Pages

Friday, April 17, 2015

BERANG DIGELAR PARASIT, KHALID SAMAD MEWAKILI GENG LIBERAL GELARKAN KUMPULAN PENENTANGNYA SEBAGAI 'GENG JUHALA'!!!



Perang dingin dalam PAS semakin terserlah menjelang muktamar dan pemilihan parti itu yang dijadual diadakan pada Jun ini.

Selepas digelar parasit dalam PAS oleh kumpulan pro ulamak, salah seorang pemimpin yang didakwa liberal telah menyerang balik kumpulan itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kumpulan yang menggelarkan diri mereka pro ulamak dalam PAS lebih sesuai dipanggil sebagai “Geng Juhala”.

Katanya, gelaran itu kerana sikap jahil mereka yang melabelkan pihak lain dalam parti itu sebagai parasit dalam PAS.

“Kononnya mereka lakukan demi menyokong calon ‘ulamak’ dalam muktamar. Kalau benar, maka saya harap calon ulamak ini bukan jenis yang ‘bisu’, tidak menegur kejahilan dan kejahatan penyokong,” tulis Khalid dalam blognya.

Beliau memberi respon terhadap sebuah buku yang menyenaraikan lapan pemimpin termasuk dirinya sebagai parasit dalam PAS yang dipercayai ditulis oleh penyokong pro ulamak.

Khalid berkata, selain digelar parasit dalam PAS, kumpulan lapan pemimpin itu sebelum ini telah dilabel dengan pelbagai gelaran seperti ‘Jebon’, ‘Anwarinas’, ‘anti-ulama’, ‘anti-hudud’, ‘liberal’, dan ‘sekular’.

“Dan apa sahaja (gelaran) yang mungkin digunakan untuk menimbulkan kebencian terhadap kumpulan pemimpin ini. Samada gelaran ini betul atau pun tidak, benar ataupun fitnah, tidak langsung diendahkan. Yang penting, berjaya ditanam kebencian terhadap mereka ini,” tulis Khalid dalam blognya,

Katanya, gelaran parasit itu asalnya digunakan oleh Datuk Dr Hassan Ali untuk melabelkan kumpulan yang menentang rancangannya untuk membentuk kerajaan bersama UMNO/Barisan Nasional pada 2008 dengan dirinya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Dia berkata, mungkin juga pihak yang menggunakan gelaran parasit itu merupakan ‘tukang tiru’ Zulkifli Nordin yang mencipta gelaran Anwarinas dalam PAS.

“Adakah mustahil mereka ditaja? Oleh yang inginkan PAS dan PR berpecah untuk UMNO kekal memerintah,” katanya yang sangsi mana datangnya wang untuk mencetak buku itu. (sumber)


7 comments:

  1. Umno jugak yg kena...ish3

    ReplyDelete
  2. Khalid mengapa la hati kau busuk. Dgn parti sendiri sifat kau jelas tercela. Dgn kafirin kau layan mcm mrk ulamak. Bangsat la kau

    ReplyDelete
  3. Ini satu tuduhan berat pada hassan ali.
    Kalau tidak dibuktikan ini satu fitnah.
    Hassan ali patut saman orang yg buat tuduhan tanpa bukti mcm ni.

    ReplyDelete
  4. Sudahlah Khalid, kau pergi jaga gereja sudah lah

    ReplyDelete
  5. Ya .. DUIT ..
    UNTUK MENDAPATKAN DUIT .. MANUSIA SANGGUP MENJUAL APA SAJA ...!!

    ReplyDelete
  6. Aku lebih suke umno memerintah walau x sempurna (mane ade kerajaan yg sempurna), dari KHALID GEREJA perintah, abis orang islam murtad pun rileks je, malah sokong plak. Jahat2 umno x kacau pun keje2 majlis ugama.

    Mungkin ajaran Wali Hijau taik cicak belum meresap dlm jiwa sanubari KHALID GEREJA.

    -Kampung pening lalat

    ReplyDelete
  7. Dia nk tuduh umno la tu...tp, tak nak tuduh terang2 sbb takut kn saman pulak nt...

    ReplyDelete