Pages

Thursday, April 16, 2015

IMPIAN SARAWAK DAP VS S.U.K.A SARAWAK 1M4U!!!


DAP mempunyai perancangan besar ke atas Sarawak. Dengan menggunakan lokasi serta kedudukan geografi Sarawak yang dipisahkan oleh Laut China Selatan dengan Semenanjung, DAP mengharapkan apa-apa sahaja temberang mereka di Sarawak tidak akan diketahui dengan mudah. 

Dengan kata lain, mereka berasa, bebas untuk berbuat apa-apa sahaja, termasuklah memperdayakan penduduk setempat dengan cerita-cerita palsu terutama kononnya, para penduduk dan perkampungan yang mereka jadikan sebagai motif politik, tidak mendapat perhatian daripada mana-mana pihak. 





Bagaimanapun, tanpa banyak publisiti, 1M4U diberitakan sedang aktif membantu masyarakat di Sarawak terutama di beberapa perkampungan yang terletak di pedalaman. 

Diberitakan pada minggu lepas, sukarelawan-sukarelawan 1M4U telah pun berada di Kampung Giam, Pedawan, Sarawak dan bergotong-royong bersama-sama masyarakat setempat membersihkan serta mengecat semula gereja serta beberapa kerja gotong-royong yang lain. 

Berita tentang aktviti 1M4U di Sarawak tidak dilaporkan oleh mana-mana portal berita, mahupun media elektronik dan media cetak. 






Mungkin disebabkan itulah, usaha-usaha murni 1M4U kurang mendapat perhatian dan ada pihak lain yang pantas menyamun kredit, mengaku semua kerja 1M4U sebagai kerja mereka dan kemudian meuar-uarkan kononnya merekalah yang membuat semua kerja-kerja sukarela tersebut dengan IMPIAN SARAWAK mereka. 


No comments:

Post a Comment