Pages

Tuesday, April 21, 2015

GEREJA BARU DAN SALIB TAMAN MEDAN: KENAPA PKR-DAP TAK BERMINAT SEPERTI BIASA? ADA YANG TAK KENAKAH?



Isu SALIB TAMAN MEDAN masih belum berakhir...

Kita tolak apa yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara dalam hal ini kerana akhirnya yang membuat keputusan adalah Peguam Negara...

Sementara itu, Ahli Majlis MBPJ Sean Onn yang merupakan proksi PKR secara tiba-tiba berkata, kita tidak sepatutnya bercakap tentang insiden salib di Taman Medan lagi. Sebaliknya bercakap tentang benda-benda lain yang lebih bersifat retorik.

Sudah pastinya, Sean Onn mengeluarkan kenyataan tersebut selepas MBPJ dan Pakatan Rakyat Selangor mendapati, gereja tersebut sebenarnya tidak sah, tidak berdaftar dan diwujudkan di kawasan tersebut sebagai salah satu kaedah provokasi. (BACA DI SINI)

Gereja baru yang terletak di rumah kedai di Taman Medah tersebut tidak mempunyai lesen untuk dioperasikan sebagai tempatibadat, malahan tidak mempunyai dan membuat sebarang permohonan permit untuk menggantung salib di bahagian hadapan bangunan.

Justeru, kita menunggu jawapan daripada Azmin Ali, Pakatan Selangor dan MBPJ berhubung perkara ini.

Yang pastinya, sekiranya penguatkuasaan dilaksanakan dengan baik dan betul, keseluruhan insiden ini tidak akan berlaku.

Pun begitu, walaupun gereja tersebut berstatus haram, statusnya masih tidak menghalalkn perbuatan 50 orang penunjuk perasaan yang mahu melaksanakan undang-undang di tangan sendiri. Mereka seharusnya membuat aduan kepada pihak berkuasa dan biarkan pihak berkuasa yang melaksanakan undang-undang. Tindakan sembrono sebegitu akan menambahkan konflik.

Sekaligus memberi peluang kepada golongan musuh Islam untuk melabelkan Islam dan umatnya adalah ganas, bodoh dan berotak beku.

Cuma sekarang, yang boleh dipersoalkan ialah:

"Adakah gereja itu telah memohon permit? Kalau mereka telah melakukannya, adakah Kerajaan Negeri Selangor telah menolak dan menafikan hak orang beragama Kristian? Tetapi sekiranya gereja itu memang tidak memohon permit, adakah kaum Evangelist sebenarnya terdiri daripada golongan yang gemar melanggar undang-undang dan kemudian mengalihkan kesalahan itu kepada orang yang menentang mereka? Berapa banyakkah lagi gereja berstatus haram yang terdapat di Selangor?"

Sebenarnya, ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan 50 orang penunjuk perasaan di hadapan gereja di Taman Medan itu terutama dengan ugutan menurunkan salib dari gereja haram berkenaan biarpun pada masa yang sama, kawasan tersebut adalah bermajoriti Islam. Terdapat cara dan kaedah lain yang lebih baik untuk digunakan bagi menyelesaikan isu ini. (DI SINI)

Bagaimanapun, isu ini perlu dilihat dari sudut yang lebih besar. Orang Melayu pada kebiasaannya jarang mempedulikan amalan agama lain walaupun dalam banyak kes, mereka terpaksa menjual tanah dengan harga yang sangat murah apabila ada yang dengan sengaja buat tokong di bawah pokok besar di tanah mereka dan kemudian enggan keluar atas alasan 'TUHAN'.

Tindak balas yang ditunjukkan oleh kebanyakan orang Melayu sekarang, bermula daripada provokasi pihak-pihak tertentu sepertimana yang berlaku di Sabah apabila terdapat desakan bukan Islam terutama yang bermajoriti Kristian, menuntut agar masjid tidak dibina di kawasan mereka.


Video tahun 2013 dan berlaku di Sabah ini menunjukkan bagaimana penduduk membuat protes berhubung pembinaan sebuah masjid yang turut melibatkan seorang Ahli Parlimen PKR, Darell Leiking. (DI SINI)

Malahan pada bulan lepas iaitu Mac 2015, dilaporkan ADUN PKR Terence Siambun turut melancarkan gerakan menghalang pembinaan sebuah masjid di dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah bagi kegunaan penduduk Islam di kawasan berkenaan dengan alasan, kawasan berkenaan bermajoritikan penduduk Kristian. (DI SINI)

Tidak keterlaluan kalau kita katakan, kedua-dua belah pihak SALAH. Sentiasa terdapat golongan BODOH dari mana-mana kelompok agama atau pun kaum, walaupun jumlah mereka tersangat minoriti.

Menyatakan bahawa suatu kelompok adalah minoriti di sesebuah kawasan dan kerana itu, mereka tidak mempunyai hak untuk sebuah rumah ibadat, adalah salah sama sekali di dalam sebuah negara pelbagai kaum.

Mari kita hentikan kegilaan seperti ini. Masjid, gereja mahupun rumah ibadat agama-agama lain perlu dihindarkan daripada dipolitikkan. Dalam Islam sendiri pun, terdapat larangan jelas menghalang penganut agama lain daripada mempraktikkan agama mereka. Keamanan antara agama dan kaum merupakan kunci utama kepada kemajuan dan kemakmuran.

Cuma sesuatu yang agak aneh, isu-isu seperti ini biasanya cukup menarik minat Malaysiakini tetapi nampaknya portal pengacum tersebut, langsung tidak berminat. Begitu juga dengan Tony Pua, Teresa Kok mahupun Azmin Ali yang cukup pantas menggunakan isu ini untuk meraih populariti, tiba-tiba sahaja senyap sunyi.

LIM SIAN SEE


No comments:

Post a Comment