Pages

Friday, April 17, 2015

NIAYA PUNYA KES... INDIVIDU DIBELASAH SAMPAI MATI HANYA KERANA DITUDUH CURI DUA EKOR LEMBU DI TERENGGANU!!!



Mangsa yang dikatakan tinggal di Kampung Chendering telah meninggal dunia setelah dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan kecemasan pada jam 3:30 petang 14 April 2015.

Puncanya, mangsa telah dibelasah teruk oleh penduduk kampung setelah dituduh mencuri dua ekor lembu di Kampung Pengkalan Maras, Terengganu.

Bagaimanapun, seorang pengguna laman sosial telah tampil menjelaskan keadaan sebenar. Menurut pengguna laman sosial tersebut, tindakan menghukum mangsa secara terburu-buru hanya kerana disyaki mencuri lembu, sebenarnya lebih kepada salah faham. Malah pengguna laman sosial tersebut turut menafikan, mangsa adalah seorang pencuri lembu dan mencuri lembu-lembu seperti mana yang dituduh oleh para pembunuhnya.



Pembunuhan tersebut telah meninggalkan kesan yang amat mendalam dan tragis kepada isteri mangsa. Isteri mangsa telah meluahkan perasaan sayu dan rindu kepada suaminya dan menceritakan pengalaman serta kenangannya bersama-sama mangsa, yang dimuatkan di status media sosial Facebook.

Dalam kejadian terbabit, mangsa telah meninggalkan seorang balu dan dua orang anak yang masih kecil.

Menurut media, lima orang suspek yang terdiri daripada penduduk kampung, dipercayai telah memukul mangsa dan kesemua mereka telah ditahan oleh polis.


Sementara itu, polis mengesahkan kejadian terbabit dan memaklumkan bahawa kejadian berkenaan berlaku di Kampung Pengkalan Maras pada 12 April. (RUJUK SINI)

Mangsa walaupun telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah oleh orang ramai, telah koma dan meninggal dunia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian otaknya, patah tangan dan kecederaan pada muka kesan daripada serangan beramai-ramai.

Polis telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai pembunuhan dan tujuh orang suspek yang berusia antara 20 sehingga 50 tahun, telah ditahan untuk membantu siasatan. Polis turut mengesan beberapa orang yang lain, yang turut terlibat dalam serangan berkenaan.


No comments:

Post a Comment