Pages

Monday, April 20, 2015

DUA TESTIMONI TUNJUKKAN BAGAIMANA DAP BERPUTARBELIT TAPI CUBA PERDAYA PELAJAR-PELAJAR MELAYU ISLAM DI MESIR UNTUK AGENDA LIBERALISME!!!




Saya hadir ke program DAP ala forum semalam, bertajuk "Masa Depan Malaysia : Ektrimisma vs Keharmonian".

Meraikan "trend anak muda" yang mahukan idea idea diwacanakan dengan baik di pentas masyarakat, saya datang ke program yang membawakan EMPAT orang YB DAP yang boleh dikatakan "frontliner" bagi pihak DAP, terutamanya otai mereka LKS.

2 daripada 3 soalan saya tidak dijawab(dalam kepala banyak lagi nak sebut), tak termasuk soalan peserta lain yang sebahagiannya hanya dibalas dengan pusing-pusing dan alih isu sahaja.

Saya kira "ektrimisma" langsung tidak diwacanakan semalam.

Apakah definisi ekstrimisma?

Adakah tidak cukup ekstrimis, anti-perlembagaan dan anti-islam tindakan Namewee (mengutuk azan, guru besar cerita sejarah) dan Eric Paulsen(menfitnah khutbah jumaat) sehingga tokoh-tokoh DAP menyokong serta mempertahankan mereka? Adakah tidak anti-Melayu Islam, anti-kebangsaan dan anti-sejarah apabila Teresa Kok mempertikaikan tulisan jawi dalam masa yang sama memperjuangkan pengunaan tulisan lain di papan-papan tanda? Adakah tidak ekstrim dan anti-islam apabila LGE mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan yang dibawah Majlis diRaja tatkala memprovok agar kalimah Allah boleh digunakan oleh orang kristian dalam kitab dan majalah mereka? Dan dalam masa yang sama menolak hukum Allah hudud, mahkamah syariah, memperjuangkan murtad, dan menghalang pengislaman orang?

Adakah ekstrimis di sisi mereka sepertimana Jeff Ooi yang mendakwa Mohd Razali Abdullah sebagai EKTRIMIS kerana menyertai sebuah NGO, Jamaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah Law by 2020"?

Ini tidak dibahas.

Yang disebut hanyalah "DAP tidak anti Islam, ini tidak logik untuk anti majoriti, DAP bagi peruntukan tahfiz di Penang, DAP bersama PR menaikkan peruntukan KAFA di Selangor, sekular tidak semestinya anti islam, ada juga sekular dengan maksud tak menyebelahi mana mana agama, ia sebenarnya selari kerana islam menganjurkan kebebasan..." what.. Ada ke dia ungkit gula-gula politik peruntukan tu.. Eh nak cerita bab gula gula ni UMNO pun boleh cakap depa ada bagi br1m. Habis depa dah dikira sayang rakyat jaga kebajikan rakyat ka?

Sembang dengan orang kampung makcik surau boleh la bang cerita macam tu, ni cerita dekat siswa.. Cis, masa aku..

Lepas itu kata "sekular tidak anti-islam"?? Islam mana kau petik ni? Islam ayah pin ke?

"Sekular maksudnya keadilan & kebebasan agama, ini selari dengan prinsip islam", "tolak hudud tak semestinya anti islam" eh pandai pulak dia main belit-belit. Cakap "nak sekular" tu dah berterus-terang dah, cakap sajalah tak nak sistem islam, dia pergi main ayat pulak... Cis.

Tang mana islam dengan sekular ni selari... Dia ingat cakap dia cakap dengan siapa nak kelentong gitu. Konon debat mahasiswa anak muda. ya Allah...buat sakit kepala.

Bila nak debat, "kita takde banyak masa, ramai yang nak tanya lagi". Banyak la tak ada masa..

Ayat main "victim playing", salahkan UMNO, Ulama, jakim, orang islam, ISMA, cucuk sikit TG hadi, lepas tu bajet "innocent", DAP hanya mahu kebaikan bersama, keharmonian, integrasi, kesamarataan dan keadilan.

Tak ada cerita ektrimisma & masa depan Malaysia, yang dia cerita DAP bagus, untuk semua kaum, untuk orang muda, anak muda harus terbuka, menilai, sebut ISMA sikit sikit, Jakim, yang lain semua salah UMNO rasis diktator tumbang.

Ini kalau nak cerita pasal (konon) intelektualisma lah.

Adapun berdepan sendiri dengan pemuka DAP ini bertambah iman saya terhadap perjuangan menegakkan islam di muka bumi ini. Memang benarlah seperti yang kesimpulan dan penilaian saya selama ini terhadap mereka melalui bacaan semasa dan penilitian terhadap parti tersebut.

Kesimpulan mereka satu sahaja. Perjuangan DAP ni, pada asas yang paling mendasar adalah memperjuangkan sebuah negara sekular demokratik, tapi bukanlah sekular demokrasi yang benar benar "jujur dan adil" pun, kerana dibaja pula dengan asas nafsu, "kepentingan, tamak kuasa, harta dan politik penipuan".

InsyaAllah saya cerita masa perincikan sikit soal jawab tu. (sumber)


Seterusnya....

Semalam, dalam kesibukan jadual yang ada, saya sempat mencari masa untuk menghadirkan diri ke program ramah mesra pimpinan DAP yang diadakan di Kaherah, Mesir. Format program yang berorientasikan santai itu bermula dengan sedikit ucapan daripada YB Zairil Khir Johari selama 10 minit (atau kurang), kemudian terus dibuka kepada sesi soal jawab.

Saya menyangka kedatangan saya ke program mereka dapat menjawab beberapa persoalan saya. Tetapi saya tersilap, tidak banyak yang boleh diharap dari para penagih simpati siswa melayu islam di mesir ini. parti cauvinis sosialis ini berkali-kali divert isu utama kepada isu lain dan tidak menjawab soalan.

Antara soalan yang sempat ditanya adalah bagaimana pandangan DAP terhadap ekstrimisme yang ditunjukkan oleh golongan selain Melayu Islam di Malaysia yang saya sertakan beberapa contoh, iaitu isu Eric Paulsen dan MP DAP sendiri iaitu Chong Eng dalam mengkritik sukatan pembelajaran tamadun Islam dalam buku sejarah tingkatan 5.

Insiden "saya pusing Halim" pun bermula dan yang saya ingat YB Steven Sim menjawab, "kita tak kata kita sokong Eric. Tidak".

Tetapi sebenarnya pada 3 Februari dalam satu berita di TMI secara jelas melaporkan bahawa YB Lim Kit Siang sebenarnya telah pun memberikan kritikan yang sebijik kepada khutbah Jumaat seperti Eric Paulsen. Dan beliau pada malam tadi hanya berdiam diri terhadap soalan itu dan angguk dengan jawapan putar-belit anak buahnya yang sedang cuba meningkat naik reputasinya dengan ilmu-ilmu dan ayat Al-Qur'an yang diketahuinya serba sedikit, sudah tentu untuk menambah manis ucapan di hadapan orang Melayu.

Terima Kasih YB Teresa Kok, YB Lim Kit Siang, YB Zairil Khir Johari dan YB Steven Sim. Sekarang baru saya dapat bayangan macam mana pimpinan PAS boleh yakin untuk berkerjasama dengan anda.

Lagak ahli politik, apa yang boleh saya harapkan. Puluhan tahun menipu orang melayu, dari zaman pengasasnya memakai songkok berjumpa ahli qaryah sehingga memakai baju melayu dan membaca ayat quran. Setakat jumpa mahasiswa 20-an, apa ada hal? (SUMBER)

1 comment:

  1. Bagusssssss..mantap...ini wajib disebarkannn.. yg kelako petik ayat al quran sekerat sekerat dpn anak anak muda yg belajo bidang agama di timur tgh...kalaulah masih terpedaya tak tau laaaa apa lagi nak dikabo hahahaha

    ReplyDelete