Pages

Saturday, April 25, 2015

BERMULALAH DRAMA AIR MATA, RINTIHAN, KELUHAN DAN KEPILUAN DI PRK PERMATANG PAUH DENGAN TERCALONNYA WAN AZIZAH WAN ISMAIL!!!



Barangkali cucu-cucunya sudah tidak perlu dijaga....

Atau barangkali dengan cerita kononnya, permohonan maaf kepada PAS dan Hadi Awang telah dibuat, maka berduyun-duyunlah sokongan daripada orang PAS kepadanya, akan diterjemahkan kepada kertas undi, maka Wan Azizah dengan drama pada saat-saat akhir, mencalonkan dirinya sendiri.

Namun yang pasti, apa-apa sahaja teori tentang KRONISME yang diamalkan dalam keluarga Anwar Ibrahim dan PKR, telah disahkan!

Seolah-olah tiada muka baru dalam PKR, Wan Azizah dicalonkan semula buat kali keempat di Permatang Pauh. Tidak habis dengan masalah di Kajang, nampaknya Wan Azizah berpendirian bahawa tugas seorang Ahli Parlimen dan wakil rakyat cukup sekadar menayangkan kipas hikmat, bersuara lunak sambil menceritakan kesedihan, kesepian dan kehancuran hidup seorang isteri membesarkan cucu-cucunya bersendirian apabila suaminya dimasukkan ke penjara kerana kesalahan yang dilakukan tanpa disuruh-suruh oleh orang lain.

Pun begitu, Wan Azizah dan ahli keluarganya kekal menyalahkan pihak lain, khususnya UMNO dan Najib Abdul Razak pada kejahatan dan keganasan syahwat Anwar Ibrahim yang langsung tidak mengambil kira dosa dan pahala.

Laporan dari 'medan perang' menunjukkan keghairahan para penyokong PKR sendiri seperti yang ditunjukkan sebelum ini, tidak diterjemahkan kali ini. Malahan Abdul Hadi Awang hanya menghantar Mustafa Ali sebagai wakilnya dengan Hadi Awang sendiri mengotakan kata-katanya.

Secara rasminya, malam ini bermulalah kempen air mata. Akan terdengarlah cerita yang sama tentang kesengsaraan, tentang kezaliman pemerintah yang memenjarakan suaminya, tentang perjuangan dari dalam penjara, tentang kronisme dan salahguna kuasa, tentang kesepian dan tentang simpati yang perlu diberikan kepadanya.

Wan Azizah sudah pasti akan mengheret anak-anak perempuannya untuk berceramah di atas pentas. Tidak ketinggalan juga cucu-cucunya buat umpan menagih simpati. Akan ditemberang kononnya, PAS telah bersetuju untuk membantu memenangkannya.

Dan yang pasti juga, nama Allahyarham Fadhil Noor akan dikumandangkan dan 'semangatnya' akan diungkit oleh para penceramah PKR walaupun hakikatnya, pada penghujung hayatnya, Fadhil Nor tidak pernah peduli dengan Anwar Ibrahim pun.


Akan berduyun-duyunkah para hadirin untuk mendengar cerita-cerita sedih Wan Azizah nanti? Atau adakah ceramah-ceramah PKR tanpa PAS akan memperlihatkan kegersangan seperti yang dapat dilihat dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini, termasuklah ceramah yang dihadiri oleh Azmin Ali mahupun Wan Azizah sendiri?

Atau adakah Rafizi Ramli yang menyatakan 'ADA KEJUTAN' di Permatang Pauh akan menggerakkan seluruh kekuatan PKR untuk keluar beramai-ramai, melambakkan ratusan ribu para hadirin untuk menakutkan jentera UMNO-BN di Permatang Pauh?

Pesta-pora dengan ini telah dibuka secara rasminya!!!

Guan Eng dan angkatannya sahaja yang sedang duduk di tepi padang sambil menyilang kaki, memegang cawan berisi arak dan sesetengahnya menghisap rokok sambil menulis-nulis angka dan mencongak-congak keuntungan yang bakal diperolehi!!!!


No comments:

Post a Comment