Berita tentang kekalahan besar Nizar Jamaluddin sebagai Yang Dipertua PAS Kampar, jawatan yang disandangnya selama 7 penggal atau lebih kurang 14 tahun, amat mengejutkan. Sekaligus memberi tamparan kepada Mat Sabu, Husam Musa dan semua Anwaristas Pro-Pakatan dalam PAS selain penyokong-penyokong DAP/PKR.
Pada 21 Mac, bekas Menteri Besar Perak dan Ketua PAS Perak, Nizar Jamaluddin telah memberikan kenyataan bersama dengan para pemimpin Pakatan lain termasuklah pemilik Rumah Putih Ipoh dan tokey balak Hulu Kelantan, Nga Kor Ming bahawa Pakatan Rakyat menolak hudud sebagai bukan sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat. (RUJUK SINI)
Nizar turut menyatakan, 'kepimpinan PAS perlu berubah.' (RUJUK SINI)
Seiringan dengan kenyataan Nizar itu, Dewan Ulama PAS Perak telah menunjukkan kepada Nizar, siapa sebenarnya lebih berkuasa dengan mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Dewan Ulama PAS Perak telah hilang keyakinan kepada Nizar. (RUJUK SINI)
Hasilnya, dalam pemilihan PAS Kampar semalam, Nizar kehilangan jawatan yang disandangnya selama bertahun-tahun. Kekalahan tersebut cukup memalukan memandangkan dia kalah di tempatnya sendiri dengan imej sebagai bekas Menteri Besar dan Pengerusi Pakatan Rakyat Perak. (RUJUK SINI)
Situasi ini jelas membuktikan bahawa kumpulan Ulama dan kumpulan pro-Hadi di dalam PAS amat berkuasa dan sebarang cubaan untuk menggulingkan mereka, akan menghasilkan kekalahan yang memalukan.
Amat malang bagi Mat Sabu, Lim Guan Eng, Husam Musa, PASMA-DAP, dan terlebih-lebih lagi malang kepada Pakatan Rakyat dan pembenci Hadi.
Jikalau bersandarkan kepada beberapa kekalahan golongan PASMA, tidak mustahil sekiranya Husam Musa dan Mat Sabu akan kalah teruk dalam pemilihan PAS Pusat sekiranya mereka masih berani untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden. Dan tidak mustahil juga, pemimpin-pemimpin PAS yang pro-Anwar seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin serta lain-lain akan menghadapi tekanan luar biasa dalam tempoh beberapa minggu ini.
Jikalau tekanan berterusan, tidak mustahil sekiranya mereka meninggalkan PAS dan menyertai PASMA yang kemudian didaftarkan sebagai parti politik.
Mungkin ada baiknya jikalau para penyokong PKR dan DAP mencari alternatif lain berbanding berusaha untuk menyingkirkan Hadi Awang sebagai Presiden PAS.
LIM SIAN SEE
LIM SIAN SEE
ITU NAMANYA "TERGOLEK DOG"
ReplyDeleteAKIBAT KETULAHAN MOHON SEMBAH DERHAKA.
PADAN HARI TU PAKAI BAJU HITANM. KAWAN2 DIA MERAIKAN KEMATIAN DIA.