Pages

Sunday, April 19, 2015

DOKUMEN BOCOR!!! ADAKAH GUAN ENG MENIPU TENTANG BUKIT BOTAK?




Apa sudah jadi ni, Lim Guan Eng?

Kau kata, akhbar The Star buat laporan palsu tentang status Bukit Botak (Bukit Relau) yang pernah menimbulkan kemarahan mendiang Karpal Singh kerana perogolan hutan dan tanah tinggi secara berleluasa.

Tapi pendedahan terbaru, lain pula ceritanya...

'Kebocoran' sebuah dokumen cuba membuktikan yang Guan Eng telah berbohong tentang Bukit Botak. Dokumen tersebut juga cuba menunjukkan Lim Guan Eng juga telah berbohong dalam kenyataan rasminya menafikan laporan negatif tentang Bukit Botak dua tahun lalu apabila dia menegaskan Kerajaan DAP tidak pernah meluluskan sebarang projek pembangunan di kawasan tanah tinggi lebih 250 kaki. (BACA DI SINI)


Nampaknya dalam dokumen tersebut, kelulusan telah pun diberikan meskipun Lim Guan Eng cuba menafikannya.

Adakah LOT NO. seperti yang dinyatakan di dalam surat berkenaan, terletak di tempat lain bukannya di puncak Bukit Botak atau sengaha diada-adakan bagi tujuan fitnah dan tanggapan jahat kepada Guan Eng? Sekaligus menunjukkan satu fitnah jahat telah dikonspirasi dan dihalakan kepada Lim Guan Eng? Atau adakah surat yang didedahkan ini merupakan satu lagi surat palsu yang sengaja dibikin untuk memalukan Lim Guan Eng dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah kepimpinan Lim Guan Eng?

Atau sebenarnya Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Pulau Pinang memandai-mandai meluluskan projek tersebut tanpa pengetahuan Lim Guan Eng? Malah boleh jadi juga pemalsuan dibuat dengan menggunakan kepala surat rasmi itu?

Pada 30 Mei 2014, MCA Pulau Pinang telah membuat pendedahan apabila pemaju hartanah Bukit Relau, General Accomplishment Sdn. Bhd (GASB) menyaman seorang ADUN DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu kerana mendedahkan tentang pembangunan lereng Bukit Relau. (BACA DI SINI).

Apakah pendedahan ini akan membuatkan Lim Guan Eng terus menutup mulut tentang Bukit Relau a.k.a Bukit Botak?

Kita sebenarnya amat mengharapkan Lim Guan Eng akan menjelaskan tuduhan terbaru ini sebagai penjelasan kepada para penyokongnya sendiri dan untuk mengelakkan prasangka keterlaluan terhadapnya dan DAP. Apatah lagi ini membabitkan keselamatan alam sekitar.


No comments:

Post a Comment