Apabila muncul berita-berita seperti ini, maka sudah tentulah banyak pihak yang menuding ke arah Kerajaan. Akan dipersalahkan mengapa Kerajaan membekukan pengambilan kakitangan baru. Akan dipersalahkan, mengapa Kerajaan tidak membuka lebih banyak peluang untuk siswazah-siswazah penganggur itu.
Kalau semuanya bekerja dengan kerajaan, lebih baik kita tukar kerajaan negara ini menjadi 'KERAJAAN RAKYAT' atau Kerajaan Komunis yang sudah pasti, sebahagian besar daripada kita tidak akan bertoleransi tentang perkara berkenaan.
Tetapi pemikiran yang menjurus ke arah membebankan Kerajaan untuk semua masalah termasuklah masalah pengangguran, TERUTAMA SEKALI DI MALAYSIA, merupakan pemikiran ke arah mewujudkan sebuah Negara Komunis di mana Kerajaan mengawal segala-galanya, termasuklah siapa yang boleh makan apa, siapa yang boleh duduk di mana dan siapa yang boleh belajar apa!
Sektor awam mungkin sudah tepu, ditambah pula dengan ramai pula kakitangan awam yang sudah tidak mempunyai kerja sehingga mereka mempunyai terlalu banyak masa lapang untuk berpolitik dan MEMPRAKTIKKAN KEBEBASAN BERSUARA tanpa rasa takut walau sedikit pun pada tindakan tatatertib atau kehilangan kerja.
Namun di sektor swasta....
Dengan sikap prejudis dan menindas, kita seringkali dapat melihat, calon-calon yang memohon kerja kosong, diperlukan untuk bercakap, menulis dan mahir berbahasa Cina atau pun sebarang tempat telah dipenuhi oleh warga asing yang nampaknya lebih menonjol berbanding warga tempatan. Malahan kecenderungan pihak swasta untuk mengupah dan mengambil pekerja asing yang menurut mereka lebih mudah dikawal serta dibayar rendah, menyebabkan sektor swasta langsung tak terdesak untuk mencari pekerja di kalangan warga tempatan.
Apatah lagi dengan sikap sebahagian daripada generasi muda Malaysia yang amat memilih kerja, dan berharap mereka akan bekerja dalam bilik berhawa dingin, berpejabat walaupun sekadar menjadi kerani cabuk, kononnya setelah penat belajar dan setimpal pula dengan kelulusan merkea, merupakan faktor utama kepada kemelut ini.
Dalam keadaan di mana warga asing bersepah-sepah di negara ini, dan pada masa yang sama, warga tempatan yang mahu bekerja pula tidak dapat kerja, ia adalah amat memalukan. Kita bukannya bangsa yang pemalas seperti bangsa Eropah atau Amerika Syarikat. Kita adalah warga Asia yang biasanya bekerja lebih 10 jam sehari dan 6 hari seminggu.
Bab ni, rasa-rasanya Kerajaan yang perlu ditanyakan, mengapa tiada tindakan tegas mengekang warga asing di negara ini agar keutamaan diberikan warga tempatan. Mengapa Malaysia dijadikan sebagai TONG SAMPAH yang menerima segala warga asing termasuklah yang kita boleh tengok melepak dan berlagak seolah-olah merekalah tuan besar dengan penguasaan kawasan-kawasan tertentu di seluruh negara?
Bila agaknya operasi besar-besaran menghalau pendatang asing akan diadakan? Takkanlah seramai-ramai pendatang asing di negara ini, semuanya berpermit?
Hebat betullah kalau semuanya berpermit!!!
Bagilah senarai nama siswazah yg menganggur tu supaya jabatan buruh boleh carikan kerja.
ReplyDeletehotak kau siswazah tak mampu
ReplyDeletesiswazah yang apply kerja gaji dapat dalam minimum 1600.setelah tolak sewa rumah bil yang tinggal ada la skit cukup cukup untuk makan seorang.
kalau pekerja asing plak siap disediakan rumah,disediakan pengangkutan.gaji 900, maka 900 tu dapat seketul tak perlu tolak sewa rumah bil bagai.
jadi sebab tu warganegara malaysia ramai nampak macam kurang kemampuan dan pendatang kaya.datang kerja dapat gaji 900 tak pening pikir bayar bil dan sewa rumah.warganegara gaji 900 perlu tolak duit sewa rumah bil bagai
saya lebih senang upah warga asing lebih2 lagi bangla. Ini kerana mereka rajin bekerja, pukul 7 pagi dah terpacak dengan pam racun di tepi sawah dan dah nak start meracun sawah. Mereka ini boleh dapat RM 100-300 sehari dengan mengambil upah kerja-kerja meracun/mengurus sawah2 milik petani kita yang lain. Mereka jarang ambil cuti walaupun sakit sikit2. Berlainan dengan budak2 kita, pukul 8 masih di kedai kopi atau masih tidur, kerja banyak malas, pukul 10 dah nak balik sebab panas. Kalau anda seorang pengusaha sawah contohnya, siapa yang anda nak upah? Warga bangla atau warga tempatan?
ReplyDeleteHukuman keras mesti di buat pada majikan yang menggaji PATI dan juga peniaga yang menjual/menyewakan lesen n tempat berniaga pada pendatang.Kerajaan tidak menjalankan tugas dan tidak bertegas terhadap pengkhianat negara.
ReplyDeleteJika ditakdir anak anak koi tiada pekerjaan selepas tamat U.koi nak paksa mereka kerjakan tanah buat kebun (pertanian) ternak lembu itik..sekarang zaman makanan bekurangan..jika mereka setuju alhamdullilah jika tak kaoi paksa juga sebelum dapat kerja yang mereka minat..
ReplyDeleteAlamak nasi dh jd bubur baru nk bising ker..tk pyh laa bro..malaysia ni baik hati..tk pyh laa nk bising..yg kita dok dgr tgkap..tp tgkap pegi mna..10 kena tgkap..100 ygmari..aku tobat tk caya lansung...kita tgk laa nnti.apa akan berlaku pd nrgara kita..la ni aku tk dgr dh..pak mentri kita ckp nk tngkp pati....yg aku dgr..oprasi tangkap rakyat mlysia yg tk byr saman..oprasi hbs hbsan..apa krjaan dh tk ada duit ka..knp tk oprasi pati hbs hbsan..pelik kan negara kita ni
ReplyDelete