Walau apa pun cakap-cakap besar PKR dan DAP, faktor utama kemenangan di Permatang Pauh adalah pengundi-pengundi PAS dan atas pagar. Kali terakhir PAS memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah pada tahun 1978 menerusi Zabidi Ali yang mengalahkan calon UMNO-BN Ariffin Md Daud. Selepas itu, PAS kalah di tangan Anwar Ibrahim mewakili UMNO-BN dari tahun 1982 sehingga 1990 menerusi calon-calon mereka, Zabidi Ali, Mat Sabu dan Mahfuz Omar.
Pada tahun 1995, buat kali pertama DAP bertanding di kerusi tersebut dengan calonnya adalah Abdul Rahman Manap tetapi sekali lagi kalah di tangan Anwar Ibrahim yang mewakili UMNO-BN dengan majoriti yang sangat besar pada waktu itu iaitu 23,515.
1997, Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan BN. Mahkamah kemudiannya mendapati dia bersalah atas tuduhan rasuah salahguna kuasa dan liwat.
1999, isterinya Wan Azizah bertanding di Permatang Pauh atas tiket Keadilan Nasional dan menang dengan majoriti 9,077 undi berbanding Ibrahim Saad yang mewakili UMNO-BN. PRU 2004, Wan Azizah hampir kecundang di tangan Ustaz Firdaus. Tetapi berjaya mengembalikan kemenangan selesa pada tahun 2008 sebelum meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim untuk menguasai kerusi itu semula.
Kini, Kerusi Permatang Pauh kosong lagi kerana Anwar dihukum buat kali kedua selepas didapati bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadinya.
PAS Permatang Pauh dalam satu kenyataannya menolak untuk memberikan bantuan dan kerjasama kepada PKR yang dilihat hampir pasti meletakkan Wan Azizah sebagai calon di kerusi Parlimen Permatang Pauh.
Lim Guan Eng dalam satu kenyataan berasingan menyatakan, terpulang kepada PKR untuk menentukan sama ada kenyataan PAS Permatang Pauh itu adalah suara parti itu sendiri atau keputusan peribadi PAS Permatang Pauh. Tetapi ketiadaan mana-mana pemimpin PAS ketika PKR melancarkan program PRK Permatang Pauh beberapa hari lepas, seolah-olah memberikan petanda bahawa PKR bersendirian di Permatang Pauh semenjak 1999.
Masih terlalu awal untuk membuat sebarang andaian namun ketiadaan Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim di pentas PRK Permatang Pauh kali ini, pastinya akan membuatkan Wan Azizah dan bala tenteranya dari PKR kembang-kuncup!!!
Nuha atau Azizah? Azizah atau Nuha? Nuha tu belum matang lagi dalam politik, kurang pendedahan, lagi 6 bulan ok la kot. So, Wan Azizah patut jadi calon. Mesti menang punya. Lepas 6 bulan, agak2 bila si Nuha dah ready, Wan Azizah boleh letak jawatan, bagi Nuha bertanding pulak. Menang lagi. Pastu kalau Nuha tu rasa beban sangat hal2 politik ni, dia boleh letak jawatan, Wan Azizah boleh ganti balik tempat dia. Orang Permatang Pauh memang suka mengundi. Maklum la pembangunan takde, takde keje buat. Bila ada PRK ni seronok, ada la hiburan skit.
ReplyDeleteSelagi ada anak beranak ni kat Permatang Pauh. selagi itulah caca marba.
ReplyDelete