Pages

Tuesday, May 26, 2015

ADI PUTRA...KORBAN KEEGOAN IBU BAPA DAN KEMANJAAN SERTA BANGGA DIRI, YANG AKHIRNYA TERSERLAH CIRI-CIRI MELAYUNYA IAITU MERENGEK!!!



Cerita tentang Adi Putra Abdul Ghani, kanak-kanak genius Matematik yang pernah menggemparkan negara beberapa tahun dahulu, kembali berkumandang. Agak menarik juga dan agak bersimpati juga dengan nasibnya terutama apabila dia mula menyalahkan kerajaan kerana tidak memberikan keistimewaan kepadanya kerana dia genius matematik dan telah menghasilkan buku-buku formula matematik yang dipasarkan kepada awam.

Dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider, jelas sekali Adi Putra meluahkan kekecewaannya kepada kerajaan kerana tidak menunaikan janji-janji yang telah diberikan kepadanya.

Bagi mereka yang cenderung untuk menyalahkan kerajaan pada apa-apa sahaja masalah, termasuklah terberak dalam seluar, artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider itu dianggap sebagai DALIL dan NAS YANG TURUN DARI LANGIT KESEMBILAN yang wajib diimani.

Bagaimanapun, cerita Adi Putra itu hanyalah cerita sebelah pihak. Banyak cerita yang membabitkan keangkuhan, keegoan, keengganan dan penolakan yang dibuat dari sebelah pihak Adi Putra langsung tidak diceritakan, terutama sekali syarikat jual ubat ekspress yang ditubuhkan kemudian terdedah tentang dari mana ubat-ubat tersebut diperolehi.

Menteri Pelajaran pada ketika itu adalah Hishamuddin Hussein Onn. Kes membabitkan Adi Putra bermula pada zamannya. Walaupun genius matematik, Adi Putra nyata tidak genius untuk matapelajaran-matapelajaran yang lain, khususnya Bahasa Inggeris.

Dan kerana itulah juga barangkali bapa Adi Putra telah memindahkan anaknya dari sekolah kebangsaan ke Sekolah Islam Antarabangsa Gombak. Namun berdasarkan kepada pengakuan Adi Putra dalam artikel yang disiarkan oleh The Malaysian Insider itu, jelas, dia tersangat bergelut dan sukar untuk meneruskan pelajarannya kerana sekadar tersekat di peringat A-Level.

Tahun 2009, Kerajaan menubuhkan program untuk kanak-kanak pintar. PERMATA telah memberi dana kepada Universiti Kebangsaan Malayia untuk menubuhkan sebuah institusi pembelajaran yang kini ditarafkan sebagai Institusi Pendidikan Bantuan Kerajaan untuk kanak-kanak dan pelajar-pelajar pintar serta berbakat seperti Adi Putra.

DAN MENARIKNYA, ROSMAH MANSOR ADALAH ORANG YANG MEMPERJUANGKAN HAK PEMBELAJARAN PELAJAR PINTAR DAN BERBAKAT SEPERTI ADI PUTRA. (rujuk sini)

YABhg Datin Paduka Seri juga adalah orang yang bertanggungjawab meminta disediakan satu program untuk Adi tetapi setelah dibentangkan kepada ibu bapa Adi, bapanya menolak kerana memikirkan Adi perlu memberi tumpuan kepada sekolah sedangkan masa itu Adi sibuk dengan pengurusan syarikatnya.

Bermula dari situ, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah telah meminta agar pihak UKM dibawah bimbingan Tan Sri Sharifah Hapsah yang menjadi Naib Canselor waktu itu untuk meneroka kemungkinan mencari lebih ramai Adi Putra diseluruh negara. Datin Seri menekankan bahawa dalam proses pencarian tersebut, UKM perlu teliti dan mencari secara komprehensif tanpa meninggalkan mana-mana pelajar.

Maka lahirlah Ujian UKM 1 dan UKM 2 yang dibina oleh sekumpulan pakar dari UKM diketui oleh Prof Datuk Dr Noriah Ishak, Prof Datin Dr Siti Rahayah Ariffin, Prof Madya Dr Rosadah Abdul Majid dan Dr Siti Fatimah Mohd. Yassin.

Pihak UKM telah bekerjasama dengan Johns Hopkins University untuk menjalankan program pengayaan untuk pelajar pintar dan berbakat pada tahun 2009. Progam tersebut telah dijalankan dengan jayanya. Seterusnya Kolej PERMATA pintar Negara, UKM telah dibina untuk menampung proses pembelajaran pelajar-pelajar pintar dan berbakat tersebut.

Sehingga kini seramai 374 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej PERMATA pintar, dan seramai 240 orang sedang menyambung pengajian mereka di peringkat Sarjanamuda di universiti terkemuka di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun, Korea, German, Rusia, Jordan dan Mesir.

Apa yang dimahukan oleh Adi Putra dan keluarganya adalah keistimewaan. Untuk itu, anda perlu kembali berundur memerhati dan menelusuri sejarah dengan artikel-artikel yang telah mendedahkan tentang masalah sebenar keluarga Adi Putra khususnya membabitkan ibu bapanya dan Adi Putra sendiri, selum anda mula menyalahkan kerajaan dan PERMATA, apatah lagi ROSMAH MANSUR.




Adi Putra dan keluarganya jelas tidak bercakap benar dalam kes ini!!!

Dan kalaulah Adi Putra dan ibu bapanya sanggup mengorbankan sedikit rasa bangga diri dan mengikut proses serta prosedur sebenarnya, barangkali Adi Putra sekarang sudah pun berada pada kedudukan yang lebih baik sesuai dengan kepintaran matematiknya, bukannya merengek tidak dipedulikan dan diberikan keistimewaan seperti yang kita baca dalam artikel The Malaysian Insider.


9 comments:

  1. he..he.. stail pembangkang lak..

    ReplyDelete
  2. adi putra penah menyatakan dirinya ibarat kereta ferrari..tp kereta ferrari kalau tanpa petrol x akan kemana mana..

    ReplyDelete
  3. tuan blog nak cerita pasal adi putra atau rosmah mansur?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..komen paling x masuk akal..ko ni byk mnum ketum kot..x yah komen lah..nmpk sgt failed dlm exam ni..

      Delete
  4. Hahaha. Berasa genious dan pandai juga dugaan juga.emak ayah yg memandai mandai pun satu hal.ada yg genius dan pandai serta bijaksana berjaya.cemerlang.global players tak pulak menunjuk nunjuk. Kesian budak tu apa kesudahannya.

    ReplyDelete
  5. rosmah la tewww

    ReplyDelete
  6. Hahaha..artikel ni nak kipas rosmah rupanya

    ReplyDelete
  7. dah genius..ok ler tu. patutnya dia yg membantu bukan dibantu. Yg kurang2 genius ni yg perlu dibantu..

    -aa

    ReplyDelete
  8. Kakaka...beri perumpamaan dan gambar ferrari biru habis petrol tu ke budak ni anon 4.40

    ReplyDelete