Pages

Friday, April 10, 2015

ONG KIAN MING MARAH KERANA AHLI PARLIMEN TERPAKSA BERSIDANG SAMPAI PUKUL 3:00 PAGI SEBAGAI MEWAJARKAN ALASANNYA TIDUR DI PARLIMEN!!!



Kesian Ong Kian Min...

Ahli Parlimen tidur dalam Dewan Rakyat sewaktu bersidang bukannya benda baru pun. Cuma pada sebelah pagi ketika siaran langsung di kaca televisyen sahaja, ramai yang kelihatan cergas-cergas, terutama sekali di kalangan Pakatan Rakyat. Selepas habis siaran televisyen, biasanya perangai dan belang sebenar akan timbul dan muncul.

Dengan kenaikan elaun sebagai Ahli Parlimen sebanyak 40% sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, pada pengguna media sosial khususnya di Facebook mula menyiarkan gambar-gambar Ahli Parlimen yang tertidur, membuatkan Ong Kian Min, Ahli Parlimen Serdang malu besar.

Justeru itu, dia muncul dengan kenyataan yang dirasakan dapat mewajarkan dia tidur ketika persidangan.

Alasannya ialah, persidangan sampai jam 3:00 pagi merupakan pemaksaan kerajaan kepada rang undang-undang bagi kelulusan membuatkan orang sepertinya tertidur dan tidak wajar dipersalahkan.

Untuk pengetahuan, persidangan Parlimen bukannya dibuat sepanjang masa dalam tempoh setahun sebaliknya hanya beberapa hari daripada beberapa penggal. Dengan elaun yang begitu besar yang tidak pernah diperolehi oleh Ahli-Ahli Parlimen sebelum generasi Ong Kian Min, rakyat sebenarnya mengharapkan perkhidmatan Ahli Parlimen yang lebih baik, bukannya jenis tertidur ketika bersidang atau memonteng dengan alasan, sidang terlalu panjang dan mereka ada ceramah, kenduri kahwin dan alasan-alasan remeh lain untuk mewajarkan mereka MAKAN GAJI BUTA!!!



No comments:

Post a Comment