AGREE TO DISAGREE nampaknya tidak
Walaupun Azmin Ali dan Wan Azizah yang mewakili para pemimpin Islam dalam PKR menyatakan, secara peribadi mereka tidak menentang hukum hudud, tetapi ia hanyalah kata-kata retorik semata-mata bagi mengelabui dan menipu para penyokong dan akar umbi PAS di Permatang Pauh.
Kenyataan bahawa PAS Selangor akan digerakkan ke Permatang Pauh untuk 'membantu' PKR berkempen juga nampaknya tetap tidak menyenangkan PKR. Ini adalah kerana PAS telah melahirkan hasrat mereka untuk mempromosikan hudud di Permatang Pauh, sekaligus menerangkan rasionalnya masyarakat Islam perlu menyokong hasrat PAS melaksanakan hukuman hudud di Kelantan.
Yang paling
Namun semakin lama, gerakan dan cubaan untuk menggulingkan Hadi Awang nampak semakin pincang dan lemah. Suara-suara kuat gerombolan pro-Guan Eng dalam PAS yang menguasai media, berjaya disenyapkan oleh golongan majoriti akar umbi PAS yang kurang bersuara tetapi lebih kepada tindakan apabila pencalonan puak pro-Guan Eng, merudum dengan teruk, termasuklah nasib yang menimpa Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang jauh ketinggaln berbanding Tuan Ibrahim Tuan Man.
Ahmad Awang yang telah pun melahirkan hasrat untuk dicalonkan menentang Abdul Hadi Awang pula, dilihat sangat tidak popular walaupun Ahmad Awang merupakan individu yang bertanggungjawab dalam kejayaan menghalang Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh Abdul Hadi Awang pada tahun 2008 dahulu.
PAS Kelantan berjaya mendapatkan solidariti daripada kesemua ADUN UMNO-BN Kelantan untuk menyokong undang-undang hudud di Kelantan. Pembentangan usul undang-undang hudud di Parlimen pula, semakin memihak kepada PAS dan kumpulan Abdul Hadi Awang sehinggakan kumpulan pro-Guan Eng, terpaksa mencabar UMNO untuk menzahirkan pendirian berhubung hukum hudud di Kelantan.
Walaupun terdapat segelintir pemimpin UMNO yang menentang hukum hudud dengan alasan-alasan mereka yang tersendiri, lebih ramai pula, termasuklah akar umbi yang melihat hudud di Kelantan sebagai satu permulaan yang lebih besar berbanding kepentingan kepartian.
Justeru, tindakan PAS menghantar pasukan ke Permatang Pauh untuk mempromosikan hudud dianggap oleh PKR sebagai salah satu CUBAAN JAHAT PAS untuk mensabotaj PKR walaupun beberapa pemimpin PAS cuba menenangkan PKR dengan kenyataan putarbelit mereka!!!
Pencalonan yg banyak bukan bermskna kemenangan dlm tangan....2 pencalonan pun layak bertanding di pusat nnti...jumlah perwakilan cuma 2000 org saja...puak anwarinas...syiah..pasma dap...boleh rasuah dan beli undi perwakilan....puak ini mme terkenal rasuah undi perwaklian semasa dlm umno dulu.......adi awang krdudukan kamu belum selamat...
ReplyDelete