis..seharian trpaksa bekerja keras..sy hormat semua angota polis di mlysia..doa sy semuga allah sentiasa memberi rahmat kpd angota polis
ReplyDelete