Pages

Monday, April 20, 2015

APAHAL PULAK PKR PULAUKAN PEMBABITAN AZMIN ALI DI PRK PERMATANG PAUH?



PKR membatalkan semua programnya di Permatang Pauh hari ini yang membabitkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Penyelaras media PKR untuk PRK Permatang Pauh, Mohd Hafizan Mazuki dalam kenyataan pada Isnin berkata pembatalan program itu termasuk kenduri rakyat dan pelancaran pusat operasi PRK di Guar Perahu atas beberapa sebab.

Walaupun tidak menyatakan sebab pembatalan, sumber parti menyebut ia ada kaitan dengan mesyuarat tergempar di Selangor yg membabitkan para pemimpin PKR dan PAS bagi membincangkan kerjasama antara kedua2 parti menjelang PRK Permatang Pauh.

Menurut laporan semalam, Ketua PAS Permatang Pauh Omar Hassan memberikan kata dua supaya PKR supaya menarik balik kenyataannya yg menolak rang undang2 berkaitan hudud jika mahu mendapat sokongan PAS untuk PRK Permatang Pauh.

Omar berkata PAS Permatang Pauh memberi tempoh kepada PKR sehingga hari penamaan calon pada 25 April dan mendesak PKR memohon maaf secara terbuka.

Sumber yg bolih dipercayai pula berkata, pembatalan ini ada kena mengena dengan protes Wan Azizah terhadap Azmin yg sedang mengintai kerusi Ketua Pembangkang yg dulu disandang olih suami Ketumnya. (sumber)


2 comments:

  1. Mampus la kau jijjah nenek penipu!

    ReplyDelete
  2. Sy tdk prcya pas..pas seumpama daun lalang..bila2 masa sja akan ikut arah angin

    ReplyDelete