Pages

Thursday, April 16, 2015

SETIAUSAHA SULIT MENTERI PERSEKUTUAN YANG MANA KENA TANGKAP SPRM PASAL TUNTUTAN PALSU RM500,000?



Setiausaha sulit seorang menteri persekutuan yang didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM500,000 ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 41 tahun itu, setiausaha sulit kepada seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dibawa ke Mahkamah Majistret di sini semalam untuk ditahan reman sehingga 20 April.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Low Chin How membuat permohonan untuk melengkapkan siasatan mereka dan pendengaran dibuat secara tertutup di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman.

Walaupun ada bilik mahkamah khas untuk mendengar sebarang kes tahanan reman, peguam bela Wit Malang yang mewakili suspek, memohon agar pendengaran permohonan dibuat secara tertutup atas alasan bahawa anak guamnya adalah ‘very important person’ (individu yang sangat penting).

Suspek disiasat kerana didakwa membuat tuntutan palsu bagi dana kerajaan dari beberapa program dan jumlah terbabit dikatakan sebanyak RM500,000.

Siasatan akan dijalankan di ibu pejabat SPRM di Kuala Lumpur. (sumber)




No comments:

Post a Comment