Pages

Monday, April 27, 2015

KUTIP DERMA, BERDIRI ATAS KERUSI... ANTARA TAKTIK TAGIH SIMPATI PKR DI PERMATANG PAUH!!!



Antara taktik yang seringkali digunakan oleh DAP untuk memperlihatkan kepada pihak lawan kononnya parti mereka mendapat sambutan hangat adalah FUND-RAISING DINNER. Akan diberitakan kononnya, semua meja telah dibeli oleh ahli-ahli dan para penyokong yang mahu mendengar ceramah daripada para pemimpin DAP sekaligus jumlah yang sangat ramai 'membeli' meja makan yang nilainya mungkin mencecah dari ratusan ringgit sehingga puluhan ribu ringgit, tidak mampu ditandingi oleh Barisan Nasional.

Taktik tersebut telah digunakan secara meluas oleh DAP. DAP kemudiannya akan mengumumkan jumlah dana yang telah diperolehi daripada jualan meja makan malam yang mereka anjurkan kepada umum dan berbangga-bangga dengan jumlah tersebut.

Benar atau tidak, sekurang-kurangnya itu merupakan gimik politik yang digunakan secara meluas di kebanyakan negara, terutama yang berideologikan Liberalisme Demokratik gaya Amerika Syarikat.

PKR yang masih teraba-raba idea dan imej selain membela dan mengangkat kedudukan serta martabat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, turut mencuba kaedah ini. Bagaimanapun, audiens yang digunakan oleh PKR adalah audiens yang sama dalam majlis DAP, malah dalam acara makan percuma secara awam yang dianjurkan oleh Barisan Nasional.

Golongan yang biasanya hanya datang untuk makan, dan kebanyakan daripada mereka tidak faham apa sebenarnya yang berlaku dalam negara tetapi menjadi cheapskate yang adakalanya amat memalukan masyarakat mereka sendiri.

Barangkali Saifuddin Nasution tidak cukup ilmu untuk membuat persembahan kononnya masyarakat Cina adalah golongan yang setia mengundi PKR pada PRK Permatang Pauh kali ini sehingga perlu berdiri di atas kerusi semata-mata untuk menunjukkan mukanya yang penuh dengan lubang-lubang bekas jerawat batu.


Di kalangan pengundi-pengundi Cina, fund-raising dinner dibuat. Manakala di kalangan pengundi-pengundi Melayu pula, cukup sekadar muka Wan Azizah ditempelkan sedang mengipas satay dengan kipas hikmahnya....

Suasana yang sebenarnya menggambarkan tahap pembezaan yang bukan kecil kepada para pengundi yang berlainan bangsa!

Apa sudah berlaku dengan kebanggaan PKR yang selama ini cukup gah mempamerkan gambar-gambar hadirin bersesak-sesak mendengar ceramah dan kempen mereka di pentas terbuka? Mengapa perlu berada di dalam bangunan tertutup, kembali melaksanakan taktik ceramah mikro yang mereka sering kutuk selama ini kerana ianya merupakan praktis UMNO-BN?

Apakah makhluk-makhluk pengundi di Permatang Pauh sudah berat kaki untuk berdiri di hadapan pentas terbuka untuk mendengar ceramah Saifuddin Nasution, lantas membuatkan dia terpaksa berdiri di atas kerusi?

Perkembangan terbaru PKR yang menunjukkan betapa terdesaknya PKR untuk mempertahankan Permatang Pauh dengan calon tua yang tidak berkeupayaan mereka....


No comments:

Post a Comment