Pages

Thursday, April 16, 2015

TAK FASAL-FASAL, KERANA AKAUN FACEBOOK PALSU, RUMAH SEORANG LELAKI DIBALING BATU DAN POLIS SEDANG GIAT MEMBURU PEMALSU!!!



Polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan pemilik sebenar satu akaun Facebook yang memuat naik status menghina Islam dan Raja-Raja Melayu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata lelaki yang dikatakan pemilik akaun itu membuat laporan polis tengah malam tadi selepas rumahnya dilempar batu dipercayai berpunca daripada status yang telah menjadi viral di laman sosial itu.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati lelaki berusia 43 tahun itu memang mempunyai satu akaun Facebook tetapi dia tidak memuat naik sebarang status yang membangkitkan kemarahan orang Melayu dan umat Islam itu.

“Sebaliknya siasatan awal polis mendapati wujud satu lagi akaun Facebook yang menggunakan gambar serta profil lelaki berkenaan yang baru dibuka 10 April lepas,” katanya di George Town hari ini.

Status Facebook itu dikatakan memuat naik kata-kata kesat ekoran tidak berpuas hati dengan laungan azan yang didakwa mengganggu kehidupan penulis status itu dan menghina Raja-Raja Melayu.

Mior Faridalatrash berkata sehingga kini 19 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik berhubung kenyataan di laman sosial itu.

Terdahulu, Pemuda Umno Pulau Pinang, Umno Bahagian Bukit Bendera dan PERKASA Pulau Pinang membuat laporan polis berhubung status di akaun Facebook itu.

Laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim, Timbalan Ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Abdul Jalil Arifin dan Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Mohd Rizuad Mohd Azudin.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu, Abdul Jalil berkata mereka meminta polis dan SKMM mengambil tindakan segera terhadap pemilik akaun Facebook itu. – Bernama

Laporan Sinar Harian kes melayu orang India dan agama Hindu:

ISU SENSITIF PDRM TAK BERI MUKA

Amaran sudah diberi, namun masih terdapat segelintir individu yang cuba membangkitkan kemarahan rakyat berbilang agama di Negara ini.

Terbaharu seorang individu yang menggelar dirinya sebarai Azreen ATB di laman social Facebook, memuat naik status mengajak orang ramai menghalau penduduk yang menganuti agama hindu agar keluar dari Negara ini.

Beliau juga didapati mengeluarkan kata-kata ugutan untuk membakar kuil di Negara ini termasuk di Batu Caves.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu terbabit. (sumber)

No comments:

Post a Comment